Thursday, July 31, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

Assalamualaikum. 

weheeeeeee! seminggu tak update blog sebab sibuk beraya,cewahhh..
sebenarnya bila ada anak-anak sedara,memang tak bukak lappy sangat sebab duk melayan kerenah diorang,time ni je nak bersuka ria riang gelak ketawa.
so,sebab harini dah kurang anak sedara di rumah sebab balik kampung halaman lain bolehlah up entry sikit.hehehe
nah tempek gambar raya dengan anak-anak sedara sikit!

beginilah jadinya kalau bergambar dengan kanak-kanak
susah betul nak kawal.hehe :D

di kesempatan ini,saya ucapkan..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN ^_^
kepada semua kenalan alam maya mahupun alam realiti.
maaf andai terkasar bahasa,terlanjur perbuatan dan sebagainya.
taqabbalallah minna waminkum!
sambutlah Aidilfitri bersederhana sebagai meraih kemenangan,jangan dilupakan saudara-saudara kita yang berada dalam kesempitan terutama di Gaza :)

salam aidilfitri juga buat sahabat-sahabat perantaun di Mesir dan Jordan khususnya abangku di Mesir yang tak dapat pulang beraya di rumah tahun ni sebab exam.
GOOD LUCK bro!

boleh dah slow-slow kira duit raya ni.hehehe.
^_^





Friday, July 25, 2014

Kad Raya #4 dari Blogger Ainim Rashihah

Assalamualaikum. 
Salam Jumaat,Sayyidul Ayyam. Jumaat terakhir dalam bulan Ramadhan. Jangan lupa baca al-kahfi ye :)

Semalam posmen hantar satu lagi kad raya ^_^


Wiwiwi. Comel cantik betul kad raya biru dari blogger kak  Ainim Rashihah. dapat kad raya ni sebab menang segmen simple kak Ainim..
Selamat Hari Raya!
Maaf Zahir Batin.

Terima kasih sudi pos kad raya ke sini.
tahun depan insyaAllah berbalas.hehehe..
^_^

Thursday, July 24, 2014

Tips pemanduan selamat

Assalamualaikum..

ada beberapa hari lagi nak raya,mungkin dah ada yang sampai di kampung halaman.mungkin juga masih dalam perjalanan dan mungkin ramai yang akan mula bertolak esok selepas habis waktu kerja.
so,nak share sikit tentang pemanduan selamat memandangkan pasti sesak di jalan raya nanti..

Tips pemanduan selamat :

1. Rancang perjalanan dahulu.tangguh pemanduan jika rasa penat atau mengantuk.
2. Pastikan kenderaan dalam keadaan yang baik.servis kereta terlebih dahulu.
3. Pakai tali keledar
4. Ikut had laju yang ditetapkan
5. Kekalkan jarak kenderaan yang selamat.jaga jarak dengan kereta hadapan
6. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong.
7. Jangan memotong barisan ketika jalan sesat.

pandulah dengan berhemat.
ingat bahawa orang tua kita sedang menanti kepulangan anak-anaknya di kampung halaman.

have a safe journey!
layan lah lagu raya sepanjang perjalanan,feeling sikit :p

Kad Raya dari Blogger Mommy Irra,Mialiana and BFF Raz ^_^

Assalamualaikum.
Alhamdulillah,dapat 3 dah kad raya tahun ni.hehe.
suka betul dapat kad raya sebab rasanya memang sangat lama tak pegang kad raya :D

ni lah tiga kad raya tu..semua cantik-cantik!

ini kad raya dari Mommy Irra,pemilik blog irrayyan journey . sebelum ni mommy irra ada suruh sesiapa je email alamat kalau nak kad raya dari beliau.thanks mommy irra sebab sudi pos kad raya ke sini..
sesiapa yang belum follow mommy irra,jom ke blog beliau :D

kad raya kedua dari kak Mialiana . Rezeki bila tersenarai dalam 40 pemenang bertuah segmen kad raya 2014.hehe.comel sangat poskad ni..siap berpantun lagi kak Mia kita.Terima kasih sangat! very appreciate it,dari blogger glam kaannn..hehe  ;)


kad raya ketiga dari BFF Raz,BFF sejak tahun 2009..sekali bila mak ayah tanya asal usul dia rupa-rupanya kami ni dua pupu..hehe..Terima kasih sebab rajin pos kad raya ni..as usual,Raz mesti mintak kek keladi dari aku..awal tahun lagi dia mintak tapi tak terbuat.hehe.kalau kempunan sangat nak makan kek keladi aku,jemput bertandang ke rumah ye !

sekali lagi,THANKS!
tapi sorry sebab tak balas kad raya korang,insyaAllah tahun depan buat kad raya eksklusif.cewwahh haha :p
sesiapa yang teringin nak makan kek keladi yummy saya,jemput beraya ke rumah ;)
tempahan kek sudah ditutup ^_^


Wednesday, July 23, 2014

cornflakes madu

Assalamualaikum.

waaahhhh baru siap buat biskut raya paling mudah,simple dan pastinya sedap.cewwahh.hahaha.walaupon dah ramai blogger kongsi resepi tapi aku tetap juga nak up entry.hehe..


bahan-bahan:
1.cornflakes  *ikut lah brand apa
2.buttercup 90gram
3.madu
4.cup kecil
5.manik halus

cara-cara:
1.cairkan butter  
2.masukkan madu 2-3 sudu besar
3.gaulkan bersama cornflakes *lebih kurang 2-3 cawan
4.masukkan dalam cup kecil
5.tabur manik
6.masukkan dalam oven selama 10+- minit,suhu 150c
7.SIAP!


kalau buat sukatan atas tu,boleh dalam 70+-
kalau nak buat banyak-banyak terus pon takpe :)
sape yang tak beli kuih raya tahun ni,buat je cornflakes.easy! hehehe :D

Wordless Wednesday : #RayaPickUpLines

Assalamualaikum. 
Meh layan #RayaPickUpLines ni :D









Gelak aku baca ni semalam. Lol :p

Tuesday, July 22, 2014

Rezeki anak saudara

Assalamualaikum.
Beberapa hari lepas ada masuk simple mini giveaway #27 dari blog intanberlian/kak ina. 

Very simple giveaway.  Kak ina nak bagi duit Raya RM5 kepada 20 orang kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah. Kalau ada anak,boleh letak semua nama anak tapi kalau belum kahwin macam aku ni boleh letak satu nama je tak kisah anak sedara atau adik. Sebab aku takde adik,letak lah nama seorang anak sedara,Ahmad Hadif si mulut banyak :3 Kalau boleh letak semua nama anak sedara,memang aku letak lah. Hahaha. 

Alhamdulillah. Cek nama pemenang petang tadi,ada nama Hadif. Duit dah di bank in pon. Dapat duit raya awal la Hadif. Hehe. 


Thank you kak,moga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan nanti ye :)

Monday, July 21, 2014

Tutorial capsule cut shawl

Assalamualaikum.

beberapa hari lepas,ada beli 2 helai shawl untuk raya.hehe.pastu sibuk mencari tutorial sebab tak pernah pakai lagi yang jenis capsule cut ni..btw,sebelum ni tak tahu pon ada shawl nama capsule cut ni.jakun betul aku.hahaha T.T

kalau nak kenal,ni lah capsule cut shawl..
bezanya cuma cutting hujung je..satu cutting biasa,satu lagi beralun.


tutorial 1

dari fb


 tutorial 2

dari fb
boleh lah nak cuba belit-belit dalam bilik sebelum raya ni.hehe..
pastikan sopan,anggun dan yang paling penting menutup aurat di hari raya ye !
 selamat mencuba ^_^

Simple 3R Giveaway By Iezwa Razk


Simple 3R Giveaway By Iezwa Razk

[KLIK BANNER UNTUK JOIN]

HADIAH-HADIAH AWESOME :-
TOPUP RM 5 - 6 PEMENANG
TOPUP RM 10 - 2 PEMENANG
PASHMINA - 3 PEMENANG
**Hadiah akan ditambah sekiranya penyertaan melebihi 100 peserta**

Tarikh Tamat :- 01.08.2014

Sunday, July 20, 2014

Friends vs Bestfriends

Assalamualaikum.


Okey. Sape pernah buat bestfriends dia macam tu? Over ye! Kesian bestfriends tu. Haha. Nak cakap sebenarnya kita bila dengan bestfriends mesti perangai gila-gila. Kalau dengan bestfriends,ikut suka je nak buat apa. Makin merapatkan silaturrahim la agaknya. Hihi.  Cuba smackdown kawan gitu,gamaknya tak bercakap setahun lahh. Haha. Kalau dengan kawan,perangai tu aku control sikit. Ke korang sama je? :D

Saturday, July 19, 2014

iklan RAYA PETRONAS 2014

Assalamualaikum.

salam 10Ramadhan terakhir :)
selamat mengejar malam LailatulQadr..bangun sahur tu rajin-rajin la tahajjud..
pejam celik,pejam celik..next week dah nak raya..cepat sangat masa berlalu kan? hmm..
sekarang memang tengah penat sangat wuuu!baru siap kemas rumah ni.bukan sebab tak sabar nak raya tapi sebab next week mungkin tak sempat kot sebab nak buat tempahan kek lagi,nak buat biskut lagi.*ececeh gaya rajin sikit tahun ni*hahaha..tak beli biskut ape pon,kita buat yang simple saja
korang pon boleh dah slow-slow nak mengemas rumah,pasang langsir tuu.hehe :D

okey telah menyimpang jauh dari tajuk entri.PETRONAS memang terkenal dengan iklan raya,deepavali dan sebagainya.setiap tahun akan ada iklan baru.tahun 2014 ni tajuk #KePangkuanBonda . iklan diorang ni best.banyak yang menyentuh hati.kalau mereka yang berada di perantauan mesti teringat-ingat nak balik raya di rumah.sabar ye untuk abang dan kawan-kawan aku yang beraya di Mesir,Jordan tahun ni! Marilah korang tengok video ni.kot-kot terubat rindu kat rumah tu ^^

saksikan filem pendek #KePangkuanBonda di SINI
tengok tawww!sambil-sambil tolong isi tabung juga.hehe.
thanks uolls :D

Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com


Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com bermula pada hari ini sahaja, 19 Julai 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

20 blogger yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan akan menerima kad raya dari Mia Liana. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 20 Julai 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Friday, July 18, 2014

Nahas Pesawat MH17 terhempas

Assalamualaikum. 
Aku tahu pasal ni lepas terawih dalam pukul 11-12 semalam tapi tak update terus sebab nak tunggu lagi detail. Memang terkejut sangat. Jantung berdebar-debar. Belum terungkai tentang MH370,kini MH17 pula..

Pesawat Malaysia Airlines MH17 dikatakan terhempas selepas terkena tembakan pemberontak antara sempadan Rusia-Ukraine. Pesawat Boeing 777 dari Amsterderm,Belanda --> Kuala Lumpur,Malaysia yang bertolak jam 12.15tghari(waktu tempatan) sepatutnya tiba di Kuala Lumpur 6.20pagi ini membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal. 
Beberapa Mayat ditemui di lokasi,serpihan kapal terbang bersepah sejauh beberapa kilometer. MAS juga sahkan 43 rakyat Malaysia termasuk 2bayi dalam nahas -Astro Awani

Innalillahiwainna ilaihi raji'un. Takziah untuk keluarga mangsa pesawat MH17. 

Thursday, July 17, 2014

Segmen "Ainim Nak Bagi Kad Raya"

Assalamualaikum...

Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, Ainim pun nak juga beri kad raya kepada rakan blogger sekalian. Nak bagi kat semua, tak mampu la pula. Makanya, mereka yang nak terima kad raya daripada Ainim, sudi-sudikanlah join segmen ini ya. Manalah tahu, kalian diantara mereka yang bertuah tu.

Syarat pun simple je:
1. Klik follow blog AinimRashihahb.blogspot.com 
2. Like fanpage Blog Ainim Rashihah dan Add Google+ Ainim Suju
3. Buat entri bertajuk : Segmen "Ainim Nak Bagi Kad Raya"
4. Copy coding yang telah disediakan dibawah dan paste ke dalam ruangan HTML dan publish
5. Tinggalkan URL penyertaan diruangan komen dibawah
6. Segmen akan berakhir pada hari Khamis 17.07.2014

Senarai nama pemenang akan diberitahu pada Khamis malam tu juga. So, kenalah selalu check blog ni ya. All the best semua. ^_^

Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas...

Assalamualikum.

http://www.bubblynotes.com/2014/07/segmen-raya-2014-bubblynotes-dengan.html
Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas ini dibawakan khas untuk uolss bersempena dengan Syawal yang bakal menjelma beberapa minggu jer lagi ni. ^_^... Dalam masa yang sama kira2 macam Blog E-Card dari Bubblynotes.Com kepada uolss jugaklah... Tak dapat or tak sempat nak hantar Kad Raya pakai pos, pakai Blog E-Card pun boleh juga ye tak??? Janji ucapan sampai... Sebab kalau nak diikut2kan iolss nak ajer hantar Kad Raya pada semua readers Bubblynotes yang selama ini sudi datang menjenguk dan membaca entri2 Bubblynotes.Com selama ini... Dalam masa yang sama segmen ini bertujuan nak rapatkan lagi silaturahim sesama weolss semua, follow memfollow serta blogwalking. Semua blogger tak kira baru atau lama, famous atau tak, retis atau tak, glam atau tak adalah dijemput untuk memeriahkan segmen ini. 10 pemenang akan dipilih oleh Pakcik Random.Org dan kesemua pemenang yang terpilih akan disenaraikan di dalam Bloglist Segmen Bubblynotes.Com bagi menggantikan Bloglist Segmen yang terdahulu. 

"Tarikh Segmen: 12/7/2014 sehingga 19/7/2014"

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com dan ADD TO CIRCLE G+ Farah Waheda Wahid
2. Buat entri bertajuk Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas... 
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT/KLIK semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.
Credit to MiaLiana.Com
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen entri ini. 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Random.Org. 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/7/2014 yang mana kemudiannya akan dimasukkan terus ke dalam senarai bloglist pemenang segmen. 

terpaksa beli lip balm

Assalamualaikum.

pagi tadi keluar pergi supermarket jap hanya untuk mencari lip balm..
tak pernah duk pakai lip balm ni tapi sebab bibir kering sangat,pedih-pedih,terpaksalahh beli..
*ceh terpaksa* hahaha
sekarang kan puasa,kurang air+cuaca pon agak panas,memang ramailah yang alami situasi macam ni..
sabar je laa..

silkygirl menjadi pilihan lepas duk tilik-tilik antara maybeline..
RM8.90,murah je :)



Wednesday, July 16, 2014

Wordless wednesday ; what i think...

Assalamualaikum. 


Fikir banyak tapi keluarnya sikit je. Tapi bagus juga sebenarnya. Ajar diri kita keluar benda yang baik-baik je yea. Jangan duk mencarut tak tentu pasal. 

p/s: trending hot today, #cdm25 :D

Monday, July 14, 2014

Sunday, July 13, 2014

Resepi ketam sumbat berkeju

Assalamualaikum. 
Semalam mencuba resepi dari google. Actually dah lama nak buat sebab banyak sangat kat rancangan memasak buat menu ni. Hehe. Alhamdulillah,menjadi la jugak. Sedap :D
Cuma kena sabar la sikit bila nak keluarkan isi ketam tu. Hihi

Bahan-bahan:
-ketam
-udang/ikan/apa-apa je -cincang
-2 ulas bawang merah -hiris
-2 ulas bawang putih -hiris
-cili merah -cincang
-garam dan lada hitam
-mayonis
-mozarella cheese
-daun bawang(x de pon takpe)

Cara-cara:
1-cuci dan keluarkan kulit ketam,rebus. Tos dan keluarkan isi ketam. Ketepikan kulitnya. 
2-tumis bawang merah dan bawang putih sampai garing. Masukkan isi ketam,udang dan cili. Masak kejap je. 
3-masukkan garam dan lada hitam secukup rasa. 
4-kemudian,angkat dan gaulkan dengan mayonis(lebih kurang dua sudu)
5-masukkan inti tu dalam kulit ketam. Tabur mozarella cheese(depends la banyak mana)
6-masukkan ke dalam oven. Bakar 10minit/sehingga cheese mencair. 
7-siap dan hidang. Makan dengan sos cili untuk lebih yummm!


Selamat mencuba kalau rajin ye! Hehe ^^

Saturday, July 12, 2014

REVIEW : QLIA SHOP

Assalamualaikum.
hai semua!
Alhamdulillah,hari ni dah masuk 14Ramadhan.semoga terus bersemangat untuk beribadah :)

pejam celik pejam celik,ada beberapa hari je lagi nak raya kann..
Mesti dah ramai yang berbelanja sakan membeli baju,tudung,kasut baru untuk raya nanti.Handbag pon haruslah ditukar baru! kasi meletop sikit bergambar nanti raya ni.hehehe..
Hari ni saya nak memeperkenalkan satu online shop yang pasti akan membuatkan korang rambang mata punya *terutamanya kaum wanita hehe:D


kalau korang nak membeli branded handbag dengan harga berpatutan  dan tak perlu ke butik melabur beribu-ribu ringgit,korang boleh dapatkan pelbagai handbag berjenama seperti Coach,Michael Kors,Kate Spade,Marc Jacob,Long Champ dan lain-lain jenama di QLIASHOP.

di QLIASHOP,semua item yang dijual adalah 100% AUTHENTIC and ORIGINALl from US/UK.Harga pula up to 50% less than retail!
murah!murah!murah!

jom cuci-cuci mata sikit!
mana tahu ada yang sangkut terus ;)



serious memang cantik kan..
meletop kebabom laa kalau korang pakai handbag ni.hehe ><





Coach peach menarik hati~
boleh diguna ke mana-mana sahaja.pasti korang nampak anggun dan menawan..



DKNY sling bag.
banyak pilihan warna,cantik,comel,lawa.
kalau korang keluar dengan bestfriends korang pakai bag ni,mesti tak berkelip mata diorang tengok :D


QLIASHOP juga menjual pelbagai jenis wallet yang elegan ye uolls..



FITFLOP SANDALS still new in QLIASHOP.
yang berkenan,boleh usyar QLIASHOP..banyak sangat pattern yang ada..
teruja i tengok.hehehe :D



dan QLIASHOP juga ada jual jam tangan branded.serious cantik!
sape-sape yang suka bertukar jam tangan tu bolehlah jenguk-jenguk QLIASHOP..
menulis melalui pengalaman,saya memang sarankan korang pakai jam tangan yang berjenama sebab ketahanannya memang power lahhh! tak perlu tukar 2-3bulan sekali. pakai 5-6 tahun pon still nampak baru,bateri pon okey :)

lagi,QLIASHOP ada buat 3x installment.so,takde lah terasa sangat duit keluar gedebuk macam tu je bila beli,kan kan? takpon minta suami belanja ? ( EH? hehehe ) kalau suami belanja isteri barang-barang dari QLIASHOP , confirm si isteri senyum meleret 7hari 7malam..whoaaaaa~

so,apa tunggu lagi?
jom like/follow dan intai koleksi-koleksi gojes yang lain di ;

page FB --> QLIASHOP
INSTAGRAM --> QLIASHOP

barang cantik,secantik nama QLIASHOP.
jangan ragu untuk membeli disini yaaa!
Actually QLIASHOP ni yang sis in law saya punya :D

ENJOY,GRAB YOURS and HAPPY SHOPPING!

Segmen : Kad Raya By Mouth and Foot

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Alhamdulillah , dengan lafaz Bismillah , wani memulakan segmen ini . Ini merupakan segmen pertama dalam blog wani .


 . InshaaAllah , tamat pada 18hb Julai 2014 ( 20 Ramadhan 1435 )
 . Seramai 16 orang akan menerima kad ini .
 . Pemenang di pilih secara random.org .
 . Semoga segmen ini berhasil dan May Allah Bless You (:

|| Nota Pintu ||
Nak tahu kenapa nama segmen wani By Mouth & Foot ? Sebab kad raya yang bakal wani bagi ini , dari Orang Kurang Upaya yang melukis kad raya ini dengan menggunkan mulut dan kaki . Memang family wani tiap-tiap tahun akan terima kad raya dan perlu bayar kepada persatuan mereka .


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||

Giveaway WOW HARI RAYA by SITI YANG MENAIP

Assalamualaikum.


klik banner untuk join ^^

Friday, July 11, 2014

Apa yang kita boleh lakukan untuk membantu Palestin?

Assalamualaikum. 


1-Tembak doa
2-Perang boikot
3-Derma semampunya
4-Perang siber
5-Berjuang dengan istiqamah

Sama-sama kita bantu :)

Thursday, July 10, 2014

kenali BRIGED AL-QASSAM

Assalamualaikum.
mari kita mengenali siapa briged al-qassam.tak kenal maka tak cinta akan perjuangan mereka untuk bumi Palestin dan perjuangan mereka untuk islam.

Al-Qassam merupakan sebuah sayap ketenteraan HAMAS yang digeruni dan dikagumi oleh kawan dan lawan.nama al-Qassam diambil sempena memperingati nama Syeikh Izuddin al-Qassam yang dilahirkan pada tahun 1882.Syeikh al-Qassam adalah seorang imam,guru dan juga syeikh Tareekat Ash Shazaliyah di jilal alAdhamiyah,sebuah wilayah di bahagian utara Syria.

Beliau sanggup datang dari Syria ke Palestin semata-mata untuk mempertahankan bumi suci al-Quds daripada dijajah oleh zionis israel.Berkat daripada kesabaran dan semangat juang beliau yang tinggi,beliau berhasil mengumpulkan sejumlah anak-anak muda yang disaring dengan cukup ketat,hasil daripada proses tarbiyah yang cukup mantap.

siapa al-Qassam?
"Sesungguhnya seorang al-Qassam tidak akan memberitahu dirinya al-Qassam.Dengan iu,amalnya berkat,hanya Allah yang melihatnya."




skuad amfibia al-Qassam
sumber:FB
 syarat untuk menjadi seorang al-Qassam :
1-konsisten solat subuh secara berjemaah selama 6 bulan tanpa tertinggal
2-menghafal 30 juzuk Al-quran
3-menghafal hadith
4-solat 5 waktu secara berjemaah dan konsisten
5-melazimi puasa sunat isnin dan khamis
6-melazimi solat sunat rawatib

hebat kan briged al-Qassam?kagum sungguh!
Teruskan perjuanganmu!
Ya Allah,hancurkanlah puak zionis seprti mana engkau hancurkan Ashabul Fiil!Aameen.

sumber rujukan: Aku Bukan Superman,Aku Pemuda Luar Biasa.

Doa Qunut Nazilah ; #PrayforGaza

Assalamualaikum.

mari kita perbanyakkan tembakan doa qunut nazilah buat mujahidin di Gaza untuk menentang zionis laknatullah !

sumber ; google
Amin.Amin.Amin.
Allah bersamamu duhai mujahidin.Teruskan jihadmu bakal syuhada'..

Giveaway Ramadhan Syawal by Jaja Sutera

Assalamualaikum.


meh ler join ^^

It's July Giveaway


Klik banner untuk join!

Banyak hadiah disediakan. Mencari pemenang masing-masing. Kalau nak jadi salah seorang daripadanya, mehh pakat join giveaway ni!

Antara hadiah yang disediakan ialah cash RM50, Pretzel cookies, Shawl, Blouse and many more.

Hadiah idaman : cash RM50/blouse/shawl :)

Anda mungkin orang yang bertuah itu! Mehh join :D

SEOUL, Korea (Part III)

Assalamualaikum. Anneyonghaseyo! bersambung dari Part I dan Part II mulakan pagi dengan banana uyu. satu ni 1200 won, kalau sini arou...