.: LOVE is CINTA :.

by - January 11, 2014

Assalamualaikum cinta..
tiba tiba entri kali ni nak bermadah tentang cinta.
: D

apa yang anda faham tentang cinta?
apa yang aku faham ; perasaan kasih sayang kepada yang selayaknya.
hehe,
apa pula yang tergambar dalam fikiran anda bila orang cakap tentang cinta?
bagi aku ; aku tergambar dia,mereka dan seangkatan dengannya.
siapa dia?siapa mereka?biarlah Allah saje yang tahu :)

korang pernah cari tak maksud cinta dalam kamus?
takpe kalau tak pernah cari,biar aku bagi definisi cinta melalui kamus dewan bahasa..
1. perasaan/berperasaan sangat sayang kepada negara,orang tua,kebebasan dll.
2. perasaan/berperasaan kasih sayang antara lelaki dan perempuan.
3. perasaan/berperasaan ingin akan sesuatu,rindu.

TAK KENAL MAKA TAK CINTA
   
jadi,sebelum kita mengenal,mengejar cinta manusia kita harus ingat ada cinta yang perlu diutamakan..
Cinta kepada Pencipta segala jenis kecintaan.
bagaimana nak cinta kasih kepada Allah ?
haruslah kita mengenaliNya.
bagaimana nak mengenalinya ?
kenaliNya dengan ilmu.
insyaAllah,jika cinta kita kepada Dia beres,yang lain akan dibereskan.

kemudian cinta kepada Rasulullah SAW.
ada segelintir manusia cakap sayang dekat Rasulullah SAW tapi buat maksiat tak ingat.
nauzubillah,insyaAllah bukan aku dan bukan juga kamu.
bagaimana kita nak sayang Baginda kalau sirah pon kita tak tahu?
Baginda seorang yang sangat penyayang terhadap isteri,anak-anak hatta ummatnya.
tapi apa yang kita dah buat untuk buktikan kasih sayang kita terhadap Baginda?
fikir sejenak..

cinta sesama manusia..
yang ini banyak berlaku kes.
kurang kasih sayang ibubapa,mereka mencari sahabat.
kurang kasih sayang sahabat,mereka mencari kekasih.
terlebih sayang dekat kekasih,apa apa sanggup dibuat termasuk mencemarkan maruah.
itu realiti remaja sekarang kott.
ingin aku kongsi puisi tentang cinta yang aku belajar dalam AdabNusus..

Cinta di kalangan manusia itu pelbagai bentuk..       #     
terbanyak,ia hanyalah seperti rumput-rumput di ladang,tiada bunga juga buah.

Kebanyakan cinta itu seperti arak,(jumlah yang) sedikit akan memberikan kesukaan..    #     banyaknya  pula boleh membawa celaka kepada si penagih.

Jasad manusia itu jika dipandu oleh cinta     #  
ia akan mengiringinya kepada sebuah hamparan kelazatan,lalu terbunuhlah ia disitu.

Cinta itu bagaikan seorang raja yang dikurung dalam tahanan      #      
yang bosan dengan kehidupannya,sedang pembantunya pula belot.

ni gambaran cinta oleh Jibran  menerusi kitab Al-Mawakib.
jika cinta kita tidak dipandu sebaiknya,maka ia akan memakan diri sendiri.
ramai yang menyalahkan cinta.
tidak!cinta tak salah.
yang salahnya cinta yang diselaputi maksiat.
ramai yang beranggapan cinta ni harus keluar dating,pegang tangan,calling tengah malam,chatting tak tentu masa,sharing gambar-gambar sweet.
itu semua dusta!
cinta tak semestinya couple lahhh.
kalau benar anda cintakan dia,mengapa harus dibawa ke neraka ?
cintakan dia,lepaskan dia.
dah cinta sangat tuh,buat istikharah,masuk meminang.
hehehe..
tapi hakikatnya sekarang,budak yang baru nak mengenal dunia telah tertipu dengan persekitaran.
mereka melihat kakak mereka couple,nak try jugak
tengok orang buat camtu,nak buat jugak.
hatta budak darjah satu pon dah pandai nak 'gewe'(couple)
kisah anak sedara aku..

dia : che su,ado sore budok laki tu..gelenya la nak gewe
aku : hah?ape lah,budak darjah satu pon dah pandai.tengok che su ni tak gewe pon.besar panjang doh ni.haha..

hurm,aku masa darjah satu tu,tak tahu apa kot.tahu main pasir buat masak masak je :D
banyak faktor yang menyebabkan remaja makin lalai
antaranya lagu jiwang.
sekarang memang lahhh banyak sangat lagu jiwang kosong.
usah dilayan sangat,nanti melarat.
aku sekarang pon,dah tak layan,dulu tu layan la juga.
heeee..

pernah tak jatuh cinta ? atau sedang jatuh cinta ?
aku pernah..haha
jangan lupa amalkan doa ini..

Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu.Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripadaMu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurgaMU.



                                     

so,letakkan Allah sebagai cinta kita yang utama :)
jangan terlalu mengejar cinta kekasih,bimbang akan tercicir cinta Rabb.

You May Also Like

0 comments

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik :)