Saturday, May 31, 2014

Menang GA cash RM50 by emasputih

Assalamualaikum.

haiiiiiii..hihi tengah mood teruja ni XD
waahhh suka suka sebab first time menang GA.hehe..
haritu frust sbb yang GA mamaniza punya banyak nak pemenang tapi tak tersangkut pon link aku.haha.alhamdulillah yang ni tersangkut :3
terima kasih kak uzu anjurkan GA ni,inshaAllah akan terus support kak uzu.
*orang panggil saya zue,kalau juniors panggil kak zue.macam hampir je hehehe*
terima kasih pak cik random..(eh perlu ke? hahaha)

btw,selamat bersegmen semua!
teruskan join GA,ada rezeki dapat hadiah.kalau takde rezeki pon bleh kenal-kenal dengan blogger lain sambil support penganjur :)

p/s;oh banyok sungguh bekwoh cuti-cuti sekolah ni :D

Monday, May 26, 2014

7 amalan apabila usia menghampiri senja

Assalamualaikum.

sedikit perkongsian dari kuliah jumaat minggu lepas..

7 amalan yang perlu diselesaikan apabila usia menghampiri senja :

1.melangsaikan hutang
2.memulangkan barang yang dipinjam
3.berwasiat jika perlu
4.memohon maaf kepada sesiapa yang pernah kita sakiti
5.memperbanyakkan sedekah
6.jangan menunda soal ibadat
7.perbanyakkan tasbih dan istighfar

selamat beramal :)

Sunday, May 25, 2014

Giveaway RM300 By Blog Pancing Elih

Assalamualaikum. 


Dah beberapa hari duk tenung GA ni,petang ni baru buat entri. Hehe. 
Jom sama2 memeriahkan!
:D

Bestfriends.

Assalamualaikum.

zue.fa.mi.raz
23/5-24/5

indahnya sebuah persahabatan kerana ingatan dalam setiap doa.
semoga Allah memelihara persahabatan ini hingga ke Syurga :')
i lebiu girls!


Wednesday, May 21, 2014

Wordless Wednesday #2 ; The day that Albert Einstein feared..

Assalamualaikum.


saat ini ramai orang menundukkan pandangan.bukan kerana rendah hati atau menjaga pandangan tetapi kerana sibuk dengan gadget atau smartphone di tangan.

realiti kan? sebelum perkara ni jadi kebiasaan,kita perlu ubah.

sama-sama muhasabah ^^

Monday, May 19, 2014

Atleast,one page a day.

Assalamualaikum.

credit to Najah

Dah baca Al-quran ke belum?
Dah baca tafsirnya ke belum hari ni?

yang belum itu,ayuh kita segerakan!
jangan kata tak mampu jika belum mencuba.
Allah bagi masa kepada setiap manusia adalah sama.
kenapa ada segelintir sahabat kita mampu untuk baca dua tiga juzu' sehari?
kenapa tidak kita?

kalau menghadap lappy 3-4 jam boleh,takkan nak ngadap Al-quran 10minit tak boleh?
tak kisah berapa muka surat sehari,asalkan istiqamah/berterusan.

dalam sebuah hadith..

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim)


jom baca Al-quran! 
sekurang-kurangnya satu muka sehari :)




Sunday, May 18, 2014

1st Mini Giveaway By Atikah Aziz

Assalamualaikum.


klik banner untuk join.
just a simple GA,let's support!
^^

Resepi Bread Fingers

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,baru siap buat bread fingers resepi kak Fiza yang telah di bookmark last week.sebenarnya tak tahu nama sebenar,so reka-reka sikit.seriously,memang best senang lagi mudah!thanks kak :)

bahan-bahan;


1.roti (ikutlah roti apa tapi gardenia lah best sikit)
2.chocolate bar (tak kisah brand ape)
3.nestum (aku guna oat sebab terrrrsalah beli semalam :p)

cara-cara:
1.potong roti seperti jejari then bakar seketika dalam oven.
 
2.cairkan chocolate bar.guna kaedah double boiling.
3.celupkan roti yang telah dibakar ke dalam coklat cair,kemudian salutkan dengan nestum.
4.siap dan makan sepuasnya :D


tadi buat sikit je sebab testing guna oat.tapi rasanya tetap sedap,kalau guna nestum mungkin double sedappp!anak sedara aku lah yg paling bersungguh makan.ok,petang ni che su buat lagi.hihi :D

Aliya Salsabila,happy birthday!
maaf sebab bagi gambar je.haha :p

p/s;step dua dan tiga tak ter'snap' gambar.

selamat mencuba!


Saturday, May 17, 2014

Liebster Award #3 - kak Leyla nurjatiey

Assalamualaikum.

hai semua.selamat berhujung minggu!ni kali ketiga di tag oleh blogger.aku mmg suka jawab soalan cuma soalan exam tak berapa suka.haha.Meh nak jawab soalan dari kak Leyla nurjatiey nie.thanks kak sebab tag :)

1. sejak bila ada blog dan apa yang mendorong anda untuk mula membuat blog?
-->blog ni wujud tahun 2011 lagi tapi time tu matlamat tak jelas dan terbengkalai lah blog selama bbrp tahun.so 2014 kira baru aktif balik sebab terdorong tengok kakak selalu je update dia punya blog.pastu ada kawan yang suh aktifkan balik.hihi

2. What is your favorite social media?
-->blog,instagram(best cuci mata tengok barang jualan online hee)

3. apakah pandangan family & kawan anda tentang blog anda?
-->okey je kot.kawan support

4. ceritakan sedikit apa yang istimewa tentang diri anda yang ramai tak tahu? Jujur k..  
-->peramah dan mudah simpati kot.kalau first impression kawan-kawan mesti diorang akan kata zue sombong giler lahh.tak tahu lah kenapa.rasa macam sengih sokmo je :D kira istimewa la peramah tu kann.hihi

5. konsep perkahwinan yang diidamkan. Contoh macam Dalam taman, pantai,kampung style,modern style,vintage style,fairy tale..    
-->modern style.ohhhh teringin lah! 
  
6. Minat fashion? Fashion yg mcm mne? And sumber inspirasi fashion anda/ikon fashion? Contoh:Street fashion ke, wak doyok style ke..
-->herm tak taw lah.macam tak je.huhu.

7. suka melancong? Kalau diberi pilihan melancong di luar negara, negara mana yang dipilih ?
-->sangat suka.nak pergi Europe,Newzealand,Jepun
  
8. perkara yang paling anda fobia?
-->api sebabnya di SINI

9. genre lagu yang disukai?
-->main dengar ikut best je.tapi mostly country music

10. tempat lepak paling best?
-->tutti frutti sebab x ramai orang.hihi

11. dah kawin ke belum?
-->yang ni mestilah belum.muda remaja lagi.tunggu kak kawen dulu.hehe ;)

siap jawab!and kali ni baru rasa nak buat soalan untuk blogger lain pula.hihi

soalan :
1.apakah nama glamour anda?
2.berapakah umur anda masa jawab soalan ni?
3.rancangan tv yang paling diminati?
4.tempat best yang korang pernah pergi dan kenapa suka pegi sana?
5.apakah hadiah yang pernah anda beri kpd ibu ayah sempena birthday/father's mother's day?
6.ceritakan sikit tentang personaliti anda.
7.apakah handphone pilihan hati anda?nokia?samsung?iPhone?motorolla?htc?lenovo?
8.apakah hari yang paling anda suka?kenapa?
9.describe rumah idaman anda.
10.berapa kalikah dalam setahun anda khatam baca al-quran?
11.apakah cita-cita anda untuk 10 tahun ke hadapan?

insan bertuah :

kalau tak sibuk,sudi-sudilah jawab soalan saya.
taaruf itu indah :)





Friday, May 16, 2014

Murabbi di hati

Assalamualaikum.

Selamat Hari Guru.

Happy Teacher's Day.

Eid Murabbi.

untuk semua yang bergelar guru,teacher,sir,ustaz,ustazah,prof,madam dan seumpamanya di Malaysia!

terutama guru yang pernah mengajar insan kerdil ini secara langsung ataupon tak langsung.Terima kasih murabbi Pra katna Katibah Tahfiz Nur Al-Iman,Sekolah Kebangsaan Badak,Qiraati Bachok,Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah,Maahad Yaakubiah Nipah.

terima kasih untuk segala bentuk ilmu,nasihat,sokongan,dorongan,perhatian dan pengorbanan para murabbi yanag berpenat lelah mengajar dan mendidik tanpa lelah dan jemu.aku mungkin tak mampu membalas segala jasa kalian.Semoga Allah memberi selayaknya kepada kalian kerana telah menyebarkan ilmu yang bermanfaat.Semoga hidup para murabbi dirahmati dan diberkati oleh Allah.

Tak lupa untuk guru pertama dalam hidup aku,mak dan ayah.Gracias :) 

dan diucapkan selamat hari guru kepada ahli keluarga besar sebelah ayah.
mak and pak sedara,cikgu Sanah,cikgu Omar,Cikgu Zin,sir Mat,cikgu Haraza..
my sister,kak Nur(guru persendirian fizik SPM  aku sampai aku dapat A- hihi :D),my brother,abe Auh,my sis-in-law kak Nad.
sepupu sepapat kak Woo,Abe ware,abe Peih,kak Ayu,abe Iq,Ahlam,Along.
teruskan berkhidmat lillahi Taala !
*anok branok cikgu hee

dan sesiapa yg pernah hadir dalam hidup aku,thanks sebab pasti ada something yang aku belajar dari korang :)

"Laula murobbi ma 'araftu robbi"
~jika bukan kerana guruku,nescaya aku takkan kenal Tuhanku

murabbi sentiasa di hati, i love you all ^^

p/s ; tadi naik kereta,dengar lagu terima kasih cikgu upin ipin tu,tetiba rasa sebak.haaaaa rindu cikgu-2 wehsss! ottokae? ><






Mini GA Cash RM50 by Emas Putih #part3

As-Salam

[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash Rm50 by Emas Putih #part3 ini dianjurkan oleh Emas Putih 

Thursday, May 15, 2014

Churro 'ketot'

Assalamualaikum.

korang pernah dengar churro tak? Churro,cer sebut molek2 sikit.kena ada sleng spain gituu.hihi.churro ni biasanya omputih buat breakfast dengan hot chocolate.yumm yumm!
beberapa bulan lepas,aku ada tengok channel Diva rancangan 'My Kitchen Rules' (peminat setia rancangan memasak hehehe) pastu tengok cara dia buat churro macam senang je macam sedap je lagi-lagi dia hidangkan dengan choc+kiwi sebagai salutan.memang umphhhh lahhhh kannn!! teringin nak buat,google resepi bagai tapi tak terbuat sampai la semalam T.T

rupa churro dari google

alkisahnya beberapa hari lepas,tengah blogwalking jumpa entri resepi churro dari kak Fiza.then semangat nak buat tu keluar balik.hihi.so buat semalam tu kira guna resepi kak Fiza lah sebab tak ingat dah resepi yang pernah di'google' satu ketika dahulu :D resepinya sangat mudah.barang2 yang ada dekat rumah je.hanya perlu rajinkan diri.hehe ;)

Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 sudu besar butter
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
Nozzle,piping bag,minyak masak

cara-cara :
1.didihkan air.masukkan butter,gula dan garam.kacau dengan api sederhana.
2.perlahankan api.masukkan tepung sedikit demi sedikit atau secara mengayak untuk elakkan berketul.(*tapi aku tak ayak pon heeeee) kacau biar rata dan sebati,tutup api.(jangan risau kalau berketul sebab bila dah uli nanti akan okey je)
3.masukkan telur yang dah dipukul.kemudian masukkan esen vanila dan kacau sehingga sebati.bila dah sejuk sikit adunan tu,bolehlah uli dengan tangan.
4.masukkan adunan dalam piping bag.
5.tabur tepung atas baking paper/pinggan supaya tak melekat.
6.panaskan minyak dan goreng guna cara deep fry.pastikan guna api perlahan.bila nampak warna kekuningan,boleh angkat.

*masa tengok My Kitchen Rule tu,diorang tak buat satu2 susun atas pinggan.diorang terus goreng dari piping bag.diorang kan pro,tapi kalau kita nak buat gitu pon bolehh saja ^^

7.salutkan dengan gula halus.kalau tak nak,boleh je buat salutan dengan choc/nutella.siap untuk dimakan!

rupa Churro ketot zue.haha.

maap banyak2 lahhhh sebab churro aku tak gojes,tak slim,dah la tak dressing.iskkkk.kenapa jadi gitu?? sebab nozzle kat rumah ni,dia punya hole kecik sangat lah,beberapa kali picit adunan tak nak keluar.pastu selongkar2 laci,mak jumpa acuan biskut dahlia.adoyaiiii,acuan tu pendek,gemok lagi sebab tu churro aku ketot semacam je.hahaha.sabor je la.walaupon ketot mak and kakak aku cakap sodapppp! :D

kalau nak tengok rupa churro yang sebenar,boleh terjah blog kak Fiza.mungkin kalau korang tengok hasil tangan kak Fiza,ada semangat sikit nak buat.hihihi.btw,thanks akak untuk resepi ni!ada satu lagi resepi tengah bookmark,nanti rajin akan dibuat heee :D


Tuesday, May 13, 2014

Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com


Assalamualaikum




Buat julung kalinya mama melancarkan Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com disertai  beberapa para sponsor yang hebat dengan menawarkan beberapa ganjaran yang menarik kepada para pemenang. 

Follow Blog :


Like Page :



Syarat utama :
  1. Pastikan anda follow kesemua sponsor berikut dan like page mereka.
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com
  3. Copy coding yang telah disediakandan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publishkan.
  4. Hantarkan URL penyertaan anda di ruang komen.
  5. Giveaway ini akan berlangsung pada 10 Mei pukul 12 tengahari dan berakhir pada 20 Mei 2014 pada  12 tengahari juga.
  6. Pemenang akan diumumkan pada 25 Mei 2014 berdasarkan random

Hadiah Giveaway :
  • Tasbih Pearl x 10 pemenang 
  • Wang tunai RM 30 x 1 pemenang
  • Top up bernilai RM 5 x 5 pemenang
  • Tudung bawal berserta brooch x 1 pemenang
  • Senaskah Tafsiran Pimpinan Ar rahman x 1 pemenang
  • Sticker Homemade (2 sticker) x 1 pemenang
  • Keychain Penyu x 5 pemenang
  • Hadiah Misteri x 2 pemenang
  • Kain Baju Kurung 4M  dan Goodie beg bersama accesories x 1 pemenang
  • Tudung Bawal Plain x 2 pemenang
  • 3 Pin Tudung by Pin2it by NeenaAnuar x 3 pemenang
  • Buku Terbitan Ana Muslim bernilai RM 100 x 1 pemenang
  • Bedak Sejuk Azza's Gold Powder x 1 pemenang

Nota :

34 pemenang di cari, di harap giveway ini akan mendapat sambutan dengan meriahnya. Sekian, terima kasih.

Saturday, May 10, 2014

Liebster Award #2

Assalamualaikum.
sudah lewat malam gini duk jawab soalan lagi.
haishhh nasib la badan sebab esok lusa tulat belum tentu line intenet nak baik.sabor je la sampai hujung bulan ni haaaa :D
ni yang kedua,soalan dari Najah yang baik hati lagi kiut dan comel.
semoga Allah merahmatimu ^^


1.apa maksud nama awak?
-->Zuhaira ; bunga/berseri2 *hew hew*  Nasrin ; penolong

2.Bagaimana usaha yang ingin dilakukan untuk memartabatkan kembali islam
-->seriously,bermula dengan keluarga.bentuk ahli keluarga jadi muslim yang terbaik,inshaAllah akan terbentuk sebuah masyarakat muslim yang hebat dan negara islam yang superb!

3.sehari berapa muka baca quran?
-->Alhamdulillah,istiqamah dengan satu juzu'.lagi2 sejak ada ODOJ ;)

4.berapa kali update blog dalam masa sebulan?
-->bergantung kepada suasana dan idea yang bercambah.hihi

5.dalam sebulan berapa buku diniah yang habis dibaca?
-->kalau majalah islamik gitu kira jugok ke? hehe.suka baca Gen-Q setiap bulan.top up yang lain-lain jugok :D

6.bagi 7 hobi yang dibuat pada masa lapang
-->1.tonton tv
2.baca novel
3.main candy crush hehe
4.kemas bilik
5.buat perancangan masa hadapan di sticky notes :D
6.kacau Hadif(anak sedara) main sebab bila dia marah,makin comel :3
7.baca apa je buku yang ada depan mata
*ape pasaii mitok banyak ngattt ni? >< haha

7.kalau dapat menjadi CEO di syarikat microsoft menggantikan bill gates,apa yang akan dibuat?
-->hah? ermm dok tahu titeww :3

8.mudah bangun pagi tak?
-->tengok keadaan dan niat.kalau niat mmg nak bangun pagi,memang mudah hee

9.kereta apakah yang ingin dibeli jika ada yang ingin sponser?
-->nak Audi.sapa yang nak sponser? haraplah seseorang yang baik pekertinya.siapa tahu suami anda satu hari nanti kan? haha *berangan* :p

10.sebutkan tempat yang ingin dilawati bersama family dan bersama rakan taulan
-->nak gi pulau yang cantik2.Bora-bora contohnya.waaaaaaahhhhh!

okeyyy Najah,dah jawab semua.Aasif ada yang takleh jawab.haha.
anw,thanks tag! :)

p/s ; sebenarnya nak jugak tag blogger lain tapi line intenet sangat tak mengizinkan.tenat sangat dah ni.tercungap-2,tunggu masa nak nak cabut sistem  je :p haaaaaa grrrrr..sorry!

Friday, May 9, 2014

Liebster Award #1

Assalamualaikum.
hai hai hai!
di tag oleh Cikna untuk jawab soalan-soalan comel dia :3
hihi,thanks tag ok!


1. Nama sebenar(per i/c)
-->Zuhaira Nasrin binti Mohamed Zin.cantik kan nama ni? haha 
panggilan manja:Adik. kalau tak berapa nak manja panggil Zue je :D

2. Pekerjaan sekarang & cita2 korang masa dolu2
-->sekarang tanam anggur tapi tak berbuah pon heee :p actually tengah tunggu panggilan untuk sambung degree,inshaAllah.doakan tawww! dulu cita2 nak jadi doktor
tapi entah kenapa melencong pegi amik bidang agama,semua tu petunjuk Allah ^^

3. Ape perasaan korang masa tengah menjawab ni
-->eksaited sebab first time! hihi

4. Ade pape fobia x, kenapa
-->ada.fobia dengan asap dan api.sebab bila ada asap,maksudnya ada api hihi.walaupon ianya api yg kecil sebabnya tahun lepas pernah tengok api yang sangat kecil boleh jadi marak semaraknya.panik.and bbrp bulan lepas ada sebuah bilik kat umah nenek terbakar.memang fobia dengan api! macam mana nak memasak ni? haha ><

5. Warna yang paling xsuka, kenapa
-->hmm kalau warna tak kisah sangat.okey je semua

6. Macamna korang release tension
-->tido even tension takkan hilang pon hehe

7. Perkara paling hebat yang pernah korang buat
-->err tak taww lah heee

8. Tempat yang korang nak sangat pergi, kenapa
-->nak sangat pergi Mekah lagi! sebab suasana yg sangat best!
lagi nak pi melancong kat mana2 je,keliling dunia tengok budaya manusia ^^

9. Blogger yang korang nak jumpa
-->Qila sebab dia peramah jekkk hihi

10. Describekan blog korang sendiri
-->blog ni simple je.simple sangat.cerita pasal pengalaman,kehidupan,info islam dan persekitaran :)

11. Pendapat korang mengenai blog Cikna
-->blog cikNa simple,tak crowded.teruskan berblog cikna! Aja-aja fighting >,<

salam perkenalan ye cikNa and bloggers lain ^^
p/s ; tak tag orang lain takpe je kannnn :D


Majlis Anugerah Kecemerlangan

Assalamualaikum,
salam Jumaat.
Alhamdulillah,harini dengan baik hatinya line wifi ni elok.seminggu lebih dia duk meragam.kejap ada kejap takde.sangkittt hati ok.siap lah hujung bulan ni memang nak potong terus,merajuk! huhu.dan sebab tu lah entri ni tergendala.sebenarnya event hari rabu lagi,7Mei.minggu lepas majlis sekolah.kali ni seluruh negeri Kelantan.
anugerah ni untuk pelajar cemerlang SPM,STAM,STPM 2013 lebih kurang 1000+ termasuk melayu,cina,siam.hihihi.


tqvm!
bolehlah untuk beli 'something' ni.hihi

 with  MB Kelantan and juniors from MTS :)




semoga negeri kelahiranku ini terus memperoleh kejayaan!
:'D

Tuesday, May 6, 2014

boleh ke pakai telekung lycra untuk solat?

Assalamualaikum.
semalam ada orang tanya dekat group whatsApp pasal tajuk entri.
'boleh ke pakai telekung lycra untuk solat?'
actually bbrp minggu lepas,ada juga org tanya dekat group lain tapi jawapan tu macam samar-samar je.so,semalam dapat jawapan yang tepat lagi jitu.
tapi sebelum tu..korang tahu tak apa telekung lycra ni?kalau tak tahu lagi,ni haaaa..

sumber ; google

rasanya semua orang tahu telekung ni cuma mungkin tak tahu nama sebab telekung ni trend zaman sekarang kann,kalau gi solat mana-mana mesti ada orang pakai.cantikkk sebab banyak warna ;)

jawapan kepada soalan diatas :

 *maaf sebab ada typo disitu*

mak aihhh,x-large teruihhh hehe

so sorry sebab screenshot je.heeee ><
konklusinya,
aurat ketika solat ialah wajib tutup warna kulit,tak wajib tutup bentuk badan.
so,boleh saje nak pakai telekung lycra ni :D

to kakNuhaa 'anggun',thanks a lot bagi pencerahan ni kat ktorang.
jasamu dikenang selalu hihi <3

Monday, May 5, 2014

Etika bersahabat

Assalamualaikum. 
copy paste from group whatsApp ;)

ETIKA BERSAHABAT

Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab antaranya:

1) Ketahanan bergurau senda.Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan.oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2) Jangan terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3) Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi orang terdekat dengan sahabat seperti tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4) Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi seperti rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

5) Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

6) Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

7) Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

8) Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. Beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungannya dengan insan lain.

9) Jika salah seorang marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati. Jangan dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali seperti biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap kita ada lautan hati yang pasang surut.

10) Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita seperti kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dengan apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t



*google*

what u give,u get back.
layan sahabat dengan baik,inshaAllah kita akan dapat layanan yang baik juga :)
ayuh jadi sahabat yang terbaik!

Sunday, May 4, 2014

Bengkel Pengurusan Jenazah

Assalamualaikum.
Alhamdulillah,semalam 3Mei telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Pengurusan Jenazah anjuran Kelab Remaja Masjid Sultan Ismail Petra Kubang Kerian dan Alumni 5th Batch Maahad Tahfiz Sains.Terima kasih kpd AJK yang terlibat :)

para peserta terdiri drpd alumni MTS,ahli remaja masjid,Team Hijrah dan orang luar.



 my sister and her bestfriend pon join jugak.
me and my bestfriend,Mimi :)
thanks Mimi,long time no see you!

5th batch banat.


pengurusan jenazah ni bukan terletak pada individu tertentu sahaja seperti mak cik-mak cik pak cik-pak cik kampung sebaliknya perlu dipelajari dan difahami secara mendalam oleh generasi muda sekarang supaya ilmu tu sentiasa bersambung dan berkembang untuk generasi muda akan datang pulak..

tak rugi pon belajar.boleh ingatkan mati yang sentiasa menghampiri dan satu hari nanti mungkin kita boleh praktikkan untuk jenazah ahli waris kita yang terdekat :')

jadi,sesape yang tak belajar lagi bolehlah cari program sebegini.
inshaAllah banyak manfaatnya.

:)



SEOUL, Korea (Part III)

Assalamualaikum. Anneyonghaseyo! bersambung dari Part I dan Part II mulakan pagi dengan banana uyu. satu ni 1200 won, kalau sini arou...