Wednesday, April 30, 2014

it's Rejab!

Assalamualaikum.


amalkan doa ni setiap kali selepas solat :)

Majlis Kesyukuran Kecemerlangan

Assalamualaikum. 
Haiiiii~

Pagi tadi menghadiri Majlis Kesyukuran Kecemerlangan kat sekolah lama. Orang jemput,wajiblah kita memenuhi jemputan kannn ^^
MashaAllah punya lah lama menunggu.pergi kul 830 sebab pendaftaran pukul 800 tapi majlis start kul 11.penat tawww menunggu?? >,<

 plaque sebagai kenangan~
setahun di Maahad Yaakubiah ;)

sahabat seperjuangan cewwahh hihi

sebenarnya agak sedih sebab tak sempat nak bergambar dengan ustaz ustazah.mereka busy.dengan kawan-2 yang lain pon.sobsssss T.T

anw,terima kasih kepada semua yang terlibat :)


Monopod Giveaway by Alinofficial

Assalamualaikum..
pagi-2 ni berminat nak join ni memandangkan agak suka berselfie.haha.


jom join sama-sama :D
Kbai.

Tuesday, April 29, 2014

Hasil tiga tahun dua bulan

Assalamualaikum. 
hai semuaaa.sebenarnya tadi dah update separuh dari iPhone tapi tetiba rasa macam x puas lahh nak citer.terpaksa bukak lappy jugakkk uwaaaaaa hahaha.

hasil tiga tahun dua bulan..

-----


-----


-----


-----


-----


-----


-----


-----


-----

tadaaaaaaaa!






sebuah Al-quran hasil tulisan tangan sendiri.
dari 3 buah buku yang ditulis 10 juzu' setiap satu,sekarang telah siap digabung dan dicantum dan dijilid oleh pihak sekolah,MTS :)
kerana sedikit masalah,buku ni baru dijumpai minggu lepas walaupon dah hantar masa 2012 lagi.tapi tetap bersyukur.umurnya masih panjang untuk berjumpa empunya badan :3
seperti yang tertera di muka depan,aku start menulis 21.02.2008-14.04.2011.
alhamdulillah,14.04.2011 aku tamat hafazan dan kini masih berusaha untuk kekal setia dengan ayat-ayat suci Al-quran.tiada apa yang nak dibangga bahkan aku terlalu takut memegang amanah ini.semoga terus kuat dan thabat!

korang nampak tulisan tu?tak cantikkk kan? tu pon antara yang paling okey,ada yang lagi teruk.alahhh tulisan kanak-2 ribena dulu,sekarang dah terlebih cantik *perasan haha*
ustazah aku cakap dulu pemalas sebab tu tulisan burukk.sobsss
biarpun hudusss tulisannya,tetap ada kenangan disitu :D
beberapa muka surat ditulis oleh sahabat-2 baik sebagai kenangan.
ada juga ditulis sebab kemalasan melanda ketika itu hewwwww.

Terima kasih kpd semua yang mendoakan.
hanya Allah yang mampu membalas segala jasa kalian :)


Tuesday, April 22, 2014

Mintalah yang paling tinggi

Assalamualaikum. 

'Apabila kamu meminta syurga daripada Allah,jangan meminta syurga sahaja. Mintalah Syurga Firdaus. Ia adalah syurga yang terbaik,syurga yang tertinggi'
(HR Muslim)

Alhamdulillah. Hadis tu menyarankan kita agar memilih yang terbaik. Syurga Firdaus. Syurga yang paling tinggi. Yang paling ohsemmm.  Sape tak nak syurga kann? Hatta tanya orang jahat pon dia kata nak syurga. Kalau tengok citer korea pon diorang bercakap pasal syurga. *kalau tak silap dlm citer 49Days hihi*

Tapi dalam pada kita duk minta,berdoa kat Allah nak syurga. Sangat tak berbaloi andai tiada usaha ke arah itu. Hm. Kita nak syurga tapi sejauh mana kemahuan kita?
Kalau exam kita nak straight A's,kita usaha siang malam. Study. Stay up. Solat hajat tak pernah tinggal. Buat baik dengan cikgu-2. Cari juga alternatif nak capai target kita. 

Kalau nak syurga? Mestilah buat lebih lagi. Sebab syurga itu mahal. Hanya buat insan terpilih.  Sheikh Tawfique Chowdhury pernah berkata ;

'Jannah has many levels. But i think we're fighting for the lowest one'

Ada benarnya. Diri sendiri tahu setakat mana kita fighting.

Ya Allah,tempatkanlah kami di Syurga Firdaus. Aaminn. 

Untuk lebih jelas huraian, miliki buku 'cerita dari hati | Hidup penuh Erti | AimanAzlan,Hilal Asyraf'
Serius best. Tak menyesal beli dan baca. Daripada duk beli novel yang belum tentu best,baik beli buku ni okeyyy :D

Monday, April 21, 2014

SEGMEN : AYUINSYIRAH MENCARI RAKAN BLOGGER BARU DAN LAMA


Assalamualaikum. 
Pagi ni join satu segmen...


Segmen ni elok untuk mencari rakan-2 blogger lama atau baru macam aku ni haa. 
Actually blog ni dah lama,2011 lagi tapi tak aktif. Alhamdulillah tahun ni ada azam baru nak aktifkan balik blog yang sekian lama berhabuk berdebu setebal 10inch ni :D

Berminat? Klik banner untuk join!



Saturday, April 19, 2014

persepsi mereka

Assalamualaikum.
persepsi mereka.persepsi apakah ?
beberapa minggu lalu,aku terdengar dari mulut seseorang yang cakap macam ni ;
'alaaahhh..diorang amik STAM mesti sebab takleh masuk U.result SPM rendah la tu..'
zupppp!sedihnya hati aku dengar.kecewa sebab yang cakap tu antara orang yang aku hormati lagi sanjungi.

sebenarnya tahun lepas masa amik STAM dah ramai yang keluarkan ayat-ayat sinis.bukan aku sorang je yang kena tapi kebanyakan kawan-kawan aku pon.tapi tabahlah bila orang pandang enteng pada kita!banyak kali dah kami bercerita sesama kami.mengapa mereka memandang budak STAM begitu sekali?

memang diakui,ke-ba-nya-kan calon STAM adalah budak yang rendah result SPM,yang tak berpeluang masuk U lagi.tapi...tak semua gitu!aku dapat tawaran U,tapi aku tolak.berkeras nak amik STAM.kenapa? sebab aku rasa Allah pilihkan jalan ni untuk aku.
korang tahu tak,ada je budak straight A SPM amik STAM.so,tak perlulah nak pandang serong sangat pada calon STAM.

aku faham kenapa ada sesetengah pihak yang kurang menyokong budak bijak pandai amik STAM sebab aku pon gitu juga dulu.ada sorang senior aku,dia datang sekolah utk kongsi canne dia belajar dgn result STAM yang excellent.dia kongsi juga result SPM memandangkan ada beberapa sahabat aku yang bertanya.mak aihhh tinggi jugak SPM dia,pastu dalam hati aku cakap.. 'ish ruginya dia ni,result tinggi.patutnya dah boleh amik medic ke ape.ni amik STAM je..'
*pandangan budak pra-matang haha*
dan selepas aku betul-betul yakin nak amik STAM,barulah aku sedar apa senior aku cakap.semua orang ada pilihan masing-masing.orang-orang di sekeliling harus menyokong apa jua pilihan kita.bukan makin meruntuhkan.
dan sekarang aku berfikir lagi berfikir.takkan lah asal budak excellent je kena amik bidang sains?bidang agama macam mana? actually,setiap orang ada kepandaian dan kepakaran masing-masing.kepandaian yang tak perlu diukur dengan abjad dan angka.belajar dan cari kepakaran masin-masing!

bagi juniors aku yang dalam keraguan tu,istikharah.bila yakin dengan jawapan istikharah.go ahead!tak yah peduli apa orang nak cakap.dia nak cakap kita kolot ke ape tu kehendak dia.jadikan kata-kata mereka sebagai pembakar semangat untuk terus melangkah.
aku harap sangat,mereka yang punya persepsi negatif terhadap isu ini mampu berubah dan cuba menyokong dari belakang.tak nak sokong pon takpe tapi jagalah percakapan.fikir dulu sebelum bercakap.

smile.
because u're cute ;)

Monday, April 14, 2014

From Zero to Hero

Assalamualaikum wbt.salam sejahtera.salam satu dunia :)
Alhamdulillah,syukur harini diberi kerajinan untuk update kat sini.
beberapa hari sebelum ni duk update kat fb je.update beberapa keping gambar,duk like gambar yang kawan-|| upload.

10-12 April lalu telah berjalan satu program dibawah alumni 5th Batch MTS untuk batch angkat kitorang,10th Batch.tiada kata yang aku dapat luahkan.serius,lepas habis program rasa lega sangat.sebelum program duk fikir tu lah,ni lah,dengan masalah lagi.tapi Alhamdulillah program berjalan dengan lancar walaupon kitorang hanyalah bermesyuarat dalam whatsapp :D

pendaftaran 10April pukul 3.30ptg.sangkaan aku,mungkin ada beberapa pelajar yang tak join tapi kehadiran tiptop.127/127 datang kottt!punya lah semangat adik-|| nak join program.terima kasih tak terhingga. *terharu*
aku tak nak cite satu-|| sebab banyak sangat.biarlah gambar berbicara :p

pendaftaran peserta

taklimat awal

 barang amanah yang comel sedang diedarkan

 setelah dibahagikan kepada 10 kumpulan.lepastu diorang kena buat trademark kumpulan masing-||.
and trademark group aku sangat ohsemm.HAHA
*gambar ice breaking takde dalam fon aku sobs*


LDK
*this is my group*

Actually LDK ni aku amik dari modul kem A.D.A.M kat PCB dulu haa.
best jugak.sebab mampu meluaskan minda yang tak berapa nak luas tu :D
malam habis awal sebab kami para fasi telah diberi arahan supaya menghabiskan program sebelum pukul 11.30.habis tu,semua fasi pergi cafe sebab dahaga.

*muka penat.ngantuk.*

sambil-|| tu aku,syitah and dibah pegi tengok skuad utama Briged Bakti duk berlatih sebab pertandingan peringkat Massak hari Rabu ni.al-maklumlah,bekas skuad utama haruslah memberi sokongan yang padu untuk adik-|| :3

pagi Jumaat,kitorang takleh buat program sebab adik-|| ada kelas Al-Quran.jadi kesempatan tu diambil untuk makan angin,mengelilingi kampung,melawat kedai mok long.


kerana sekolah kami dikelilingi pokok getah :3

kedai mok long.mok long belanja air.thanks mok long layan kami :)

program dengan adik-|| bermula balik kul 3.00ptg.time ni kitorang main outdoor sebab APD ada orang nak guna + tak bosan.


 game ni idea dari kem perdana briged 2012.hihi

yang ni pulak sepak bola kertas.idea dari program The Faith 2012.
serius,rindu The Faith kotttt!sape tak rindu pelik okeyy haha.

lepas asar,buat explorace.main dalam kawasan sekolah je sebab macam payah sikit nak main dekat luar.tapi sayang aku takleh nak snap gamba time explorace sebab ada kerja yang tak dapat dielakkan.fasi lain pon x amik gambar jugak sebab busy dekat CP masing-||.lagipon,fasi cukup-|| je nak jaga 7CP.tak pe lah,yang penting explorace ni best !
thanks timoh dilah sebab bantu aku dalam menyumbangkan idea bernas ;)

lepas maghrib,aku and Dayah pergi bandar TM utk cari kek.tapi kedai kek yang biasa tutup.maka,dengan sukacitanya aku membeli kek ni...

 chocolate chip wallnut.yummmy!

 birthday dia 11.04 ;)

 normal lah tu potong-|| letak atas kertas.piring kann takde :p

malam tu sebenarnya adik-|| buat gimik tapi aku takleh nak citer sebab aku takde.but fasi-|| cakap memang best lah.terharu bagai.
pengisian malam tu.. 'dari hati ke hati' inshaAllah pengisian yang sangat bermakna.thanks untuk 'dia' yang bagi idea apa yang perlu diluahkan malam tu *sengih haha*

hari sabtu,kitorang habiskan program awal sikit sebab ada PIBG.mungkin diorang nak jumpa mak ayah kann.Alhamdulillah,sempat bergambar dengan kumpulan masing-|| tapi tak larat nak masukkan semua kumpulan kat sini. :)

 when i say seven you say awesome!
yeahhhh :D


 barisan fasi.
fakhira,izzah,fatimah adilah,hanun,asilah,sabrina,hidayah,zarith balqis,aliya,sofiah,adibah,masyitah.
thanks !

10th Batch.terima kasih atas kerjasama kalian semua.

kalaulah ada sumur di ladang,
bolehlah kami menumpang mandi,
kalaulah ada umur yang panjang,
insyaAllah kita berjumpa lagi.

utk adik-|| 10th Batch,amik ape yang bermanfaat dari program nie ok!insyaAllah kalau takde aral melintang,kakak-|| akan turun padang lagi.
ok,gambar banyak sangat! tak larat nak upload.nak upload yang ni pon dah lama.fasi-|| yang nak gambar cun korang,gambar selfie ke apa,whatsApp saya ye! hehe.
waaaaaaa.penat tapi best!
Alhamdulillah :D

*bagi sesiapa yang kata dia post kat fb dah lama tapi aku baru like.harap maaf,2 3 hari ni busy sikit :p*

*senyum comel semua*
Assalamualaikum 







Tuesday, April 1, 2014

Nasihat. jangan diperlekeh.

Assalamualaikum.
ape khabar kalian semua?iman duk tahap mana hari ni?jatuh sampai ke bawah tanah atau tengah melayang-layang di awan biru sana? diri sendiri lah jawab.harapnya sentiasa di atas.kalau perasan iman duk bawah tanah tu,cepat-cepat cari jalan nak naikkan balik.istighfar.muhasabah diri.minta nasihat dari sahabat-sahabat.

semalam dapat mesej dari sahabat baik.mengadu 'keserabutannya'.pelik juga,dah lama tak tengok dia serabut.hihi.so,aku call dia.tenangkan dia.mungkin dia perlukan nasihat atau peringatan atau perhatian dari aku ;)

Allah berfirman:

"Dan tetaplah memberi peringatan,sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang beriman"
[Az-zaariyat;55]

peringatan,tazkirah,nasihat,advice benda yang sama.
bila hati kita kering kontang dengan peringatan,nescaya hati kita ada tanda hampir mati.
hati yang mati lebih parah dari kucing yang mati. Ehh. 
sebab tu at least seminggu sekali kita kena cari nasihat.carilah di mana-mana pun agar hati kita tak kebuluran dengan makanan rohani.sekarang ni tak susah.setiap minit boleh cari peringatan,tazkirah.bacalah blog-blog islamik yang best macam budaktomato inchekopiah angelpakaigucci El Daei etc.semua di hujung jari.tapi jangan duk harap baca kat blog dah cukup.ada baiknya join bulatan gembira.pergi kuliah maghrib atau subuh.

sejak aku (bukan aku je tapi kebanyakan sahabat aku) keluar alam persekolahan,banyak benda yang perlu diharungi terutama penjagaan hafazan al-quran.Allah,serius ini sukar.payah.hard.difficult.dan bila sangat terasa kepayahan tu,minta nasihat dari sahabat supaya terus bersemangat.tanya macam mana diorang jaga al-quran.sungguh,masing-masing saling memerlukan :)

bila ada kawan atau orang asing minta nasihat dari kita,bagi je.jangan duk fikir tak layak lah.tak cukup ilmu ape.sebab nasihat tu tak perlu pon panjang berjela.dua tiga perkataan pon kadang-kadang dah memadai.contoh :
'sabar.sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar'
'ada masalah,cari Allah dulu'
'istighfar wehh'
sebenarnya bila kita beri nasihat pada orang lain,kita sedang memberi nasihat kepada diri sendiri.kan bagus gitu? 

Nasihat.jangan diperlekeh.
walau satu ayat mungkin si penerima nasihat ingat dan beramal sampai dia mati?
nasihat perlu ada give and take
:D



SEOUL, Korea (Part III)

Assalamualaikum. Anneyonghaseyo! bersambung dari Part I dan Part II mulakan pagi dengan banana uyu. satu ni 1200 won, kalau sini arou...