Tuesday, April 22, 2014

Mintalah yang paling tinggi

Assalamualaikum. 

'Apabila kamu meminta syurga daripada Allah,jangan meminta syurga sahaja. Mintalah Syurga Firdaus. Ia adalah syurga yang terbaik,syurga yang tertinggi'
(HR Muslim)

Alhamdulillah. Hadis tu menyarankan kita agar memilih yang terbaik. Syurga Firdaus. Syurga yang paling tinggi. Yang paling ohsemmm.  Sape tak nak syurga kann? Hatta tanya orang jahat pon dia kata nak syurga. Kalau tengok citer korea pon diorang bercakap pasal syurga. *kalau tak silap dlm citer 49Days hihi*

Tapi dalam pada kita duk minta,berdoa kat Allah nak syurga. Sangat tak berbaloi andai tiada usaha ke arah itu. Hm. Kita nak syurga tapi sejauh mana kemahuan kita?
Kalau exam kita nak straight A's,kita usaha siang malam. Study. Stay up. Solat hajat tak pernah tinggal. Buat baik dengan cikgu-2. Cari juga alternatif nak capai target kita. 

Kalau nak syurga? Mestilah buat lebih lagi. Sebab syurga itu mahal. Hanya buat insan terpilih.  Sheikh Tawfique Chowdhury pernah berkata ;

'Jannah has many levels. But i think we're fighting for the lowest one'

Ada benarnya. Diri sendiri tahu setakat mana kita fighting.

Ya Allah,tempatkanlah kami di Syurga Firdaus. Aaminn. 

Untuk lebih jelas huraian, miliki buku 'cerita dari hati | Hidup penuh Erti | AimanAzlan,Hilal Asyraf'
Serius best. Tak menyesal beli dan baca. Daripada duk beli novel yang belum tentu best,baik beli buku ni okeyyy :D

3 comments:

  1. perlu disertai dengan amalan, perbuatan sejajar serta seiring dengan apa yang kita minta.... betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Betul2. Minta yg terrrbaik,amalan kena terrbaik jugak :)

      Delete
  2. Assalamualaikum . betul . . siapa yang tak nak syurga . baca je dalam Quran tentang syurga berbunga je hati . . :) semoga kita semua kuat untuk tempuhi ujian dan cabaran :) Ameen

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen disini.
kalau ada masa,sudi-sudilah komen lagi :)

SEOUL, Korea (Part III)

Assalamualaikum. Anneyonghaseyo! bersambung dari Part I dan Part II mulakan pagi dengan banana uyu. satu ni 1200 won, kalau sini arou...