Monday, April 14, 2014

From Zero to Hero

Assalamualaikum wbt.salam sejahtera.salam satu dunia :)
Alhamdulillah,syukur harini diberi kerajinan untuk update kat sini.
beberapa hari sebelum ni duk update kat fb je.update beberapa keping gambar,duk like gambar yang kawan-|| upload.

10-12 April lalu telah berjalan satu program dibawah alumni 5th Batch MTS untuk batch angkat kitorang,10th Batch.tiada kata yang aku dapat luahkan.serius,lepas habis program rasa lega sangat.sebelum program duk fikir tu lah,ni lah,dengan masalah lagi.tapi Alhamdulillah program berjalan dengan lancar walaupon kitorang hanyalah bermesyuarat dalam whatsapp :D

pendaftaran 10April pukul 3.30ptg.sangkaan aku,mungkin ada beberapa pelajar yang tak join tapi kehadiran tiptop.127/127 datang kottt!punya lah semangat adik-|| nak join program.terima kasih tak terhingga. *terharu*
aku tak nak cite satu-|| sebab banyak sangat.biarlah gambar berbicara :p

pendaftaran peserta

taklimat awal

 barang amanah yang comel sedang diedarkan

 setelah dibahagikan kepada 10 kumpulan.lepastu diorang kena buat trademark kumpulan masing-||.
and trademark group aku sangat ohsemm.HAHA
*gambar ice breaking takde dalam fon aku sobs*


LDK
*this is my group*

Actually LDK ni aku amik dari modul kem A.D.A.M kat PCB dulu haa.
best jugak.sebab mampu meluaskan minda yang tak berapa nak luas tu :D
malam habis awal sebab kami para fasi telah diberi arahan supaya menghabiskan program sebelum pukul 11.30.habis tu,semua fasi pergi cafe sebab dahaga.

*muka penat.ngantuk.*

sambil-|| tu aku,syitah and dibah pegi tengok skuad utama Briged Bakti duk berlatih sebab pertandingan peringkat Massak hari Rabu ni.al-maklumlah,bekas skuad utama haruslah memberi sokongan yang padu untuk adik-|| :3

pagi Jumaat,kitorang takleh buat program sebab adik-|| ada kelas Al-Quran.jadi kesempatan tu diambil untuk makan angin,mengelilingi kampung,melawat kedai mok long.


kerana sekolah kami dikelilingi pokok getah :3

kedai mok long.mok long belanja air.thanks mok long layan kami :)

program dengan adik-|| bermula balik kul 3.00ptg.time ni kitorang main outdoor sebab APD ada orang nak guna + tak bosan.


 game ni idea dari kem perdana briged 2012.hihi

yang ni pulak sepak bola kertas.idea dari program The Faith 2012.
serius,rindu The Faith kotttt!sape tak rindu pelik okeyy haha.

lepas asar,buat explorace.main dalam kawasan sekolah je sebab macam payah sikit nak main dekat luar.tapi sayang aku takleh nak snap gamba time explorace sebab ada kerja yang tak dapat dielakkan.fasi lain pon x amik gambar jugak sebab busy dekat CP masing-||.lagipon,fasi cukup-|| je nak jaga 7CP.tak pe lah,yang penting explorace ni best !
thanks timoh dilah sebab bantu aku dalam menyumbangkan idea bernas ;)

lepas maghrib,aku and Dayah pergi bandar TM utk cari kek.tapi kedai kek yang biasa tutup.maka,dengan sukacitanya aku membeli kek ni...

 chocolate chip wallnut.yummmy!

 birthday dia 11.04 ;)

 normal lah tu potong-|| letak atas kertas.piring kann takde :p

malam tu sebenarnya adik-|| buat gimik tapi aku takleh nak citer sebab aku takde.but fasi-|| cakap memang best lah.terharu bagai.
pengisian malam tu.. 'dari hati ke hati' inshaAllah pengisian yang sangat bermakna.thanks untuk 'dia' yang bagi idea apa yang perlu diluahkan malam tu *sengih haha*

hari sabtu,kitorang habiskan program awal sikit sebab ada PIBG.mungkin diorang nak jumpa mak ayah kann.Alhamdulillah,sempat bergambar dengan kumpulan masing-|| tapi tak larat nak masukkan semua kumpulan kat sini. :)

 when i say seven you say awesome!
yeahhhh :D


 barisan fasi.
fakhira,izzah,fatimah adilah,hanun,asilah,sabrina,hidayah,zarith balqis,aliya,sofiah,adibah,masyitah.
thanks !

10th Batch.terima kasih atas kerjasama kalian semua.

kalaulah ada sumur di ladang,
bolehlah kami menumpang mandi,
kalaulah ada umur yang panjang,
insyaAllah kita berjumpa lagi.

utk adik-|| 10th Batch,amik ape yang bermanfaat dari program nie ok!insyaAllah kalau takde aral melintang,kakak-|| akan turun padang lagi.
ok,gambar banyak sangat! tak larat nak upload.nak upload yang ni pon dah lama.fasi-|| yang nak gambar cun korang,gambar selfie ke apa,whatsApp saya ye! hehe.
waaaaaaa.penat tapi best!
Alhamdulillah :D

*bagi sesiapa yang kata dia post kat fb dah lama tapi aku baru like.harap maaf,2 3 hari ni busy sikit :p*

*senyum comel semua*
Assalamualaikum 







3 comments:

Terima Kasih sudi komen disini.
kalau ada masa,sudi-sudilah komen lagi :)

SEOUL, Korea (Part III)

Assalamualaikum. Anneyonghaseyo! bersambung dari Part I dan Part II mulakan pagi dengan banana uyu. satu ni 1200 won, kalau sini arou...