Makanan rohani sepanjang Ramadhan

by - June 29, 2014

Antara menu makanan rohani sepanjang bulan Ramadhan yg mulia ini:

1. Tadarus Al-quran sejuzuk sehari paling kurang.
2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap malam. 
3. Solat witir minima 3 rakaat semalam.
4. Beri makan org berbuka puasa walaupun dengan sebiji tamar setiap hari.
4. Solat fardhu 5 waktu berjemaah setiap hari.
5. Tahajjud setiap malam. 
6. Solat Sunat dhuha setiap pagi.
7. Sedekah setiap hari. 
8. Pastikan sahur setiap hari.
9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
10.Tadabbur ayat suci Al-quran. 
11. Ziarah orang-orang yang kurang bernasib baik.
12. Kurangkan ziarah ke bazar-bazar ramadhan.
13. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.
14. Elakkan membeli makanan dari tangan-tangan org yg fasik.
15. Jauhkan aktiviti yg lagha.
16. Zikir harian, banyakkan berdoa.
17. Lazimi bibir beristighfar sekurang-kurangnya 70x dlm sehari.
18. Ajari diri dgn sifat rendah hati. 
19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.
20. Menjaga dan merapatkan silaturrahim. 
21. Menjaga dan menutup aurat dgn sempurna. 
22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati daripada perkara2 yg dilarang.
23. Tidak berlebih-kehihan mahupun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka.
24. Perbanyakkan amalan-amalan sunat- solat sunat rawatib.
24. Lazimi sunnah Rasulullah yg ringan tulang dalam urusan rumah tangga. (suami & anak2 lelaki)
25. Lazimi untuk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.
26. Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkan syukur kepada Allah dikala senang mahupun susah.
28. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.
29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yg telah ditetapkan.
30. Ikhlaskan hati kerana Allah..hadirkan Allah didalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dgn sebaik mungkin seolah-olah inilah Ramadhan terakhir buat kita.

(:

You May Also Like

4 comments

  1. insya allah..kalau xdapat tunaikan keseluruhan dapat tunaikan sebahagian pon da bersyukur

    ReplyDelete
  2. ayuh rebut peluang keemasan di bulan yg mulia ini! smg Allah terima amalan, ibadat dan taubat kita bersama :) InShaaAllah

    ReplyDelete
  3. info yang baik yang mungkin boleh diamalkan walaupun bukan d bulan ramadhan

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik :)