Tuesday, January 21, 2014

.: Oh,itu pon Nikmat ? :.

Assalamualaikum.
beberapa bulan lalu....

"jom!sape nak gi KB?kita jalan-jalan kejap."

"nak!nak!"

"cepatlah siap-siap.lambat kena tinggal."

"okeyyyyy.kejap la che su!"

dalam perjalanan....

"che suuuuu,cakap la kat tok ayah.faiz  dan damia nak kencing sangat ni.tak tahan."

"cakap sendiri lahh.tok ayah duk depan je pon.bukan jauh"

"tok ayahhhh!faiz dan damia tak tahan dah nii.."

"tahan je la.tengok ni,jammed sangat.kereta bukan boleh terbang pon." - tok ayah

"alaaaahhhh..che su tolonglahhh.."

"lahhhh,nak tolong macam mane? senang-senang awak berdua turun.kencing kat tepi ni je."

"boleh ke che su ?"

"boleh je kalau awak tak malu.awak kan budak-budak lagi.hahaha.."

"che suuuuuuuuuu..geramnye!!!"
"baik awak duk senyap-senyap.kalu banyak cakap,lagi terasa nak kencing.haa.kejap je lagi.depan tu ada stesen minyak"

beberapa minit dalam jammed yang sangat padat,banyak betul celoteh anak-anak sedara aku..pastu sampai je kat stesen minyak,berlari-lari mereka pegi cari tandas.lepastu....

"haaaaaahhhhh! leganya faiz...Damia pon..."

"tengok! bila sampai tahap gini baru terasa nikmatnya boleh kencing.sebelum ni ada rasa...?" -tok ayah

**terdiam sejenak**

"che su,nikmat tu ape?"

"nikmat tu nikmat lah.hah.nikmat tu macam apa yg Allah bagi dekat kita.bagi kita selesa.bagi kita bahagia.bagi mama baba,mama abah,bagi duit buat beli b-daman.haha.bayangkan orang yang takde mak ayah?takde duit nak beli mainan macam awak.kesian kann.." 

"pastu kenapa kencing pon nikmat?"

"sebab lepas kencing awak rasa selesa kan?tu lah nikmat.tadi punya lah gelisah.."

"ohh.itu pon nikmat?hmm.."

**terlintas di fikiran aku waktu tu tentang ayat ni...**

وان تعدوا نعمة الله لا تحصوها
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah,nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya"(14:34)

banyak sungguh nikmat Allah.kita memang tak mampu nak kira,nak bilang.dari sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besarnya.lihat je kat tubuh kita.Allah sempurnakannya dengan 2tangan supaya kita senang nak memegang,mengangkat.ada 2kaki untuk berjalan,ada sepasang mata untuk melihat ciptaanNya,ada hidung untuk menghidu.struktur hidung pon elok je.teringat ustaz aku cakap dulu..
'cuba bayangkan kalau lubang hidung tu ngadap ke atas?mesti tiap kali hujan,kena guna payung.'  (semua gelak tapi...haah.betul jugak tuh)

banyak sangat nikmat!

Allah berfirman :

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
(55:13)

syukur!Alhamdulillah.
walaupun kita terus menerus melakukan dosa,tapi Allah tetap beri kita rezeki,nikmat dan segalanya.sungguh Engkau Maha Pengasih!


:)



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen disini.
kalau ada masa,sudi-sudilah komen lagi :)

SEOUL, Korea (Part III)

Assalamualaikum. Anneyonghaseyo! bersambung dari Part I dan Part II mulakan pagi dengan banana uyu. satu ni 1200 won, kalau sini arou...