.: Jumaat penuh barakah :.

by - February 28, 2014

Assalamulaikum wbt.
segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih :)

Alhamdulillah.syukur sangat sebab hari ni dapat menghadiri dua kuliah/ceramah.
kuliah pagi tadi di medan ilmu Kota Bharu yang disampaikan oleh ustaz Ahmad Yaakub dan ustaz selebriti kita UAI a.k.a Ustaz Azhar Idrus :D
aku salah seorang peminat kuliah UAI,seriously.sebab kuliah yang disampaikan memang mudah nak faham and sangat menusuk qalbu. huhu.
jadi,aku nak share lah sedikit apa yang UAI sampaikan.
ilmu kan perlu disebar luas untuk manfaat kita bersama demi membentuk ummah yang bertaqwa lagi cemerlang gemilang terbilang. *bahasa melayu kucar kacir haha*

UAI cakap :

"الغيبة اشد من الزنا"
~mengumpat itu lebih dasyat daripada berzina~

kenapa? sebabnya andai seseorang itu berzina lalu dia bertaubat kepada Allah SWT,Allah Maha Pengampun.Dia mengampunkan dosa hamba-hambaNya yang betul-betul bertaubat tapi kalau mengumpat,dosa kita tak kan terhapus dengan bertaubat kepada Allah sahaja.kita kena jumpa dengan orang yang menjadi bahan umpatan tu untuk mohon maaf.
zuppppp! katakan TAK NAK kepada GHIBAH !
tapi dalam islam,ada ghibah yang dibenarkan.inshaAllah pada entri yang lain :)

ceramah yang kedua baru jap tadi dekat Bachok oleh ustaz Robby anak Tandang@Muhammad Zaid bin Tandang.
korang kenal takk ? Dia ni bekas paderi Kristian di Sarawak dan juga bekas pengacara TV Al-Hijrah.sekarang dah jadi pendakwah bebas dan eksekutif di TV Al-Hijrah.
tajuk : 'Mengapa aku memilih Islam'
banyak sangat yang dia cerita bermula dengan hatinya yang terdetik mencari kebenaran Islam.Allahu,terharu sihhh :')

Dia banyak mengaitkan cerita dari kitab Bible.memang best lah kann.dia ingat satu-satu kot bab mana,ayat mana hingga mana.bukan Bible je dia ingat,Al-Quran pon dia ingat ! ok,aku memang sangat tabikk dengan orang yang baru memeluk agama islam sebab diorang betul2 mengkaji.aku yang dah duk dalam islam ni? ciput mana je yang aku kaji tentang islam,tentang Al-Quran ? sobbbb T.T
*semakin bersemangat aku nak masuk universiti,nak belajar tentang semua ni.mohon doakan ^^*
antara perkongsian :
dia cakap dalam Bible pon ada suruhan tentang wanita yang beriman agar menutup anggota badan terutama kepala.apa alasan kita yang berpegang dengan Al-Quran dan hadith yang tak nak menutup aurat? hmm.

renung-renugkan.
banyak sangat yang dikongsi oleh ustaz Ahmad Yaakub,UAI dan ustaz Robby.
sungguh,indahnya hari Jumaat jika diisi dengan perkara yang bermanfaat!

ingin merasa nikmat iman?
kita perlukan perjuangan
:)


You May Also Like

1 comments

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik :)