Tuesday, March 25, 2014

Intensif

Assalamualaikum. Hai bloggers. Hai silent readers. 
Beberapa hari lalu dapat mesej dari kawan yang sedang bekerja sebagai guru ganti kat bekas sekolah sendiri,Maahad Tahfiz Sains [MTS]
Dia cakap ustaz suh cari guru Al-quran intensif bulan Mac sebab kekurangan ustazah. Maka aku dan Aliya dengan rendah diri menerima tawaran itu. 
Terima kasih ustaz sebab memberi kepercayaan kepada kami walaupon kami masih lagi muda remaja dan tak pernah ada pengalaman. Hewww :3
Alkisahnya kelas start 20.3(khamis)-23.3(ahad). kononnya pergi lapor diri kat ustaz la tengah hari khamis tu tapi bila jumpa ustazah-ustazah,diorang ingat aku pegi untuk amik result SPM. Huhu. *ustazah,saya batch lain*

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Mula-mula memang lah kekok tapi alah bisa tegal biasa. Ustaz cakap kitorang dijadualkan masuk kelas 6/12 sesi je sebab baru lagi kan tapi alih2 dapat on-call suh masuk kelas yang takde ustazah. Jadi lah 11/12 sesi. Yang tak cukup 1 sesi tu sebab ustaz tak ingat nak bgtahu lagipon aku nak balik rumah dah time tu. Hoho!
Kitorang jaga budak form 1,2,3. Diorang semua konpius nk panggil ustazah atau kak. Aku senyum je. Ikut korang la nak panggil ape pon. Tak kesah langsung. 

 Jadual asal-6 sesi

Hari Jumaat petang memang bosan.aku text kawan dekat TM.baiknya mereka sudi melawat aku dan Aliya.siap terima tempahan aku suh beli tom yam dan cool blog lagi.
muahhhhhhh thanks Anis dan Raihan <3

*ustazah kurang matured haha*

Thanks Aliya sebab bersama-sama dengan saya sepanjang kelas intensif.
semoga pengalaman ini berguna untuk kita dan juga adik-adik.
:)


Wednesday, March 19, 2014

Selamat Hari Jadi Ayah !

Assalamualaikum.haiiii ~
lama dah jejari runcingku tidak menari-nari disini cehh.haha

Alhamdulillah.
hari ni genaplah usia ayah 61 tahun.
macam banyak je angka tu kan? hihi.
tapi syukur sangat ayah masih sihat dan cergas :D

TEGAS.
yeah.itu sifat ayah aku.masih dan tetap ada sejak dulu sampai sekarang bahkan mungkin juga telah diwarisi oleh kakak sulung aku. hehe.
dan kerana ketegasan tu lah kami adik-beradik menjadi manusia ;)
*manusia=manusia yang berguna gitu heww*


 Majlis Graduasi Tahfiz 2011 :)

Great Wall 2013 :)

takde beza sangat pon kan? tetap hensem gituu.hihi.
sekali lagi..
SELAMAT HARI JADI AYAH !
semoga dipanjangkan umur.
semoga diberikan kudrat dan kesihatan yang baik.
semoga hidup ayah dirahmati oleh Allah selama-lamanya.
semoga kelak kita berjumpa di syurga nan indah!
i love u sooooo much <3

Friday, March 7, 2014

.: Musibah itu Rahmat :.

Assalamualaikum.Alhamdulillah.
setelah seminggu tidak meng'update' blog,kini muncul kembali.hihi.
Musibah,takde orang nak tapi semua orang akan dapat.
and hari selasa yang lalu 04 MAC 2014 rumah nenek aku terbakar.
tapi Alhamdulillah sebab takde la terbakar satu rumah.satu bilik je 99% terbakar,ruang tamu dan dapur dapat tempias sikit-II but still kena cuci satu rumah huhu.
punca tu kemungkinan litar pintas kot.wallahua'lam.

pada hari kejadian...
dapat panggilan dari kakak ipar,cepat-II pergi rumah nenek aku memandangkan rumah aku dan nenek sangat dekat.tak sampai 3 minit berjalan kot.bila sampai tuh,memang aku tengok tingkap-II dah pecah.asap hitam yang tebal keluar dari tingkap.ayah aku suh call bomba.
jadi aku call 999.*first time ni aku sendiri yang cakap haha*

999 ; ye,boleh saya bantu ?
aku ; kebakaran.ermm *gagap*
999 ; betul ke dik ? dekat mana ?
aku ; dekat...ahhh tak tahu nak cakap mana (sambil pass phone dekat ayah)*bila dah panik,semua benda tak jadi*
#sebenarnya banyak kali dia tanya betul ke betul ke.tak percaya sebab dengar suara aku la kot.macam budak-II sikit.dia ingatkan aku duk main-II.grrrr takde masa aku nak main-II benda gitu 

dipendekkan cerita,bomba lambat sampai.ayah aku siap pergi panggil diorang dekat balai bomba.tapi yang ada hanya dua orang sebab yang lain pergi bertugas.kebetulan ada kebakaran dekat Pantai Senok.akhirnya bomba dari Pengkalan Chepa yang sampai dulu.tapi masa diorang sampai tu,api dah dapat dikawal dengan bantuan orang-II kampung.Alhamdulillah.penduduk kampung Badak sangat osemmm! hoho :D
jadi,bomba datang padamkan bara api dekat ceiling and make sure yang api dah takde.
btw,3 biji kereta bomba datang berlumba-II. *kereta ke trak? aku tak tahu hahaha*




 :')
bomba datang soal siasat saksi.eheh.katanya saje je sambil nak ajar budak-II yang baru.

semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya.
bomba-II yang datang tu bagi tips menangani kebakaran.katanya,bila kita sedar ada kebakaran dekat bawah-II mcm lantai,kena amik kain yang basah and letak atas api tu.
*tapi bila panik,memang tak ingat ape dah duhai bomba huhu*
apa yang dapat aku simpulkan dengan musibah ni,penduduk kampung yang jarang keluar bersemuka pon datang ucap takziah kat nenek aku.sepupu sepapat pon kelik bergotong royong.yeahhh semua ni demi menguatkan lagi silaturrahim :)

Apa-apa musibah yang melanda,hakikatnya baik untuk kita.
bersangka baik lah kita kpd Allah.
demi RahmatNya :)

SEOUL, Korea (Part III)

Assalamualaikum. Anneyonghaseyo! bersambung dari Part I dan Part II mulakan pagi dengan banana uyu. satu ni 1200 won, kalau sini arou...