Friday, February 28, 2014

.: Jumaat penuh barakah :.

Assalamulaikum wbt.
segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih :)

Alhamdulillah.syukur sangat sebab hari ni dapat menghadiri dua kuliah/ceramah.
kuliah pagi tadi di medan ilmu Kota Bharu yang disampaikan oleh ustaz Ahmad Yaakub dan ustaz selebriti kita UAI a.k.a Ustaz Azhar Idrus :D
aku salah seorang peminat kuliah UAI,seriously.sebab kuliah yang disampaikan memang mudah nak faham and sangat menusuk qalbu. huhu.
jadi,aku nak share lah sedikit apa yang UAI sampaikan.
ilmu kan perlu disebar luas untuk manfaat kita bersama demi membentuk ummah yang bertaqwa lagi cemerlang gemilang terbilang. *bahasa melayu kucar kacir haha*

UAI cakap :

"الغيبة اشد من الزنا"
~mengumpat itu lebih dasyat daripada berzina~

kenapa? sebabnya andai seseorang itu berzina lalu dia bertaubat kepada Allah SWT,Allah Maha Pengampun.Dia mengampunkan dosa hamba-hambaNya yang betul-betul bertaubat tapi kalau mengumpat,dosa kita tak kan terhapus dengan bertaubat kepada Allah sahaja.kita kena jumpa dengan orang yang menjadi bahan umpatan tu untuk mohon maaf.
zuppppp! katakan TAK NAK kepada GHIBAH !
tapi dalam islam,ada ghibah yang dibenarkan.inshaAllah pada entri yang lain :)

ceramah yang kedua baru jap tadi dekat Bachok oleh ustaz Robby anak Tandang@Muhammad Zaid bin Tandang.
korang kenal takk ? Dia ni bekas paderi Kristian di Sarawak dan juga bekas pengacara TV Al-Hijrah.sekarang dah jadi pendakwah bebas dan eksekutif di TV Al-Hijrah.
tajuk : 'Mengapa aku memilih Islam'
banyak sangat yang dia cerita bermula dengan hatinya yang terdetik mencari kebenaran Islam.Allahu,terharu sihhh :')

Dia banyak mengaitkan cerita dari kitab Bible.memang best lah kann.dia ingat satu-satu kot bab mana,ayat mana hingga mana.bukan Bible je dia ingat,Al-Quran pon dia ingat ! ok,aku memang sangat tabikk dengan orang yang baru memeluk agama islam sebab diorang betul2 mengkaji.aku yang dah duk dalam islam ni? ciput mana je yang aku kaji tentang islam,tentang Al-Quran ? sobbbb T.T
*semakin bersemangat aku nak masuk universiti,nak belajar tentang semua ni.mohon doakan ^^*
antara perkongsian :
dia cakap dalam Bible pon ada suruhan tentang wanita yang beriman agar menutup anggota badan terutama kepala.apa alasan kita yang berpegang dengan Al-Quran dan hadith yang tak nak menutup aurat? hmm.

renung-renugkan.
banyak sangat yang dikongsi oleh ustaz Ahmad Yaakub,UAI dan ustaz Robby.
sungguh,indahnya hari Jumaat jika diisi dengan perkara yang bermanfaat!

ingin merasa nikmat iman?
kita perlukan perjuangan
:)


Tuesday, February 25, 2014

.: jangan lupa minum air ! :.

Assalamualaikum.
ape khabar rosmani dan jasmani kita hari ni?moga sentiasa sihat dan cerdas :)

memandangkan Malaysia sekarang tengah mengalami musim yang agak panas,pakar kaji cuaca kata kemungkinan akan berlanjutan sehingga pertengahan bulan Mac ni.jadi aku nak ajak korang agar minum air putih banyak-banyak! penting ni taww.kalau tak minum air banyak,mesti kita akan kering bibir atau sakit tekak.aku termasuk dalam golongan ni lah --"
selalu kena tegur ngan mak padahal aku rasa minum banyak dah.huhu.

bagi sesiapa yang agak susah nak minum air,korang kena cari alternatif lah.macam aku,sejak dua menjak ni botol air adalah teman setia dimanapun berada.bila botol air duk depan mata,baru teringat nak minum air.kalau tak,memang tak minum lah sebab malas nak gi tuang air kat dapur.haha. *pemalas betul :p*

kalau yang masih di alam persekolahan tu,rajin-rajin lah bawak bekal air sendiri.aku pelik juga la kalau pergi kantin sekolah dulu-dulu.budak-budak beli drinking water.bawak je la air dari rumah.lagi sedap and save bajet!
aku pernah dengar orang cakap kalau lelaki bawak botol air pegi kelas,macam tak macho gitu kalau perempuan tak pelah.heyyy! pelik betul la orang zaman leni ni.lelaki yang bawak botol air adalah sweet.serius nie.hihi.nak bawak botol yang kecik pon malu.cer tengok budak-budak cina,botol diorang mane ade kecik-kecik macam kita ni.diorang bawak yang panjang,lebar ala-ala geleng air gitu :D bagus lah,air kan pembekal oksigen.

satu lagi,minum air kena ikut sunnah Rasulullah SAW.baru lah rasa sedap je,takde la rasa macam kena paksa diri gitu haaa.

dalam sebuah hadith :
"Bahawasanya nabi SAW berhenti tiga kali ketika meminum segelas.Baginda bersabda lagi bahawa ia menyegarkan dan memuaskan."(HR Tarmizi,Muslim,Abu Dawud,Nasa'i dan Ahmad) sumber:Biografi Agung Rasulullah SAW


KEEP CALM
and
FOLLOW HIS SUNNAH.

 :)

Saturday, February 22, 2014

.: Zikir Harian :.

Assalamualaikum.



zikir harian.elok diamalkan tak kira zaman atau masa.tak kira menggunakan kaedah mana.
hiasilah peribadi kita dengan zikir-zikir kerana mengingati Allah adalah ubat paling mujarab untuk jiwa.selamat beramal dan terus istiqamah !
moga kita semua mendapat rahmatNya :)


Friday, February 14, 2014

.: ku ingin tabung begitu juga :.

Assalamualaikum.
Alhamdulillah,jumpa lagi kita dengan penghulu segala hari,Jumaat.
Allahumma solli 3ala Muhammad.perbanyakkan selawat.bagi sesiapa yang belum habis baca lagi surah al-kahfi,dipersilakan untuk habiskan dulu ;)

jom masuk ke tajuk kali ni.
'ku ingin tabung begitu juga'


aku nak tabung macam kat atas tu lah.besar.baru semangat nak menabung.hihi
tu tabung anak sedara aku,Hadif.dia menabung tengah tahun lepas.masa mula-mula beli,sungguh lah bersemangat dia menabung.everyday duk bawak tabung dia ke hulu ke hilir.pergi ketuk bilik ayah aku ;
"tok ayoh,nk teleng2 nk buh dale teleng"
(nak syiling2 nak masukkan dlm tabung)
aku pon tak faham kenapa dia panggil tabung tu teleng.takpe lahh,kanak2.
tapi sekarang,dah tak bawak ke hulu ke hilir sangat.bukan malas tapi berat sangat.
berat sungguh weiii,banyak kot duit dia!
kalau sepupu2 dia pegang,punyalah marah sebab dia punya kann.


tadaaaaaa!
ni tabung aku.kecil molek,kiut dan pemalu pulak tu.haha.
nampak beza tak?yang anak sedara aku punya lah besar.haishh.
disebabkan yang aku kecik sangat,duit kertas pon x muat nak masuk T.T
kenapa aku nak sangat tabung macam anak sedara aku?
sebab utama ialah tabung itu tak boleh dibuka,tak leh nak korek.tabung ladybird aku ni ade lubang dekat bawah,senang nak korek.time terdesak pitis mula la mencari ladybird ni.sebab tu kalau aku menabung,jarang dapat simpan banyak2.sobss.
maka,aku bercadang nak beli tabung macam Hadif,tapi bukan Ben10 la.aku nak  cari yang gegirl sikit.baru sesuai gitu :3
banyak faedah menabung ni.mesti korang dah tahu sebab masa darjah 6-form 5,tajuk kepentingan menabung dalam karangan memang sangat femes.hee.tapi aku nak bagi juga 2 contoh kepentingan menabung :

1. dapat kumpul duit tanpa disangka2.maknanya,kita tak tahu berapa banyak yang disumbatkan dalam tabung tu.bila dipecahkan,dapat beratus2.dari sepuluh sen jadi beratus2.kan WOW gitu! jangan pandang rendah dengan sepuluh sen tu sebab kalau takde ia,takkan cukup untuk sejuta.hihi.sikit-sikit lama-lama jadi bukit ;)

2. dapat elakkan dari pembaziran.kalau duit duk kat tangan,macam2 terasa nak beli,benda yang tak perlu pon nak beli.kan membazir gitu.

Allah berfirman :

"sesungguhnya orang-orang yang pemboros itu adalah saudara setan dan setan itu sangat ingkar kepada Tuhannya."

 jadi,marilah sama-sama kita membeli tabung yang tak boleh dikorek dan mula menabung bagi menjaga ekonomi :D

keep smiling,it's sunnah.
:)

Wednesday, February 12, 2014

.: Opssss ! TER... :.

Assalamualaikum.
haihaihai ! semangat je aku nk update entri ni.hihi

TER...
faham ke tidak maksud 'ter' ni? 'ter' ni macam tak sengaja gitu.
korang pasti pernah TERsuka atau TERminat dengan seseorang kan?
ade sesiapa TERasa ke?tak baik tipu diri sendiri.nanti sengsara.haha
btw,aku pon pernah :p
tapi..
kena kawal lahh.ni aku nak share tips yang diambil dari kawan kakNuhaa. 
katanya tips ni cute & mujarab untuk diamalkan ;)

pertama : Jangan layan sangat perasaan TER tuhh.sila buang jauh-jauh perasaan tu.campak je dalam laut takpon tepi longkang.haha.cara ni memang sangat mujarab bagi aku tapi takde la aku campak gitu.hihi

kedua : Anggaplah dengan yakin bahawa hamba Allah itu dah nikah ataupon dah tunang.errr boleh ke nak anggap gitu ?

ketiga : Bayangkan yang kita sedang bertepuk sebelah tangan.sememangnya takkan berbunyi.jangan jadi 'SS' *syok sendiri,syok dimana kita anggap dia pon suka kita* erkk T.T

boleh je sesiapa nak cuba langkah2 diatas bagi mencegah zina.

tetapi...
kalau dah TERsuka sangat dan dah ready,boleh masuk meminang terus ~
lalalala~

keep smiling,it's sunnah.
:)

Monday, February 10, 2014

.: Mereka dijamin SYURGA :.


السلام عليكم يا صديقي 
Ape khabar iman kita hari ni ? Moga sentiasa sihat. 
Kali ni nak share siapa 10 orang sahabat Rasulullah SAW yang dijamin untuk masuk syurga.

Mereka adalah : 
1. Abu Bakar As-siddiq
2. Umar Al-khattab
3. Uthman bin Affan
4. Ali bin Abi Talib
5. Saad bin Abi Waqqas
6. Abdul Rahman bin 'Auf
7. Zubair bin Al-Awwam
8. Talhah bin Ubaidillah
9. Abu Ubaidah bin Jarrah
10. Said bin Zaid

Semestinya sahabat2 Rasulullah ini banyak berjuang dijalanNya.
Mereka diberi jaminan Syurga.Bagaimana dengan kita?
Uhukk :'(

Sunday, February 9, 2014

.: Segmen 48 Jam : Upkan Follower + Bloglist 4 Month by Nurul :.

Assalamualaikum.
salam sayang semuaaa ! :D


jom join segmen ni pulakk !

p/s : tengah rajin men'join' segmen nieee ngeeee

Saturday, February 8, 2014

Segmen : Ramaikan Follower,Raikan Ukhuwah..

Assalamualaikum..




jom join ramai-ramai.
keep smilng,it's sunnah.
:)

*okeyy,first time join segmen.pepagi pulak tu hihi*

.: Asalkan BARU :.

Assalamualaikum sahabat blogger !
Allahumma Solli 3ala Muhammad,Alhamdulillah hari ni pepagi lagi nak update blog.nak buat semalam tapi tak sempat.banyak urusan hihihi *bajet busy*

BARU.
bila kita membeli sesuatu yang baru seperti handphone,baju,selipar dsb kita pasti akan lebih bersemangat untuk menggunakannya.
kan kan kan?

contohnya :

bila beli handphone baru,h/p tu jugak la yang dibawa ke hulu ke hilir,ditatap sana sini,di touch up dan di make up lagi,di explore segenap inci ruang.h/p yang lama tu entah dicampak ke mana *ok,tengah mood handphone baru ni hahaha tapi aku tak campak pon yang lama*
asalkan baru,pasti bersemangat..

bila beli baju,selipar baru,boleh kata setiap hari nak pakai yang tu.nak turun jemur kain pon pergi pakai high heels.hihi.kalau budak kecik yang ada baju baru yang diorang suka,sanggup tak pakai baju lps mandi sebab nak tunggu baju baru tu kering huhu
asalkan baru,pasti bersemangat..

bila beli alat senaman baru spt tali skipping,basikal..semangat nak kuruskan badan,semangat nak main.yang tak pandai naik basikal pon,dalam masa beberapa jam je dah boleh bawak dengan baik *ini anak sedara aku.kagum dgn kesungguhan dia nak belajar basikal*
asalkan baru,pasti bersemangat..

begitu juga kalau kita ada hati yang baru,pasti akan bersemangat untuk beribadah.
kurang jelas tentang hati yang baru?
hati yang baru tu means hati yang suci,hati yang sentiasa bertaubat dan beristighfar
kepada Allah SWT.sentiasalah kita menyucikan hati kita.
muhasabah diri antara cara terbaik untuk memperbaharui hati.


pesanan imam al-ghazali :
"carilah hatimu di tiga tempat.temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran.jika tidak kau temui,carilah hatimu ketika solat.jika kau tidak temui juga,carilah hatimu ketika bertafakur mengingati mati.jika tidak kau temui juga,maka berdoalah dengan Allah.Pintalah hati yang baru."

deep.indeed.

cari hatimu,semoga terus bersemangat!
keep smiling,it's sunnah.
:)

Tuesday, February 4, 2014

.: dia boleh,kenapa tidak kita? :.

Assalamualaikum.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allahumma solli 3ala Muhammad :)
jom kita sama-sama perbanyakkan selawat.

Allah berfirman :

 "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat untuk nabi.Wahai orang-orang yang beriman!Berselawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya"(Al-Ahzab;56)

Sabda Rasulullah SAW :

"Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali,maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali."(HR Muslim)



ini Hadif,anak sedara yang kiut miut umo 2tahun.dia selalu selawat.
time duk saje-saje sambil bermain pon dia duk selawat,berzikir.
secara automatiknya,kita yang mendengar pon berselawat.Alhamdulillah.
anak kecil ini boleh.kenapa tidak kita ?


perkataan yang mudah,ganjarannya berganda!

keep smiling,it's sunnah.
:)

SEOUL, Korea (Part III)

Assalamualaikum. Anneyonghaseyo! bersambung dari Part I dan Part II mulakan pagi dengan banana uyu. satu ni 1200 won, kalau sini arou...