Saturday, January 18, 2014

.: Bersin vs Menguap :.

Assalamualaikum.
Bismillah.Alhamdulillah 3ala kulli hal.
agak-agak berapa kali korang bersin dan menguap dalam sehari?
bagi pendapat aku bersin tuh boleh la dikira dengan jari kaki tangan..
tapi kalau menguap ? errrrkk..
kan ? kan ?
haa !
meh tengok dan teliti hadis ni ;
  
"Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap.kerana apabila bersin salah seorang dari kalian lalu dia memuji Allah,menjadi kewajipan ke atas muslim yang mendengarnya untuk mentasymit(mengucapkan yarhamkillah).Adapun menguap datangnya dari syaitan.Apabila menguap,maka tahanlah dengan cara yang semampunya.jika dia mengucapkan 'haaaah' maka tertawalah syaitan"

okeyy.ni hadis STAM.
aku ingat sangat sebab aku kena kaji hadis ni,kena translate sendiri,kena buat pemahaman lagi sebab ni hadis syllibus baru. eheh 
Alhamdulillah,tak susah sangat pon sebab Allah bantu melalui enche google :D

sungguh terang lagi bersuluh yang Allah suka orang yang bersin sebab lepas kita bersin,kita memuji DIA. lepastu,bila bersin rasa lega kan? heh.sebabnya,kuman-kuman,benda asing dah terlepas pergi. so,jangan ditahan kalau nak bersin.nanti boleh jadi bahaya.
tapi kalau nak bersin depan muka orang tu,cover la sikit.pandang belakang atau tepi.
kalau nak bersin dengan betul-betul lega,pergi jauh sikit dari orang.takde lah sampai 'terpercik' :D
lagipun,bersin dapat meringankan tubuh badan kita.
so,faedah orang yang bersin..senang nak beribadah kepada Allah :)

macam mana nak cakap kalau dengar orang bersin?


step ketiga tuh,yang aku belajar..
وىصلح بالكم (dan memperbaiki amalan kamu) hanya untuk non-muslim.
wallahua'alam.

next,menguap!
sebab ape kita menguap?
ghalibnya,menguap sebab badan penuh dengan makanan yang berbagai-bagai.
cuba buat eksperimen untuk diri sendiri,makan nasi goreng,burger,hemlett,oblong,air kopi pukul 10 malam.niat nak stay up sampai pukul 2-3 pagi.mampukah ? tengok-tengok pukul 11 dah hanyut,menguap entah berapa kali.ngeee!
kenapa boleh hanyut awal?
doktor cakap ' menguap ni gejala yang menunjukkan orang tersebut tidak mencukupi oksigen dan nutrisi dalam tubuh'
yesss!kita hanyut awal sebab kurang oksigen.so,kakak aku selalu pesan time spm dulu,nak study kena letak botol air putih kat atas meja.bukan biskut,kuih n etc.heee
air putih sangat membantu korang nak study sebab ia membekalkan oksigen!
tapi aku ni,letak botol air putih besar mana pon.dah tak berapa minat nak stay up,tidur awal jugak! hehe..

masa kita kecik-kecik dulu,bila menguap tak tutup mulut,mak marah.mak kata nanti syaitan masuk. betul ke tak,aku tak tahu.
dalam hadis kat atas,'tahanlah menguap dengan cara yang mampu'.kalau mampu tutup mulut dengan tangan,tutuplah.kalu tak mampu,ketap bibir biarlah sampai keluar air mata pun..ok,ni memang kes ngantuk sangat!

menguap ni buat kita jadi makin malas.
nak sembahyang pon jadi lambat.
itu semua strategi syaitan.
mereka hasut suh makan banyak-banyak supaya kita lambat-lambat buat ibadah.
janganlah kita dihasut begitu,nauzubillah !

kesan buruk bagi orang yang menguap ;
1. malas
2. susah nak beribadat
3. jauh dari amalan-amalan baik

cara nak menjauhi dari gangguan syaitan ;
1. sibukkan diri dengan zikir
2. banyakkan amalan-amalan baik
3. mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW
4. mohon perlindungan dari Allah 

okeyyy.sangat jelas.
Bersin vs Menguap.
aktiviti yang berlawanan.
Bersin-senang nak ibadah.
Menguap-susah nak ibadah.

wallahua'alam.
kbai !

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen disini.
kalau ada masa,sudi-sudilah komen lagi :)

SEOUL, Korea (Part III)

Assalamualaikum. Anneyonghaseyo! bersambung dari Part I dan Part II mulakan pagi dengan banana uyu. satu ni 1200 won, kalau sini arou...