Thursday, January 30, 2014

.: jika ini yang terbaik,aku redha.. :.

Assalamualaikum.
alhamdulillah atas segala nikmat ini.
hari ni 29 Rabiul Awal,30 January hari yang sangat mendebarkan bagi aku.
hari ni result STAM keluar yeayyyy!
erkkkk.
sebelum aku bagitahu result aku,dengan senang hati aku nak coretkan perjalanan ringkas aku time amik STAM last year.
*untuk kenangan anak cucu kelak haha*

first tuh,memang takde niat pon nak amik stam sampai habis exam.
msuk stam pon sebab niat suci nak penuhkan waktu kosong yang sangat lama.
berlainan dengan beberapa orang sahabat aku yang memang bertekad nak amik stam.
maka,berdaftarlah aku sebagai pelajar stam di Maahad Yaakubiah(MAYA).
memandangkan MTS tak de stam. *cehhhh padahal kalau ada pon,aku tak nak amik situ sebab kononnya nak study kat rumah pulak.asyik duk asrama jeee haha
sekolah tu jadi macam aku punya pulak.bila rasa tak nak pegi,tak pegi lah.
skip extra class yang petang tu memang keje aku.haha.mohon jangan tiru :p
nak jadi punya cerita,aku kena panggil dekat perhimpunan sebab ponteng.hahaha.itu sangat memalukan.femes kejap aku.korang nak femes,buat cara lain ye ;)
bila result spm keluar,isi upu.first intake,aku tak boleh.
maka ramailah classmate aku yang keluar stam sebab masuk u.
maka sedihlah aku :(
kawan aku suh buat rayuan,ak pon buat lah.sekali result rayuan keluar,aku pulak tak nak pegi sebab aku dah jatuhhh hati dengan stam cehhhh.
ponteng banyak pon,masih boleh jatuh hati haha .
jadi makin ramai lah classmate aku yang keluar.aku rasa terkontang kanting jugak time tu.
kawan-kawan yang rapat dengan aku pegi matrik la,uia..
hmm,sabar!
dan aku mengalami situasi yang aku sangat tak suka.ramai sangat orang tanya..
"tak leh masuk u ke?"
"kenapa amik stam?"
tension jugak aku time tu,tak tahu nak bagi jawapan macam mana.buat aku nangis je.aku tanya someone ni nak buat macam mana.dia cakap..
"saya oyak yang saya bertekad"
senangnya jawapan dia..
aku ni bukan boleh bukak mulut nak jawab macam tu.jadi,bila orang tanya aku senyap sengih dan angkat bahu hihi :D
bila exam tengah tahun,aku dapat no 1
serius.itu lawak.aku tak masuk kelas banyak kott.
kalau korang tengok buku kedatangan,ishhhh telur je banyak! haha

bila hati dah sebulat kata nak amik stam,mulalah menyusun strategi.
firstly,tajdid niat balik nak menuntut ilmu,bukan utk exam je.
secondly,hadir ke sekolah tiap tiap hari.jangan buat sekolah tu macam nenek kau punya.
thirdly,hadir kelas tambahan tanpa merungut hihi
next,beralih kedudukan dalam kelas (awal tahun tu aku duk belakaaaaang sekali,pastu naik duk depannnnn sekali.setentang dengan mata ustazah)
then,buat homework seikhlas hati :D

Alhamdulillah.Allah permudahkan.Dia hantar Sarah untuk study sama-sama dengan aku.she is very nice.masa awal tahun tak kawan pon.kau jeling aku jeling.
(sebab dia cakap aku sombong.ok.tu mmg first impression bagi mereka yang tak kenal aku.dah ramai cakap aku macam tu padahal aku senyummm selalu.bila dah kenaaalll..)
lepastu Allah permudahkan lagi bila ustaz ustazah sangat mengambil berat.sungguh aku terharu :') 

bila keluar result trial,alhamdulillah.terus pasang niat nak 10mumtaz nanti real exam.
lepastu kelas tambahan bagai tidak kenal erti lelah mengejar aku cehhh
ada kelas tambahan malam la pulakk.
aku pon pegi minta excuse ckp tak nak masuk kls malam sebab letih sangat.dah la hari biasa aku tidur lepas isyak dah.kang aku tdo dalam kelas malam baru tahu.
itu semua alasan.ustazah pon ckp..
"olohh zuhaira,meta jah kls malam.mari ulangkaji.ngapa sikit-sikt.best student tahun lepas masuk blako kelas"
"ok lahh ustazah,saya mari.."
ye.sampai sekarang aku tak menyesal join kelas malam.seronok jugak walaupon kadang-kadang mengantuk habisss!bila mengantuk,macam macam aku buat.makan,minum,text kat kawan,main game dan last sekali aku tido jgak. jangan ikuttt ! hehe

bila tiba hari exam..kena tidur rumah nenek pulak sebab family gi holiday kat Beijing.
arghhhhh!tak suka betul sebab aku pon sepatutnya boleh join,tiket dah beli pon tapi itu lahh..masa awal tahun haritu mana sure lg nak amik stam ke tidak.
sobsssss!tak de rezeki lagi nak kenal Beijing.hm

nak tunggu hari ni,sangat mendebarkan.
macam pelik je debaran ni.masa spm haritu tak de la rasa mcm ni sangat.
entahlah kenapa.sejak semalam,makan tak lalu.
tidur memang tak lena.dah la tidur lewat terjaga awal pulakk.
kalah orang berchentaa hehe :D

natijahnya..


aku dapat 8mumtaz 2jayyid jiddan.
pangkat ; Mumtaz.
Alhamdulillah.syukur tak terhingga.
walaupon tak dapat 10,tapi ni memang cukup.
jika ini yang terbaik untuk aku,keluargaku,agamaku,aku redha :')
thanks untuk mak dan ayah yang selalu mendoakan.
adik rasa macam berbaloi dah dengan ayah bagi pinjam guna kereta pegi sekolah.
hehehe.
thanks to my sisters&brothers yang selalu support,bagi kata semangat.
time aku tengah nangis2,kak ja memujuk hoho
malam exam,abang aku kat Mesir,KL call wish good luck.menangis lagi.terharu dowhhhh hihi
syukran untuk ustaz ustazah aku yang selalu memberi perhatian yang secukupnya untuk aku dan sahabat-sahabat.tanpa mereka,aku tak tahu apa itu Arudh Qafiyah.
tanpa mereka aku tak tahu apa itu ilmu Mantiq.
tanpa mereka siapalah aku dengan kejayaan ini.
hormati guru kita.kenanglah jasa mereka.
thanks untuk sahabat-sahabat mts yang mendoakan diri ini.
terima kasih atas segala tembakan doa korang dari Mesir,Jordan mahupon Malaysia.
semoga Allah membalas budi baik korang.

buat sahabat seperjuangan.
Ummi Nadhira Wan Nur Izzah Masyitah Aliya Salsabila Anis Nazirah Adibah Fatimah Adilah
Sarah Hayati Aisyah Haziman Norizan Aizzatul Akmaliah Nadiah Nur Diyana Amanina Maizatul Akmal Adawiyah
T A H N I A H !
berapa pon korang dapat,syukur.syukur.syukur.
sentiasa husnuzzon dengan Allah.
mungkin Dia tak bagi kita 10mumtaz sebab takut kita riak.nauzubillah.
mungkin Dia tak bagi mumtaz sebab takut kita tak sedar diri kalau dapat mumtaz.
semua dalam perancangan Allah.
Allah tak bagi kejayaan yg meletop time spm sbb Allah nak bagi time stam.
kalau Allah tak bagi kejayaan lagi dalam stam,Allah suh kita usaha lagi dan lagi pd masa hadapan.terus melangkah,biar lelah sekarang asalkan kita dapat kemanisan di akhirat kelak.
yakin Dialah yang Maha Mengetahui.
everything happens for a good reason :)



btw,aku tak tahu lagi nak sambung mane.
any suggestion ? hihi 



keep smiling,it's sunnah
ur smile is cute
:)






Monday, January 27, 2014

.: Wajarkah CEMBURU? :.

Assalamualaikum.
Alhamdulillah.Allahumma Solli 3ala Muhammad.
tahniah ! anda telah berselawat,teruskan selawat ye :)
hari ni tetiba nak tulis entri pasal cemburu.
aku percaya,setiap orang memang ada perasaan ni tak kira lelaki atau perempuan.kalau takde tu macam pelik la pulak kann..hihi
sape lahir bulan Oktober macam aku ? ni rahsia kelahiran.cehhhh.tak tahu boleh percaya ke tak.tak kesah lahh betul ke tak.suka suki je ni okeyy tapi ade je yang terkena batang hidung sendiri hehe>< 

# SUKA SEMBANG
# SUKA ORG YG SAYANG PADANYA
# SUKA AMBIL JLN TENGAH
# SANGAT MENAWAN & SOPAN SANTUN
# KECANTIKAN LUAR & DALAM
# TIDAK PANDAI BERBOHONG & BERPURA-PURA
# MUDAH RASA SIMPATI,BAIK PENTINGKAN KAWAN
# SENTIASA BERKAWAN
# HATINYA MUDAH TERUSIK TETAPI MERAJUKNYA TAK LAMA
# CEPAT MARAH
# MACAM PENTINGKAN DIRI SENDIRI
# TIDAK MENOLONG ORG KECUALI DIMINTA
# SUKA MELIHAT DARI PERSPEKTIFNYA SENDIRI
# TIDAK SUKA TERIMA PANDANGAN ORG LAIN
# EMOSI YG MUDAH TERUSIK
# SUKA BERANGAN & PANDAI BERCAKAP
# MOSI YG KELAM KABUT
# DAYA FIRASAT YG SANGAT KUAT (TERUTAMANYA PEREMPUAN)
# SUKA MELANCONG,BIDANG SASTERA & SENI
# PENGASIH ,PENYAYANG & LEMAH LEMBUT
# ROMANTIK DLM PERCINTAAN
# MUDAH TERUSIK HATI & CEMBURU
# AMBIL BERAT TENTANG ORG LAIN
# SUKA KEGIATAN LUAR
# ORG YG ADIL
# BOROS & MUDAH DIPENGARUHI PERSEKITARAN
# MUDAH PATAH SEMANGAT

yang nak highlight sebenarnya satu tu je sebab berkenaan dengan entri.
okeyy.aku mengaku memang aku sangat mudah cemburu.
cemburu ni boleh kita bahagi kan kepada beberapa bahagian.
cemburu dengan adik-beradik,kawan-kawan dan suami isteri.
tapi aku tak boleh share la pasal suami isteri tuh,mana lah aku tahu.takde pengalaman.nanti aku kahwin,aku citer.hihi :D
pernah korang cemburu dengan abang kakak atau adik korang?
mesti pernah walaupun sedikit.aku pernah kot tapi tak ingat lah part mana.
yang aku ingat dengan kawan-kawan.
pernah sekali masa aku sangat tak matang,masa form 1,
aku pernah cemburu dengan sorang ni,aku pegi conteng buku dia.
tak patut kan? lepas tu memang nyesal tak sudah-sudah.sampai sekarang aku ingat.
tapi aku dah minta maaf dengan kawan aku.alhamdulilah,tenang sikit :)
korang jangan buat macam tu taw! tak baik.hm

masa aku sekolah dulu,selalu tanya ustazah..

'ustazah,takpe ke saya cemburu?'
'takpe..kalau awk cemburu dengan benda yang baik-baik.'
'hah????macam mana tu?'
'contohnya,awk cemburu tengok Aliya rajin hafal Al-quran dan sebab cemburu tuh,awk jadi makin bersemangat nak rajin jugak.'
'ohhhh...'

lepas pada tu,memang aku belajar untuk mengawal perasaan cemburu aku.
meh tengok hadis ni:

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tidak ada hasad (cemburu) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang; iaitu pada orang yang Allah SWT berikan harta, dia menghabiskannya dalam kebaikan. Dan pada orang yang diberikan ilmu dan dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia".

dibolehkan cemburu pada dua keadaan :
1. Allah beri dia harta,dia infakkan untuk kebaikan.
2. Allah beri dia ilmu,dia beramal dan ajar pula pada orang lain.

teringat satu soalan yang telah diajukan di kuliah UAI last week..

'ustaz,ape hukum saya cemburu tengok kawan-kawan saya yang comel-comel?'
'takpo,asalkan jangan melampau.tapi tok payoh mikir ah.orang lain kate mung dok comel pong,10 orang laki lagi kate mung comel'

hmm.jangan melampau dalam cemburu.
biasa lah tu cemburu.macam fitrah.tapi yang tak tahannya sekarang,cemburu pastu gi cari bomoh pulak.nauzubillah..

Sebab-sebab yang mendorong timbulnya cemburu yang tercela (melampaui batas) :

1. Lemahnya iman dan lalai dari mengingat Allah S.W.T.

2. Bisikan dan godaan syaitan.

3. Hati yang berpenyakit

Cara-cara untuk mengatasi kecemburuan ini adalah:

1. Bertakwa kepada Allah S.W.T.

2. Menjauhi pergaulan yang buruk dan hasutan orang lain

3. Bersangka baik 

4. Bersikap qana’ah (menerima segala ketentuan Allah S.W.T. dengan lapang dada).

5. Selalu mengingat kematian dan hari akhirat, hidup ini hanya sementara dan tidak perlu direbut hak-hak yang kecil di dunia ini.

6. Berdoa kepada Allah agar Dia menghilangkan kecemburuan tersebut.

wajarkah kita cemburu?
hmm.hanya pada tempatnya.
kalau tiba-tiba angin cemburu yang tak sepatutnya datang,cepat-cepat istighfar ye sahabat!


keep smiling,it's sunnah 
:)

Thursday, January 23, 2014

.: putihnya kakimu :.

Assalamualaikum.
salam sejahtera 1Dunia ! 
okeyyy,2-3 hari ni cuaca sejukk sungguh disini :)
Alhamdulillah..

aku teringat kisah seorang kakak ni.tapi aku tak ingat nama dia.aku letak nama Hawa lahh.macam sesuai dengan muka dia yang manis tu :)
dia share citer dia kat uni.pasal roomate dia..


pagi-pagi sebelum ke kuliah..

Hawa,kau selalu pakai stokin.tak rimas ke? (dengan muka tak puas hati)

hah? biasa je.tak ganggu ape-ape pon.

and kau pakai tudung besar-besar tak panas ke?

biasa jerrr..

suatu petang..

Hawa,putihnya kaki kau ! kau pakai ape?

ye ehh? aku pakai stokin lah.sebab tu jadi putih cenggini.hihi

ohhh.aku nak pakai stokin jugak lah.tapi aku takde..

takpe..kau amik je aku punye.aku hadiahkan.tapi kau kena betulkan niat kau,nak pakai stokin bukan untuk putih kaki semata-mata tapi untuk jaga aurat taw!

insyaAllah,thanks Hawa.btw,aku pun teringin nak pakai tudung bidang besar macam kau ni.mana nak cari ?

(dalam hati kak Hawa,Alhamdulillah ya Allah.kau ketuk pintu hati sahabat aku ini)

banyak je nak cari kat kedai.nanti kita pergi shopping untuk kau.aku pun teringin nak tambah koleksi tudung aku.hihi

thanks again Hawa.aku sayang kau!

see ? tak de pon kak Hawa ajak roomate dia kasar-kasar suh tutup aurat.
takde pon buat ceramah panjang berjela.
takde pon majlis perli memerli. ehhhh :D
kak Hawa just buat yang basic.dia cuma mempraktikkan.
tapi alhamdulillah,dengan cara tu,dia mampu bawa sahabat dia sekali untuk tutup aurat.

kita juga mampu untuk ajak sahabat-sahabat,ahli keluarga!
moga terus istiqamah :)

hukum pakai stokin ?
tak wajib pon.
yang wajibnya ialah menutup aurat kaki.
tak kira lah nak menutup kaki tu dengan cara melabuhkan kain ke ape..tapi mmg lebih elok lah kalau pakai stokin.nampak kemas,cantik lagi..
tak dinafikan,ada sebahagian imam dan ulama' kata,pakai stokin tak wajib pon tapi lebih afdhol kita berpegang dengan dalil-dalil yang kuat.

tak tahu nak pakai stokin yang macam mane?
lately,banyak dah jenis stokin yang dijual.
ada yang stokin biasa,stokin untuk wudhu',stokin colorful,stokin yang berjari-jari :D

comel kannn?
hihi.


ni sarung kaki sandy.memang ramai lahh yang pakai ni.selesa kott.
tak mahal sangat pon sarung kaki.kalau kat kelantan RM5 jeeee..
kawan aku dekat penang,datang sini terkejut dengan harga sarung kaki and stogan yang murah.dia cakap dekat penang mahal kot,7 ringgit :D
so Fatimah sila datang kelantan lagi ye! hehe.
mampu beli kan? lagi murah dari top up.pastu stokin ni tahan lama,setahun pon mampu.kalau top up? kejap je dah habes. ngeeee

tapi kannnn..
stokin pon bersyarat jugakk..
throwback kisah aku dan Mimi ditegur oleh ustazah kat sekolah dulu..

Syamimi,Zuhaira! comel nyo stokinn,warna merah nyalo..

meme comel pon ustazah.hihi

awak tahu dok,tak baik pakai stokin hok terang-terang gini.kalu jadi perhatian banin,tak molek...

ustazahhh,pakai male jah.banin tak nampak.

mano awak tahu banin tak nampak?mata diorang tajam.heh

ok lahh ustazahh..

kannn dah kena tegur?takpe,nasib baik ustazah ni baik dengan kitorang
tersipu malu aku dan Mimi haha
tapi kitorang pakai jugak sekali sekala kalau tengah malam sangat,nak pergi kantin sekolah
ohhh itu kenangann!
ini bermakna,kita tak boleh pakai stokin yang boleh menarik perhatian sekalian makhluk lelaki.tak baik ye! and satu lagi,jangan pakai stokin yang terlalu pendek.

Peringatan!
 janganlah pakai stokin hanya untuk fesyen yang kian trendy sekarang ni.
masa guna kasut,pakai stokin.time guna heels,stokin hilang entah ke mana.
pakai stokin agar syariat Allah terjaga.

wallahua'lam
keep smiling,it's sunnah :)





Tuesday, January 21, 2014

.: Oh,itu pon Nikmat ? :.

Assalamualaikum.
beberapa bulan lalu....

"jom!sape nak gi KB?kita jalan-jalan kejap."

"nak!nak!"

"cepatlah siap-siap.lambat kena tinggal."

"okeyyyyy.kejap la che su!"

dalam perjalanan....

"che suuuuu,cakap la kat tok ayah.faiz  dan damia nak kencing sangat ni.tak tahan."

"cakap sendiri lahh.tok ayah duk depan je pon.bukan jauh"

"tok ayahhhh!faiz dan damia tak tahan dah nii.."

"tahan je la.tengok ni,jammed sangat.kereta bukan boleh terbang pon." - tok ayah

"alaaaahhhh..che su tolonglahhh.."

"lahhhh,nak tolong macam mane? senang-senang awak berdua turun.kencing kat tepi ni je."

"boleh ke che su ?"

"boleh je kalau awak tak malu.awak kan budak-budak lagi.hahaha.."

"che suuuuuuuuuu..geramnye!!!"
"baik awak duk senyap-senyap.kalu banyak cakap,lagi terasa nak kencing.haa.kejap je lagi.depan tu ada stesen minyak"

beberapa minit dalam jammed yang sangat padat,banyak betul celoteh anak-anak sedara aku..pastu sampai je kat stesen minyak,berlari-lari mereka pegi cari tandas.lepastu....

"haaaaaahhhhh! leganya faiz...Damia pon..."

"tengok! bila sampai tahap gini baru terasa nikmatnya boleh kencing.sebelum ni ada rasa...?" -tok ayah

**terdiam sejenak**

"che su,nikmat tu ape?"

"nikmat tu nikmat lah.hah.nikmat tu macam apa yg Allah bagi dekat kita.bagi kita selesa.bagi kita bahagia.bagi mama baba,mama abah,bagi duit buat beli b-daman.haha.bayangkan orang yang takde mak ayah?takde duit nak beli mainan macam awak.kesian kann.." 

"pastu kenapa kencing pon nikmat?"

"sebab lepas kencing awak rasa selesa kan?tu lah nikmat.tadi punya lah gelisah.."

"ohh.itu pon nikmat?hmm.."

**terlintas di fikiran aku waktu tu tentang ayat ni...**

وان تعدوا نعمة الله لا تحصوها
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah,nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya"(14:34)

banyak sungguh nikmat Allah.kita memang tak mampu nak kira,nak bilang.dari sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besarnya.lihat je kat tubuh kita.Allah sempurnakannya dengan 2tangan supaya kita senang nak memegang,mengangkat.ada 2kaki untuk berjalan,ada sepasang mata untuk melihat ciptaanNya,ada hidung untuk menghidu.struktur hidung pon elok je.teringat ustaz aku cakap dulu..
'cuba bayangkan kalau lubang hidung tu ngadap ke atas?mesti tiap kali hujan,kena guna payung.'  (semua gelak tapi...haah.betul jugak tuh)

banyak sangat nikmat!

Allah berfirman :

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
(55:13)

syukur!Alhamdulillah.
walaupun kita terus menerus melakukan dosa,tapi Allah tetap beri kita rezeki,nikmat dan segalanya.sungguh Engkau Maha Pengasih!


:)



Sunday, January 19, 2014

.: Stay Strong :.

Assalamualaikum.
selalu aku pesan pada hati bila rasa lemah datang..
bila perasaan yang tidak diingini bertandang..
bila rindu yang tak sepatutnya hadir dalam hati menjelma..

'sabar.sabar.sabar.Allah ada.jangan fikir benda yang tak perlu fikir tu.Allah dah rancang yang terbaik untuk aku.DIA tahu.DIA Maha Mengetahui.'

hermm.
yes ! HE knows everything.
every single thing.
jangan dikenang waktu lalu.pedih.perit.
namun,kerana waktu lalu lah menjadikan aku dan korang yang sekarang.
yang membuatkan aku dan korang matang.
*erkkk.padahal rasa tak matang lagi ni.ngeee*

STAY STRONG !


!لا حول ولا قوة الا بالله


Saturday, January 18, 2014

.: Bersin vs Menguap :.

Assalamualaikum.
Bismillah.Alhamdulillah 3ala kulli hal.
agak-agak berapa kali korang bersin dan menguap dalam sehari?
bagi pendapat aku bersin tuh boleh la dikira dengan jari kaki tangan..
tapi kalau menguap ? errrrkk..
kan ? kan ?
haa !
meh tengok dan teliti hadis ni ;
  
"Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap.kerana apabila bersin salah seorang dari kalian lalu dia memuji Allah,menjadi kewajipan ke atas muslim yang mendengarnya untuk mentasymit(mengucapkan yarhamkillah).Adapun menguap datangnya dari syaitan.Apabila menguap,maka tahanlah dengan cara yang semampunya.jika dia mengucapkan 'haaaah' maka tertawalah syaitan"

okeyy.ni hadis STAM.
aku ingat sangat sebab aku kena kaji hadis ni,kena translate sendiri,kena buat pemahaman lagi sebab ni hadis syllibus baru. eheh 
Alhamdulillah,tak susah sangat pon sebab Allah bantu melalui enche google :D

sungguh terang lagi bersuluh yang Allah suka orang yang bersin sebab lepas kita bersin,kita memuji DIA. lepastu,bila bersin rasa lega kan? heh.sebabnya,kuman-kuman,benda asing dah terlepas pergi. so,jangan ditahan kalau nak bersin.nanti boleh jadi bahaya.
tapi kalau nak bersin depan muka orang tu,cover la sikit.pandang belakang atau tepi.
kalau nak bersin dengan betul-betul lega,pergi jauh sikit dari orang.takde lah sampai 'terpercik' :D
lagipun,bersin dapat meringankan tubuh badan kita.
so,faedah orang yang bersin..senang nak beribadah kepada Allah :)

macam mana nak cakap kalau dengar orang bersin?


step ketiga tuh,yang aku belajar..
وىصلح بالكم (dan memperbaiki amalan kamu) hanya untuk non-muslim.
wallahua'alam.

next,menguap!
sebab ape kita menguap?
ghalibnya,menguap sebab badan penuh dengan makanan yang berbagai-bagai.
cuba buat eksperimen untuk diri sendiri,makan nasi goreng,burger,hemlett,oblong,air kopi pukul 10 malam.niat nak stay up sampai pukul 2-3 pagi.mampukah ? tengok-tengok pukul 11 dah hanyut,menguap entah berapa kali.ngeee!
kenapa boleh hanyut awal?
doktor cakap ' menguap ni gejala yang menunjukkan orang tersebut tidak mencukupi oksigen dan nutrisi dalam tubuh'
yesss!kita hanyut awal sebab kurang oksigen.so,kakak aku selalu pesan time spm dulu,nak study kena letak botol air putih kat atas meja.bukan biskut,kuih n etc.heee
air putih sangat membantu korang nak study sebab ia membekalkan oksigen!
tapi aku ni,letak botol air putih besar mana pon.dah tak berapa minat nak stay up,tidur awal jugak! hehe..

masa kita kecik-kecik dulu,bila menguap tak tutup mulut,mak marah.mak kata nanti syaitan masuk. betul ke tak,aku tak tahu.
dalam hadis kat atas,'tahanlah menguap dengan cara yang mampu'.kalau mampu tutup mulut dengan tangan,tutuplah.kalu tak mampu,ketap bibir biarlah sampai keluar air mata pun..ok,ni memang kes ngantuk sangat!

menguap ni buat kita jadi makin malas.
nak sembahyang pon jadi lambat.
itu semua strategi syaitan.
mereka hasut suh makan banyak-banyak supaya kita lambat-lambat buat ibadah.
janganlah kita dihasut begitu,nauzubillah !

kesan buruk bagi orang yang menguap ;
1. malas
2. susah nak beribadat
3. jauh dari amalan-amalan baik

cara nak menjauhi dari gangguan syaitan ;
1. sibukkan diri dengan zikir
2. banyakkan amalan-amalan baik
3. mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW
4. mohon perlindungan dari Allah 

okeyyy.sangat jelas.
Bersin vs Menguap.
aktiviti yang berlawanan.
Bersin-senang nak ibadah.
Menguap-susah nak ibadah.

wallahua'alam.
kbai !

Tuesday, January 14, 2014

.: Rasululluh yang kita sanjungi :.

Assalamualaikum.
12 Rabiul Awal.
tarikh yang selalu disambut oleh ummat Nabi Muhammad SAW.
Allahumma Solli 3ala Muhammad :')


Baginda idola kita ?
Baginda insan yang kita sanjungi?
Baginda insan yang kita kasihi hormati?
jika benar kita sayang Rasulullah,sama-sama kita ikut sunnah baginda.
insyaAllah :)


ok,even nasyid ni dah lama.
tapi setiap kali aku dengar,memang sayu.
sungguh,aku rindu padamu!


-------------------------------------------------------------



Alhamdulillah.
memandangkan hari ni cuti,aku tak mengasuh anak sedara..
tetiba nak try buat pavlova.
jengggggg!
kira sedap la kann kalu anak sedara dah jilat jari?
haha.
btw,ni first try.kira ok lahh.
tp insyaAllah akan improve lagi.
jangan sia-siakan waktu yang ada ok!
masa itu lebih jauh nilainya dari emas.

:)


Monday, January 13, 2014

.: kenapa kita perlu menyebut insyaAllah ? :.

Assalamualaikum..
baru-baru ni ada pergi kuliah pagi,tajuknya pasal 'menyebut insyaAllah'.
insyaAllah - jika dikehendaki Allah
kita tahu,menyebut insyaAllah ni macam janji.
korang tahu tak,disebalik perkataan ni,ada sebuah kisah?
kisahnya begini..

Pada suatu hari,penduduk Makkah datang berjumpa dengan nabi Muhammad SAW lalu mengemukakan tiga soalan berkaitan dengan raja Zulqarnain,kisah ashabul kahfi dan ruh.pendapat mereka,semestinya nabi Muhammad tidak mampu menjawab ketiga-tiga soalan itu.lalu,nabi Muhammad SAW menjawab ' datanglah esok pagi kepadaku,agar aku dapat ceritakan'.ketika itu,Allah lupakan sekejap untuk Baginda menyebut insyaAllah.Nabi Muhammad berkata demikian kerana ingin menunggu wahyu dari Allah SWT.

keesokan harinya,penduduk Makkah datang kepada Nabi Muhammad SAW untuk menuntut jawapan.Namun,baginda tidak boleh jawab kerana wahyu tidak turun lagi.begitulah yang berlaku pada hari-hari seterusnya sehingga hari ke 15.sebab tu lah turun ayat ni.. 

Allah berfirman ;

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi, kecuali (dengan menyebut): "Insya Allah".

Dan ingatlah kepada Tuhan-Mu jika kamu lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat  kebenarannya daripada ini." (Al-Kahfi 18: 24)

ini menunjukkan bahawa kita tidak tahu sedikit pun tentang masa depan kita.kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan.Allah yang Maha Kuasa.Jadi,bila kita sebut insyaAllah menunjukkan kerendahan hati seorang hamba dan menyedarkan kita akan kekuasaan Ilahi.

Melalui kisah Nabi Muhammad SAW itu,dapat menjadi pengajaran untuk Baginda dan kita,ummatnya hingga harini :)

Korang perasan tak,ada antara kita secara sedar tak sedar menggunakan 'insyaAllah' untuk tidak mengerjakan sesuatu.mungkin aku juga pernah.hee
contohnya,

mak cik kiah : mari la ke rumah hari sabtu pagi.nak buat kesyukuran tapi x cukup orang nak membantu.buleh lah nak siang daging,potong bawang..

mak cik bedah : insyaAllah lah tuuu..

Mak cik Bedah jawab tu bukan dengan keyakinan bahawa Allah yang punya kuasa tetapi sekadar untuk berbasi-basi.takkan nak jawab 'aku malas lah kiah,banyak kerja'(macam tak sopan la baginya) :D

jadi,seharusnya kita berkata insyaAllah dengan keyakinan yang padu,mantop terhadap Allah SWT.

dulu,kadang-kadang aku terlupa juga nak sebut insyaAllah tapi lepas dengar kisah ni..Alhamdulillah :)
korang pun kena ingat lah juga untuk sebut insyaAllah..


tentang tiga pertanyaan yahudi..

soalan pertama ; siapa lelaki perkasa yang mengembara dari timur ke barat ?
    Allah berfirman : 

 "Dan mereka bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Zulqarnain.katakanlah 'akan kubacakan kepadamu kisahnya'" (Al-kahfi 18:83)

Baginda jawab dengan kisah Zulqarnain. Seorang raja perkasa yang menundukkan ramai raja dan mengelilingi dunia timur dan barat. Sehingga akhirnya, Zulqarnian bertemu dengan kaum yang memintanya supaya membina tembok pemisah di antara mereka dengan Ya’juj dan Ma’juj, agar mereka aman dari kejahatan Ya’juj dan Ma’juj.

soalan kedua ; siapakah sekumpulan pemuda yang hidup pada zaman dahulu dan memiliki kisah yang menakjubkan ?
Allah berfirman :
"Apakah engkau mengira bahwa orang yang mendiami gua dan (yang mempunyai) raqim itu termasuk tanda-tanda(kebesaran) Kami yang menakjubkan?" (Al-kahfi 18:9) 

Baginda menceritakan tentang Ashabul Kahfi,sekumpulan anak muda yang memasuki gua kerana melarikan diri dari raja yang zalim,bengis.bersama mereka disertai seekor anjing.Mereka telah ditidurkan oleh Allah selama 309 tahun.Apabila mereka terjaga,mereka mendapati negeri mereka telah banyak berubah.duit yang ingin digunakan untuk membeli juga sudah terlalu lama.semua orang yang mengetahui kisah mereka merasa takjub.

soalan ketiga ; apakah itu ruh ?
Allah berfirman :
"Dan mereka bertanya kepadamu(Muhammad) tentang roh.katakanlah'roh itu termasuk urusan Tuhanku,sedangkan kamu diberi pengetahuan hanya sedikit'"(Al-Isra' 17:83)

Begitu jelas Allah menurunkan wahyu tentang tiga pertanyaan yahudi tetapi mereka tetap tidak beriman kerana bangsa yahudi ni antara bangsa yang paling degil di dunia ni.

wallahua'lam.
berkongsi apa yang tahu.sharing is caring :)


Saturday, January 11, 2014

.: LOVE is CINTA :.

Assalamualaikum cinta..
tiba tiba entri kali ni nak bermadah tentang cinta.
: D

apa yang anda faham tentang cinta?
apa yang aku faham ; perasaan kasih sayang kepada yang selayaknya.
hehe,
apa pula yang tergambar dalam fikiran anda bila orang cakap tentang cinta?
bagi aku ; aku tergambar dia,mereka dan seangkatan dengannya.
siapa dia?siapa mereka?biarlah Allah saje yang tahu :)

korang pernah cari tak maksud cinta dalam kamus?
takpe kalau tak pernah cari,biar aku bagi definisi cinta melalui kamus dewan bahasa..
1. perasaan/berperasaan sangat sayang kepada negara,orang tua,kebebasan dll.
2. perasaan/berperasaan kasih sayang antara lelaki dan perempuan.
3. perasaan/berperasaan ingin akan sesuatu,rindu.

TAK KENAL MAKA TAK CINTA
   
jadi,sebelum kita mengenal,mengejar cinta manusia kita harus ingat ada cinta yang perlu diutamakan..
Cinta kepada Pencipta segala jenis kecintaan.
bagaimana nak cinta kasih kepada Allah ?
haruslah kita mengenaliNya.
bagaimana nak mengenalinya ?
kenaliNya dengan ilmu.
insyaAllah,jika cinta kita kepada Dia beres,yang lain akan dibereskan.

kemudian cinta kepada Rasulullah SAW.
ada segelintir manusia cakap sayang dekat Rasulullah SAW tapi buat maksiat tak ingat.
nauzubillah,insyaAllah bukan aku dan bukan juga kamu.
bagaimana kita nak sayang Baginda kalau sirah pon kita tak tahu?
Baginda seorang yang sangat penyayang terhadap isteri,anak-anak hatta ummatnya.
tapi apa yang kita dah buat untuk buktikan kasih sayang kita terhadap Baginda?
fikir sejenak..

cinta sesama manusia..
yang ini banyak berlaku kes.
kurang kasih sayang ibubapa,mereka mencari sahabat.
kurang kasih sayang sahabat,mereka mencari kekasih.
terlebih sayang dekat kekasih,apa apa sanggup dibuat termasuk mencemarkan maruah.
itu realiti remaja sekarang kott.
ingin aku kongsi puisi tentang cinta yang aku belajar dalam AdabNusus..

Cinta di kalangan manusia itu pelbagai bentuk..       #     
terbanyak,ia hanyalah seperti rumput-rumput di ladang,tiada bunga juga buah.

Kebanyakan cinta itu seperti arak,(jumlah yang) sedikit akan memberikan kesukaan..    #     banyaknya  pula boleh membawa celaka kepada si penagih.

Jasad manusia itu jika dipandu oleh cinta     #  
ia akan mengiringinya kepada sebuah hamparan kelazatan,lalu terbunuhlah ia disitu.

Cinta itu bagaikan seorang raja yang dikurung dalam tahanan      #      
yang bosan dengan kehidupannya,sedang pembantunya pula belot.

ni gambaran cinta oleh Jibran  menerusi kitab Al-Mawakib.
jika cinta kita tidak dipandu sebaiknya,maka ia akan memakan diri sendiri.
ramai yang menyalahkan cinta.
tidak!cinta tak salah.
yang salahnya cinta yang diselaputi maksiat.
ramai yang beranggapan cinta ni harus keluar dating,pegang tangan,calling tengah malam,chatting tak tentu masa,sharing gambar-gambar sweet.
itu semua dusta!
cinta tak semestinya couple lahhh.
kalau benar anda cintakan dia,mengapa harus dibawa ke neraka ?
cintakan dia,lepaskan dia.
dah cinta sangat tuh,buat istikharah,masuk meminang.
hehehe..
tapi hakikatnya sekarang,budak yang baru nak mengenal dunia telah tertipu dengan persekitaran.
mereka melihat kakak mereka couple,nak try jugak
tengok orang buat camtu,nak buat jugak.
hatta budak darjah satu pon dah pandai nak 'gewe'(couple)
kisah anak sedara aku..

dia : che su,ado sore budok laki tu..gelenya la nak gewe
aku : hah?ape lah,budak darjah satu pon dah pandai.tengok che su ni tak gewe pon.besar panjang doh ni.haha..

hurm,aku masa darjah satu tu,tak tahu apa kot.tahu main pasir buat masak masak je :D
banyak faktor yang menyebabkan remaja makin lalai
antaranya lagu jiwang.
sekarang memang lahhh banyak sangat lagu jiwang kosong.
usah dilayan sangat,nanti melarat.
aku sekarang pon,dah tak layan,dulu tu layan la juga.
heeee..

pernah tak jatuh cinta ? atau sedang jatuh cinta ?
aku pernah..haha
jangan lupa amalkan doa ini..

Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu.Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripadaMu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurgaMU.



                                     

so,letakkan Allah sebagai cinta kita yang utama :)
jangan terlalu mengejar cinta kekasih,bimbang akan tercicir cinta Rabb.

SEOUL, Korea (Part III)

Assalamualaikum. Anneyonghaseyo! bersambung dari Part I dan Part II mulakan pagi dengan banana uyu. satu ni 1200 won, kalau sini arou...