Sunday, June 29, 2014

Makanan rohani sepanjang Ramadhan

Antara menu makanan rohani sepanjang bulan Ramadhan yg mulia ini:

1. Tadarus Al-quran sejuzuk sehari paling kurang.
2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap malam. 
3. Solat witir minima 3 rakaat semalam.
4. Beri makan org berbuka puasa walaupun dengan sebiji tamar setiap hari.
4. Solat fardhu 5 waktu berjemaah setiap hari.
5. Tahajjud setiap malam. 
6. Solat Sunat dhuha setiap pagi.
7. Sedekah setiap hari. 
8. Pastikan sahur setiap hari.
9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
10.Tadabbur ayat suci Al-quran. 
11. Ziarah orang-orang yang kurang bernasib baik.
12. Kurangkan ziarah ke bazar-bazar ramadhan.
13. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.
14. Elakkan membeli makanan dari tangan-tangan org yg fasik.
15. Jauhkan aktiviti yg lagha.
16. Zikir harian, banyakkan berdoa.
17. Lazimi bibir beristighfar sekurang-kurangnya 70x dlm sehari.
18. Ajari diri dgn sifat rendah hati. 
19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.
20. Menjaga dan merapatkan silaturrahim. 
21. Menjaga dan menutup aurat dgn sempurna. 
22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati daripada perkara2 yg dilarang.
23. Tidak berlebih-kehihan mahupun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka.
24. Perbanyakkan amalan-amalan sunat- solat sunat rawatib.
24. Lazimi sunnah Rasulullah yg ringan tulang dalam urusan rumah tangga. (suami & anak2 lelaki)
25. Lazimi untuk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.
26. Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkan syukur kepada Allah dikala senang mahupun susah.
28. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.
29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yg telah ditetapkan.
30. Ikhlaskan hati kerana Allah..hadirkan Allah didalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dgn sebaik mungkin seolah-olah inilah Ramadhan terakhir buat kita.

(:

ketuk-ketuk Aidilfitri



Ketuk-Ketuk Aidilfitri(KKA) merupakan satu program pertama di Malaysia yang diasaskan oleh Puan Siti Aisyah Bt Zulkifli Ramond yang merupakan seorang pengarah pemasaran dalam syarikat Farich Holdings Sdn. Bhd. Program ini merupakan hak milik dan diuruskan oleh Farich Holding Sdn. Bhd secara sepenuhnya. Program ini direka untuk memberi peluang niaga kepada setiap individu yang berminat menjadi usahawan terutama usahawan muslim.

KKA mengumpulkan pengeluar-pengeluar 'premium cookies' iaitu pengeluar biskut dan kek lapis terbaik dari seluruh Malaysia yang menggunakan bahan-bahan berkualiti dalam menghasilkan biskut mereka. Biskut-biskut dari seluruh malaysia ini dikumpul di HQ(Farich Holdings Sdn Bhd) untuk dijenamakan dibawah program KKA sebelum diedarkan kepada stokis-stokis di setiap negeri sebelum dijual kepada pelanggan. 

Produk KKA ini adalah 100% keluaran muslim dan mempunyai 20 produk iaitu 18 jenis biskut dan 2 jenis kek lapis kukus yang berkualiti dan beraneka rasa. Setiap jenis dihasilkan dengan bahan-bahan yang berkualiti yang berjenama seperti 'Butter Anchor'. Setiap kotak biskut mempunyai 36 keping hingga 60 keping biskut bergantung kepada jenis. 

Senarai jenis dan harga  biskut dan kek lapis boleh dilihat pada katalog dibawah;




Anda boleh dapatkan biskut raya "Premium Cookies Ketuk-Ketuk Aidilfitri' daripada stokis dan agen berhampiran anda.


**tempahan produk-produk KKA akan ditutup selepas minggu pertama puasa 2014**

**update terbaru senarai agen sila ke D'nialiciousBlog**



ketuk-ketuk Aidilfitri Giveaway

Assalamualaikum..












Bismillahirrahmanirrahhim..
D'NIALICIOUS cakehouse sedang anjurkan satu giveaway.jom support sahabat blogger dan mungkin boleh menang biskut free.hehe.
tadi dah usha d'nialicious punya bisnes di blog.baca feedback dari pelanggan.semua memuji kesedapan kek,cupcakes mereka.rasa nak cuba juga tapi yang free mungkin lagi sedap.hihihi :D
klik banner atau SINI untuk memeriahkan GA ini.

GA TAMAT : 7 JULAI 2014.
istimewa cara pemilihan pemenang ialah mereka memilih dua orang bagi setiap negeri :)

Saturday, June 28, 2014

Salam RAMADHAN

Assalamualaikum..



*******

"aku rasa bulan puasa ni aku takleh drive kereta"

"kenapa?"

"sebab kalau jammed ke apa mesti banyak benda tak patut keluar dari mulut ni..hehe.."

"ohhh..hehe..tu lahh kann tapi bulan Ramadhan ni lah yang mampu untuk membentuk kita menghadapi kesabaran.ustaz aku cakap bulan Ramadhan ialah bulan sabar..sama-sama kita cuba mentarbiah diri.."

"haah.bulan Ramadhan,bulan Tarbiah.semoga berjaya!"

******

Maafkan saya andai ada salah silap yang dilakukan secara sedar atau tidak..Selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak.semoga Allah permudahkan kita semua untuk 'renovate' hati,jiwa raga supaya kembali kepada fitrah. selamat mentarbiah diri masing-masing!

Friday, June 27, 2014

Giveaway Ramadhan Raya by Syira Lokman

Assalamualaikum.
Bismillah~



TAMAT : 04 OGOS 2014
klik banner untuk join ^^

BIG BIG JUNE BIRTHDAY GIVEAWAY BY RARA FARHANA






BIG BIG JUNE BIRTHDAY GIVEAWAY BY RARA FARHANA

Rara Farhana menjemput anda semua untuk join Big Big June Birthday Giveaway By Rara Farhana! Pelbagai hadiah yang awesome lagi best menanti anda! Jom kita ramai-ramai join bagi memeriahkan lagi giveaway ini. Tekan banner di atas untuk joinnnn :D
TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 20 JULY 2014

Big Big June Birthday Giveaway By Rara Farhana ini ditaja khas oleh Anisyamir Leejo, ANa Ahmad, Fatin Umira, Ismah, Keyranazleen, Sya Nissa dan Syaz. Terima kasih kepada semua penaja. Semoga dimurahkan rezeki anda semua :)



Ucapan ringkas je sebab tak pandai buat ayat kreatif meletop romantik. Hehehe. 
Sanah helwah! Happy birthday! Selamat hari lahir!
Semoga amalan sentiasa bertambah seiring dengan pertambahan umur. 
May Allah bless you every single day :)

Thursday, June 26, 2014

Belajar menjahit ^^

Assalamualaikum.
Bismillah. Alhamdulillah. Beberapa hari lepas baru tergerak hati nak belajar menjahit setelah hampir setahun duk meriba tangan di rumah. Hehe.  Sebelum ni dipaksa belajar pon tak nak. Sebab?? Err. Nanti aku terer menjahit aku bagitahu. Hihihi :D

Yang BESTnya,belajar menjahit kat rumah je dengan SUPER MAK! Hoyeahhh! Haha. Sebab mak aku tukang jahit,senang lah. Jimat. Tak perlu keluar duit ribu-riban. Hehehe. Masa pon ikut suka je tapi biasanya aku start pukul 8.30 pagi sampai tengahari. Rupa-rupanya seronok jugak menjahit ni. Lol :p

Dan hasil sebagai permulaannya ialah..


Jahit baju kurung baby dulu. Testing kann. 100% jahitan tangan k. Sebab mak aku kata kena pandai jahit jelujur dulu. Baru boleh pergi step seterusnya. Takde la susah sangat rupanya. Cuma sabar tu perlu banyak sebab baru belajar. Hehe. 

Masa mula-mula nak belajar haritu mak tanya nak belajar ikut buku(buku belajar menjahit mak masa muda mudi dulu)ke macam mana? Aku tengok buku tu dan termenung,fuhhhhhhh banyak wooo. Amik masa 3-4bulan nak belajar benda tu saja. Last sekali aku cakap nak belajar buat baju kurung dulu. Heee. 

***Dulu mak masuk kelas menjahit dengan tauke cina tapi tauke tu tak ajar buat baju kurung. Mak belajar sendiri. Dia perhatikan tok sedara aku dan dia buat sendiri. Aku kagum sebenarnya. Mungkin kerana minatnya yang mendalam mampu bagi dia ilham. Cehhh. Hehe :D

Doakan aku semoga terus bersemangat untuk belajar menjahit! 

Sunday, June 22, 2014

Karnival Remaja

Assalamualaikum.
Habis sudah Karnival Remaja dan Himpunan 1000 Belia yang berlangsung selama tiga hari,19-21 Jun. Alhamdulillah. Kerana MTS salah satu pengajur program,ramai lah yang datang bagi sokongon. Cehhhh haha :p
Nak tampal satu gambar je lah sebab tak banyak sangat gambar dalam fon. Eheh


Bergambar dengan Amin Idris selepas motivasi untuk belia. Dia salah sorang panel. I like him. Okey,aku suka cara dia bercakap. Best. Hehe :D

Bye. 



Monday, June 16, 2014

Rumah atau Kereta?

Assalamualaikum.

credit : google

last week aku tengok rancangan Assalamualaikum kat tv Al-Hijrah,tapi tengok sekejap je.tengok sekejap pon berguna juga.hehe.
apa yang perlu fresh graduate dahulukan antara rumah dan kereta??
semestinya sebuah RUMAH. tak semestinya kena beli rumah idaman bertingket-tingket,ada kolam renang,halaman luas dan bla bla tapi belilah ikut kemampuan.kalau mampu beli studio apartment pon dah okey.yang penting ada tempat berteduh.bila dah lama bekerja,duit bertambah bolehlah nak beli rumah idaman.rumah adalah aset.setiap tahun meningkat harganya.mengikut kajian yang dibuat,kemungkinan pada tahun 2040 harga sebuah rumah teres akan mencecah 800K.. huh??? tu baru rumah teres,kalau banglo masa tu berapa juta lah gamaknya.huhuhu T.T

kenapa bukan KERETA?
sebab kereta ni akan jadi besi buruk.hehe.lagipon,public transport kan ada.tapiiiiiiiiii kalau dah ada rumah,hidup dah senang,bolehlah beli kereta.no hal punya.janji beli RUMAH dulu ye! :D

risau juga aku ni.berapalah harga rumah untuk 5-6 tahun lagi..?? 
dan aku rasa,lelaki sangat perlu memikirkan soal rumah ni.nanti kahwin anak bini nak duk mana? hehe..

kbai ;)


Sunday, June 15, 2014

GIVEAWAY SAJE-SAJE

Assalamualaikum..


jom jom  join!
hadiah yang sangat menarik hati.hehe :D
tamat : 18 JUN 2014

jom ke KARNIVAL REMAJA!

Assalamualaikum..


semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi suasana.
khususnya kepada sesiapa yang berada di Negeri Kelantan :)

tempat : Masjid Al-Sultan Ismail Petra,Kubang Kerian Kelantan.
tarikh : 19-21 Jun 2014

insyaAllah pelbagai aktiviti menarik,perkongsian ilmu yang bermanfaat dan pelbagai pameran serta jualan.
ada cabutan bertuah juga.eheh :D
himpunan 1000 remaja pada hari terakhir karnival iaitu 21Jun2014 pukul 9pagi.

As-syahid imam Al-Banna pernah berkata :
"sekiranya ingin melihat kemajuan sesebuah negara,lihatlah keadaan remajanya pada masa sekarang."

semoga Allah permudahkan segalanya.Ameen :)





Candy crush level 200

Assalamualaikum.


Takde keje. Hehe. Dah sampai level 200 pon! Dulu tengok kawan-kawan main macam susah je nak sampai 200 tapi berjaya jugak. Hihihi. Start main 8Feb14. Game pertama yang di'download' masa mula-mula beli iPhone haritu. Nampak tak kesungguhan nak main tu? Hehe. Candy Crush tak membosankan langsung. chaiyokkk zue ! Hihi :D

Wednesday, June 11, 2014

Nasi ulam cikgu & Muzium Kraftangan

Assalamualaikum..

"oh sedap molek make nasi ule cikgu tadi.keno gi make pulok ni!"
kakak aku dan muka terujanya hari ahad lalu..
(baca dengan loghat kelantan sikit hihi)

*********************

so,sebab kakak aku teringat-ingat..harini dia bawa aku,maksaudara dan anak-anak buah pergi makan sini..'Nasi Ulam Cikgu' terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu,berhampiran Muzium Kraftangan.Restoran ini ada beberapa cawangan tapi yang ni paling best.mungkin kerana suasananya yang agak menarik dan mungkin juga kerana asalnya disini.Restoran ni kira makan bufet.senang,mudah dan makanan sentiasa panas.lauk yang paling digemari oleh kebanyakan orang ialah 'ikan josh' a.k.a ikan keli besar.hihi.best best! maksaudara aku cakap kalau kawan-kawan dia kat KL memang suka makan sini kalau balik Kelantan.so,korang bolehlah singgah sini nanti ye :)
ulam-ulaman segar dan lauk pauk.
tak terambil pulak gambar 'ikan josh' eheh

***************

selesai makan kenyang-kenyang,anak saudara aku ajak naik atas(Restoran ni bawah),rupanya kat atas tu ialah Muzium Kraftangan.manalah aku tahu.tak pernah jejak situ pon.(macam bukan orang Kelantan.haha :p) kiranya semalam kitorang ala-ala pelancong lah.hehe..
1.Koleksi Diraja.pereka : Zang Thoi
*baju ni chantekk ;)
2.Tempurung berukir
3.Sarang Chacha Cendol
bergambar sikit sebagai kenangan.pelancong kannn haha :p

let's visit Kelantan Darul Naim!
:D

Monday, June 9, 2014

BANDUNG,Indonesia :)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,last week pergi makan angin ke Bandung,Indonesia.
thanks kepada tuan sponser tiket dll iaitu abe Auh.
*salah satu kelebihan anak bongsu yang ada abang/kakak yang dah bekerja.hihihihi :3
bertolak dari Putrajaya ke KLIA2 pukul 3.30pagi sebab flight pukul 6.50pagi..ohmaii memang mengantuk sangat lah aku ni..dah laa KLIA2 tu besar.penat berjalan nak sampai ke terminal.huhu..

sampai Bandung senang je sebab dah booking supir awal-awal lagi.so,pak supir bawa je kita nak pi mana sepanjang 4hari disana.kalau nak tempah supir awal-awal,boleh ke hayukka.net servis diorang okey :D




Restoran Mang Engking..
berkonsepkan buluh,sangat cantik!
makanan best dan harga pon superb.hahaha :p
tips : kalau lapar,jangan suruh pak supir bawak cari restoran sebab diorang akan bawa kita pergi restoran ber'class' gituu.heeee :D

 kilang kain sulaman.banyak wehh kain tapi sehelai je yang aku berkenan :p

tips: tak payah beli banyak kat sini sebab Pasar Baru lagi murah.haha

 SONA Textile,Pasar Baru.
kedai kegemaran aku.
cotton and viscose.oh really in love!
Pasar Baru sangat besar!dua kali pergi tak habis round.macam-macam ada yang membuatkan aku rambang mata.kakak aku kirim kain lace tapi tak terbeli sebab banyak sangat pilihan.haha

 Rumah Mode.
Factory Outlet tersohor di Bandung.
memang best shopping untuk kanak-kanak.beruntunglah anak-anak saudara aku sebab che su yang baik hati belanja.hahaha*perasan*
btw,factory outlet kat Bandung sangat banyak terutama di Jalan Dago tapi aku tak sempat ke sana.huhu

Toko Tiga.original jeans centre.
memang rugi bagi peminat jeans kalau tak pergi sini.Levi's original dan harga sangat jauh berbeza berbanding Malaysia!

 with Qalesya Alia yang suka melompat-melompat,suka selfie.hihi

 beberapa pasang kain cotton

telekung lycra bermacam colour untuk sisters and bestfriends..
sangat-sangat murah wooo..itu sebab aku tak beli lagi sebab nak tunggu beli kat Bandung.hihi.
murah murah murah <3

tips : kalau nak membeli,haruslah pandai tawar-menawar.kalau diorang tak nak bagi,blahh je..konpem diorang panggil balik nak bagi harga yang kita nak.hihi

ini je bahagian aku.tak banyak pon.shawl tak terbeli juga sebab malas nak memilih.hehe
bertambahlah koleksi cotton aku.ketat dah almari tuu :D

teka apa yang kurang?
hahaha..kitorang tak pergi Tangkuban Perahu dan Kawah Putih.
sebenarnya ada dalam perancangan tapi sebab mak demam kuat sangat sampai tak terbangun,itu yang tak pergi.frust lah jugak.huhu.takpe,takde rezeki nak kenal lagi..

tips lagi : kalau nak cari hotel,cari dekat Jalan Dago.dekat dengan factory outlet.

okey,tu aje untuk holiday tahun ni.bersyukur sebab orang belanja :)
kira macam ganti holiday last year ke Beijing.tiket aku last year burn camtu je sebab kebetulan kena time exam.huhuhu.
harap-harap beberapa tips yang dikongsikan tu berguna untuk sesiapa yang akan menjejakkan kaki ke Bandung :)

Mrs Erry 2nd Giveaway

Assalamualaikum.


klik banner untuk join ^^
tamat : 12 June 2014

Giveaway Tunai RM500 by SyuhadaBaharudin.com

Assalamualaikum..


klik banner untuk join ^^

Friday, June 6, 2014

Balik sudahh..

Assalamualaikum. 

Habis dah bercuti. Sebenarnya pergi Bandung je. Hihi
Sekarang tengah tunggu flight balik kelantan. 

'No matter where or why you travel,there's always something wonderfully new to be found.'
kbai!

Sunday, June 1, 2014

Bercuti jap !

Assalamualaikum and hai :D
Hmmmm...zue nak pegi makan angin sekejap!
Tiada blogwalking utk seminggu. Hehe 
Babai :3

SEOUL, Korea (Part III)

Assalamualaikum. Anneyonghaseyo! bersambung dari Part I dan Part II mulakan pagi dengan banana uyu. satu ni 1200 won, kalau sini arou...