Friday, December 27, 2013

.: Meraikan mereka :.

Assalamualaikum.
    Alhamdulillah,bahagia dapat meraikan SAHABAT.

Tmoh Dlah & cousin,Widad dari Penang,minta ak bawa jalan-jalan
kebetulan dengan Majlis Graduasi Tahfiz 2013,jadi join la sekali.tunjuk muka sambil mengimbau kenangan lalu.hihi..

 Graduasi Tahfiz 2011.
with syakirah zulfa :)
ni masih muka budak lagi.haha.
tapi majlis kali ni ade perubahan sikit.ade amik gambar dari setiap sekolah.
kan best ? tahun-tahun sebelum ni x de pon.
takpe,perubahan yang bagus !

selepas majlis.
cakap je nak pegi tengok majlis..sampai je orang dah bersurai,duk sibuk bergambar.
errrr.. macam pelik je orang tengok kami.
hehe.

with juniors kesayangan aku dan Raz.
lagi dua orang x de.
T A H N I A H 
SYAFIQAH,AMNI,NURHAN
semoga awak semua termasuk diri ini sentiasa istiqamah untuk murajaah,tadabbur Al-quran.
mudah-mudahan Al-quran akan menjadi teman sejati diSana nanti.

Abu Musa ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
Biasakanlah kalian membaca al-Qur’an, Demi Allah yang nyawaku ada ditanganNya, hafalan al-Qur’an itu lebih mudah lepas dari seekor unta dari ikatannya.
 ya,ikat ketat-ketatlah hafalan kita.
teringat hadis ni,ustazah Hajrah bagi peringatan masa aku tengah khatam 14.04.2011 :)

dan sempat buat kejutan untuk Aliya Salsabila
datang tanpa rancangan pon
lepas balik dari Medan Ilmu,TGNA :)
serious,muka Aliya terkejut.
haha
and ni first time aku sampai rumah Aliya padahal dekat je dengan rumah maksedara.
almaklum,sibuk :D


sungguh, BAHAGIA !

SISTER sampai SYURGA :D


Wednesday, December 18, 2013

.: cahaya DHUHA :.

Assalamualaikum.
pernah solat dhuha tak?
hmm,mase dekat asrama dulu selalu la solat dhuha time rehat,pergi masjid dengan kawan-kawan,yang tak pergi,minta diorang belikan makanan.
bestnya waktu tu !!
rindu suasana MTS lahh <3

apa kelebihan solat sunat DHUHA ?

1. Solat dhuha adalah sedekah
Dalam satu riwayat Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
2.  Memperoleh keampunan
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

3.  Allah mengurniakan rezeki yang cukup

sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

    Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).

Doa lepas solat dhuha ;


insyaAllah senang ingat kalau selalu dengar.
dulu masa dekat asrama,selalu pasang pagi-pagi..
memang automatik akan ikut sekali.
besttt tau !
*rindu MTS sangat-sangat*

Allahu , hebatnya 2 rakaat solat dhuha ! banyak kelebihan,fadhilat.
bukankah Allah itu Maha Pemurah ? 


semoga kita terus istiqamah menunaikat solat dhuha :)


Tuesday, December 10, 2013

.: Hormati Mereka :.

Assalamualaikum..
sekarang kann musim kenduri,
jadi aku ni banyak la ikut parents pergi kenduri kendara..
maka,pelbagai gelagat manusia yang dapat dilihat..
pastu bila naik kereta.....

ayah : Allah,budok zaman loni tak reti hormat orang tuo dh.

aku : bakpo ?? *,*

ayah : ho lahh,dio nampak dh kita,tapi tak tegur pon.mentang-II kita ni bukan saen dio.senyum pon dok.Adik jangan duk wak gitu gak bilo-II.

aku : insyaAllah,dok.oghe kann banyak kecek. haha

so??
bukan ke kita ni belajar adab dengan orang tua?
adab dengan sahabat-II ibubapa kita?
atau kita belajar hanya untuk exam?
Astaghfirullah..

ada sebuah hadis ;

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Hendaklah salam itu diucapkan yang muda kepada yang tua, yang berjalan kepada yang duduk, dan yang sedikit kepada yang banyak." Muttafaq Alaihi. Menurut riwayat Muslim: "Dan yang menaiki kendaraan kepada yang berjalan." 

jelas kann?
yang MUDA kepada yang TUA .

ni adab yang selalu kita belajar setelah ibubapa meninggal dunia,

Muliakan sahabat-sahabat ibubapa, hubungkan tali silaturrahim dengan keluarga dan sahabat-sahabat mereka.

kann?

semoga kita dapat memanfaatkan ilmu yang telah dipelajari.
selamat menghormati sahabat-II parents kita !
^_^

Friday, December 6, 2013

.: Kenali Mahram Anda :.

Assalamualaikum..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..

kenali mahram anda !




penting sangat untuk kita ambil tahu pasal ni..
bila diperhatikan,
macam amalan biasa dah bersalaman dengan bukan mahram,
sepupu sepapat yang berlainan jantina buat 'dekk' je salam..
tapi.. dengan pak sedara sendiri tak salam pulak..erkkk! *_*
kekadang dengan sepupu pon pakai tak menutup aurat..
mungkin juga mereka jahil tapi tak mustahil mereka tahu tapi buat-buat tak tahu..
Astaghfirullah..

satu lagi situasi apabila sebumbung dengan ipar,
saya tahu,memang agak susah bila sebumbung..
tapi..
kalau kita betul-II nak jaga,Allah akan bantu kita..
insyaAllah :)


# Allahumma Yassir,Wala Tu'assir #

Tuesday, December 3, 2013

.: Anda Cantik :.

Assalamualaikum..
Cuti yang panjang harus digunakan sebaiknya..
dan
aku sedang mencubanya..
hihi


WANITA!
..dan hendaklah mereka(yakni wanita-wanita beriman)melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada mereka (An-nur ; 31)

ramai sangat perempuan zaman sekarang pakai tudung,tapi tak melepasi syarat-II yang telah digariskan dalam Al-quran/hadith..

kekadang pakai tudung dah ok,cantik,lawa tapi baju pulak yang jadi masalah.ketat sana,ketat sini,dedah sana,dedah sini..

BERTUDUNG.
Fesyen atau Tuntutan agama ?
tak salah langsung kalau si wanita nak berfesyen asalkan selari dengan tuntutan agama sebab Fesyen & Wanita ibarat Irama & Muzik
yang tak dapat dipisahkan.hehe.



wanita,
anda cantik, 
lebih cantik lagi yang muslimah,mukminah..
jom usaha ke arah itu,
biar ape pon orang kata,
yang penting kita sedang berusaha untuk ke destinasi yang abadi..


Jannah :)

  
yang penting,jaga akhlak kita !

SEOUL, Korea (Part III)

Assalamualaikum. Anneyonghaseyo! bersambung dari Part I dan Part II mulakan pagi dengan banana uyu. satu ni 1200 won, kalau sini arou...