Thursday, May 15, 2014

Churro 'ketot'

Assalamualaikum.

korang pernah dengar churro tak? Churro,cer sebut molek2 sikit.kena ada sleng spain gituu.hihi.churro ni biasanya omputih buat breakfast dengan hot chocolate.yumm yumm!
beberapa bulan lepas,aku ada tengok channel Diva rancangan 'My Kitchen Rules' (peminat setia rancangan memasak hehehe) pastu tengok cara dia buat churro macam senang je macam sedap je lagi-lagi dia hidangkan dengan choc+kiwi sebagai salutan.memang umphhhh lahhhh kannn!! teringin nak buat,google resepi bagai tapi tak terbuat sampai la semalam T.T

rupa churro dari google

alkisahnya beberapa hari lepas,tengah blogwalking jumpa entri resepi churro dari kak Fiza.then semangat nak buat tu keluar balik.hihi.so buat semalam tu kira guna resepi kak Fiza lah sebab tak ingat dah resepi yang pernah di'google' satu ketika dahulu :D resepinya sangat mudah.barang2 yang ada dekat rumah je.hanya perlu rajinkan diri.hehe ;)

Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 sudu besar butter
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
Nozzle,piping bag,minyak masak

cara-cara :
1.didihkan air.masukkan butter,gula dan garam.kacau dengan api sederhana.
2.perlahankan api.masukkan tepung sedikit demi sedikit atau secara mengayak untuk elakkan berketul.(*tapi aku tak ayak pon heeeee) kacau biar rata dan sebati,tutup api.(jangan risau kalau berketul sebab bila dah uli nanti akan okey je)
3.masukkan telur yang dah dipukul.kemudian masukkan esen vanila dan kacau sehingga sebati.bila dah sejuk sikit adunan tu,bolehlah uli dengan tangan.
4.masukkan adunan dalam piping bag.
5.tabur tepung atas baking paper/pinggan supaya tak melekat.
6.panaskan minyak dan goreng guna cara deep fry.pastikan guna api perlahan.bila nampak warna kekuningan,boleh angkat.

*masa tengok My Kitchen Rule tu,diorang tak buat satu2 susun atas pinggan.diorang terus goreng dari piping bag.diorang kan pro,tapi kalau kita nak buat gitu pon bolehh saja ^^

7.salutkan dengan gula halus.kalau tak nak,boleh je buat salutan dengan choc/nutella.siap untuk dimakan!

rupa Churro ketot zue.haha.

maap banyak2 lahhhh sebab churro aku tak gojes,tak slim,dah la tak dressing.iskkkk.kenapa jadi gitu?? sebab nozzle kat rumah ni,dia punya hole kecik sangat lah,beberapa kali picit adunan tak nak keluar.pastu selongkar2 laci,mak jumpa acuan biskut dahlia.adoyaiiii,acuan tu pendek,gemok lagi sebab tu churro aku ketot semacam je.hahaha.sabor je la.walaupon ketot mak and kakak aku cakap sodapppp! :D

kalau nak tengok rupa churro yang sebenar,boleh terjah blog kak Fiza.mungkin kalau korang tengok hasil tangan kak Fiza,ada semangat sikit nak buat.hihihi.btw,thanks akak untuk resepi ni!ada satu lagi resepi tengah bookmark,nanti rajin akan dibuat heee :D


7 comments:

  1. biar rupa tak gojes janji rasa sedap...

    ReplyDelete
  2. macam sedap jer ni penampakkan imej ni...

    ReplyDelete
  3. Wahhhhhh sedapnya . Kalau dekat dah lama mintak . hehehehe
    Jom singgah ada giveaway
    http://milikallahsepenuhnya.blogspot.com/2014/05/infinite-last-romeo-giveaway-by-fiqa-nsz.html

    ReplyDelete
  4. Mcm kuih kembaq la plk ni..hehe..kuih yg sllu juai kat pasar mlm tu..nyum2..

    ReplyDelete
  5. mula kenal churros sebab selalu tengok kartun manny rivera. ingatkan diorang makan cerut. hehe.. singgah dari segmen kak mialiana. jemput ke blog saya. http://nad2nadzirah.blogspot.com/ :)

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen disini.
kalau ada masa,sudi-sudilah komen lagi :)

SEOUL, Korea (Part III)

Assalamualaikum. Anneyonghaseyo! bersambung dari Part I dan Part II mulakan pagi dengan banana uyu. satu ni 1200 won, kalau sini arou...