Monday, May 5, 2014

Etika bersahabat

Assalamualaikum. 
copy paste from group whatsApp ;)

ETIKA BERSAHABAT

Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab antaranya:

1) Ketahanan bergurau senda.Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan.oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2) Jangan terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3) Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi orang terdekat dengan sahabat seperti tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4) Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi seperti rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

5) Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

6) Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

7) Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

8) Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. Beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungannya dengan insan lain.

9) Jika salah seorang marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati. Jangan dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali seperti biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap kita ada lautan hati yang pasang surut.

10) Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita seperti kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dengan apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t



*google*

what u give,u get back.
layan sahabat dengan baik,inshaAllah kita akan dapat layanan yang baik juga :)
ayuh jadi sahabat yang terbaik!

2 comments:

  1. salam perkenalan..singgah trus follow cne.insyallah lya akan cuba jadi seorg sahabat yg baik :)

    ReplyDelete
  2. Thanks for the tips.. inshaaAllah semoga dapat menjadi sahabat yg baik

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen disini.
kalau ada masa,sudi-sudilah komen lagi :)

SEOUL, Korea (Part III)

Assalamualaikum. Anneyonghaseyo! bersambung dari Part I dan Part II mulakan pagi dengan banana uyu. satu ni 1200 won, kalau sini arou...