Monday, January 13, 2014

.: kenapa kita perlu menyebut insyaAllah ? :.

Assalamualaikum..
baru-baru ni ada pergi kuliah pagi,tajuknya pasal 'menyebut insyaAllah'.
insyaAllah - jika dikehendaki Allah
kita tahu,menyebut insyaAllah ni macam janji.
korang tahu tak,disebalik perkataan ni,ada sebuah kisah?
kisahnya begini..

Pada suatu hari,penduduk Makkah datang berjumpa dengan nabi Muhammad SAW lalu mengemukakan tiga soalan berkaitan dengan raja Zulqarnain,kisah ashabul kahfi dan ruh.pendapat mereka,semestinya nabi Muhammad tidak mampu menjawab ketiga-tiga soalan itu.lalu,nabi Muhammad SAW menjawab ' datanglah esok pagi kepadaku,agar aku dapat ceritakan'.ketika itu,Allah lupakan sekejap untuk Baginda menyebut insyaAllah.Nabi Muhammad berkata demikian kerana ingin menunggu wahyu dari Allah SWT.

keesokan harinya,penduduk Makkah datang kepada Nabi Muhammad SAW untuk menuntut jawapan.Namun,baginda tidak boleh jawab kerana wahyu tidak turun lagi.begitulah yang berlaku pada hari-hari seterusnya sehingga hari ke 15.sebab tu lah turun ayat ni.. 

Allah berfirman ;

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi, kecuali (dengan menyebut): "Insya Allah".

Dan ingatlah kepada Tuhan-Mu jika kamu lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat  kebenarannya daripada ini." (Al-Kahfi 18: 24)

ini menunjukkan bahawa kita tidak tahu sedikit pun tentang masa depan kita.kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan.Allah yang Maha Kuasa.Jadi,bila kita sebut insyaAllah menunjukkan kerendahan hati seorang hamba dan menyedarkan kita akan kekuasaan Ilahi.

Melalui kisah Nabi Muhammad SAW itu,dapat menjadi pengajaran untuk Baginda dan kita,ummatnya hingga harini :)

Korang perasan tak,ada antara kita secara sedar tak sedar menggunakan 'insyaAllah' untuk tidak mengerjakan sesuatu.mungkin aku juga pernah.hee
contohnya,

mak cik kiah : mari la ke rumah hari sabtu pagi.nak buat kesyukuran tapi x cukup orang nak membantu.buleh lah nak siang daging,potong bawang..

mak cik bedah : insyaAllah lah tuuu..

Mak cik Bedah jawab tu bukan dengan keyakinan bahawa Allah yang punya kuasa tetapi sekadar untuk berbasi-basi.takkan nak jawab 'aku malas lah kiah,banyak kerja'(macam tak sopan la baginya) :D

jadi,seharusnya kita berkata insyaAllah dengan keyakinan yang padu,mantop terhadap Allah SWT.

dulu,kadang-kadang aku terlupa juga nak sebut insyaAllah tapi lepas dengar kisah ni..Alhamdulillah :)
korang pun kena ingat lah juga untuk sebut insyaAllah..


tentang tiga pertanyaan yahudi..

soalan pertama ; siapa lelaki perkasa yang mengembara dari timur ke barat ?
    Allah berfirman : 

 "Dan mereka bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Zulqarnain.katakanlah 'akan kubacakan kepadamu kisahnya'" (Al-kahfi 18:83)

Baginda jawab dengan kisah Zulqarnain. Seorang raja perkasa yang menundukkan ramai raja dan mengelilingi dunia timur dan barat. Sehingga akhirnya, Zulqarnian bertemu dengan kaum yang memintanya supaya membina tembok pemisah di antara mereka dengan Ya’juj dan Ma’juj, agar mereka aman dari kejahatan Ya’juj dan Ma’juj.

soalan kedua ; siapakah sekumpulan pemuda yang hidup pada zaman dahulu dan memiliki kisah yang menakjubkan ?
Allah berfirman :
"Apakah engkau mengira bahwa orang yang mendiami gua dan (yang mempunyai) raqim itu termasuk tanda-tanda(kebesaran) Kami yang menakjubkan?" (Al-kahfi 18:9) 

Baginda menceritakan tentang Ashabul Kahfi,sekumpulan anak muda yang memasuki gua kerana melarikan diri dari raja yang zalim,bengis.bersama mereka disertai seekor anjing.Mereka telah ditidurkan oleh Allah selama 309 tahun.Apabila mereka terjaga,mereka mendapati negeri mereka telah banyak berubah.duit yang ingin digunakan untuk membeli juga sudah terlalu lama.semua orang yang mengetahui kisah mereka merasa takjub.

soalan ketiga ; apakah itu ruh ?
Allah berfirman :
"Dan mereka bertanya kepadamu(Muhammad) tentang roh.katakanlah'roh itu termasuk urusan Tuhanku,sedangkan kamu diberi pengetahuan hanya sedikit'"(Al-Isra' 17:83)

Begitu jelas Allah menurunkan wahyu tentang tiga pertanyaan yahudi tetapi mereka tetap tidak beriman kerana bangsa yahudi ni antara bangsa yang paling degil di dunia ni.

wallahua'lam.
berkongsi apa yang tahu.sharing is caring :)


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen disini.
kalau ada masa,sudi-sudilah komen lagi :)

SEOUL, Korea (Part III)

Assalamualaikum. Anneyonghaseyo! bersambung dari Part I dan Part II mulakan pagi dengan banana uyu. satu ni 1200 won, kalau sini arou...