Pemuda subuh

by - July 02, 2014

Assalamualaikum.

Bismillah,salam 4 Ramadhan :)

Pemuda dan subuh. Kenapa subuh?Bukan maghrib? Sebab ramai pemuda muslim di Malaysia terkandas dengan subuh. Terkandas kerana payah nak bangun. Umpama badan dan tilam tu magnet yang sangat kuat. Tapi bulan ramadhan ni mungkin jarang yang terkandas sebab bangun sahur kann. Alhamdulillah kalau macam tu. Hihi

Biasanya,Bila subuh je mesti berperang dengan diri sendiri. Sekejap bunyi bisikan suruh bangun. Sekejap(bukan sekejap sebenarnya)bunyi bisikan '5minit lagi aku bangun lahh'..dari 5minit jadi 10minit. Begitu lah realitinya. Aku pon begitu. Susah wooo nak bangun! Kena mujahadah atau semangat juang yang tinggi nak lawan inche nafsu dan setan!

Rasulullah SAW pernah bersabda dari riwayat Muslim dan Bukhari:

"Syaitan melilit seorang antara kalian dengan tiga lilitan ketika dia tidur. Dengan setiap lilitan syaitan membisikkan : 'nikmatilah malam yang panjang ini'. Apabila dia bangun lalu mengingati Allah,maka terlepaslah satu lilitan. Apabila dia berwudhuk,terlepaslah lilitan kedua. Kemudian apabila dia solat,lepaslah lilitan ketiga,sehingga dia menjadi bersemangat. Tetapi kalau tidak,dia akan terbawa lembab dan malas. "

Okeyy,sapa pernah buat tiga step melawan syaitan tu mesti dia tahu macam mana rasa bersemangat. Rasa bangga dengan diri sendiri sebab dapat lawan syaitan yang dah nangis jatuh tergolek-golek! Huhu

*****

Pernah tengok orang non-muslim bangun pagi-pagi? Mereka bangun awal bukan kerana solat subuh tapi demi menjaga kesihatan dan anjing mereka. Mereka bawa anjing pusing taman,jalan-jalan hirup udara segar kerana cinta sangat kepada anjing. Kita? Ada bangun awal-awal subuh untuk buktikan cinta kepada Allah? T.T

Hmm,sama-sama kita jaga solat subuh untuk permulaan hari yang indah. Perlu kita tahu orang kafir gerun kalau tengok ramai umat islam berjemaah di masjid.
Peringatan untuk diri sendiri juga. Keep mujahadah!

Diambil sedikit dari buku 'Aku bukan superman Aku pemuda luar biasa'

:)

You May Also Like

0 comments

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik :)