Saturday, February 8, 2014

.: Asalkan BARU :.

Assalamualaikum sahabat blogger !
Allahumma Solli 3ala Muhammad,Alhamdulillah hari ni pepagi lagi nak update blog.nak buat semalam tapi tak sempat.banyak urusan hihihi *bajet busy*

BARU.
bila kita membeli sesuatu yang baru seperti handphone,baju,selipar dsb kita pasti akan lebih bersemangat untuk menggunakannya.
kan kan kan?

contohnya :

bila beli handphone baru,h/p tu jugak la yang dibawa ke hulu ke hilir,ditatap sana sini,di touch up dan di make up lagi,di explore segenap inci ruang.h/p yang lama tu entah dicampak ke mana *ok,tengah mood handphone baru ni hahaha tapi aku tak campak pon yang lama*
asalkan baru,pasti bersemangat..

bila beli baju,selipar baru,boleh kata setiap hari nak pakai yang tu.nak turun jemur kain pon pergi pakai high heels.hihi.kalau budak kecik yang ada baju baru yang diorang suka,sanggup tak pakai baju lps mandi sebab nak tunggu baju baru tu kering huhu
asalkan baru,pasti bersemangat..

bila beli alat senaman baru spt tali skipping,basikal..semangat nak kuruskan badan,semangat nak main.yang tak pandai naik basikal pon,dalam masa beberapa jam je dah boleh bawak dengan baik *ini anak sedara aku.kagum dgn kesungguhan dia nak belajar basikal*
asalkan baru,pasti bersemangat..

begitu juga kalau kita ada hati yang baru,pasti akan bersemangat untuk beribadah.
kurang jelas tentang hati yang baru?
hati yang baru tu means hati yang suci,hati yang sentiasa bertaubat dan beristighfar
kepada Allah SWT.sentiasalah kita menyucikan hati kita.
muhasabah diri antara cara terbaik untuk memperbaharui hati.


pesanan imam al-ghazali :
"carilah hatimu di tiga tempat.temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran.jika tidak kau temui,carilah hatimu ketika solat.jika kau tidak temui juga,carilah hatimu ketika bertafakur mengingati mati.jika tidak kau temui juga,maka berdoalah dengan Allah.Pintalah hati yang baru."

deep.indeed.

cari hatimu,semoga terus bersemangat!
keep smiling,it's sunnah.
:)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen disini.
kalau ada masa,sudi-sudilah komen lagi :)

SEOUL, Korea (Part III)

Assalamualaikum. Anneyonghaseyo! bersambung dari Part I dan Part II mulakan pagi dengan banana uyu. satu ni 1200 won, kalau sini arou...