Sunday, August 31, 2014

Be Happy.

Assalamualaikum :)


Jangan cepat marah.
rugilah masa yang kita ada untuk berasa gembira ^_^

Saturday, August 30, 2014

BEREHAT SEKETIKA

Assalamualaikum.
hye!



pagi ni insyaAllah akan bertolak ke KL sebab isnin (1 sept) daftar masuk UKM ^_^
jadi...
blog berehat buat sementara waktu!
memberi ruang kepada diri sendiri untuk bernafas dengan baik.haha
1 sept hingga 6 sept ada Majlis Mesra Mahasiswa(MMM)

insyaAllah bila keadaan dah stabil kita blogging lagi :D
see you again!
bye :*

Wednesday, August 27, 2014

MAJLIS KESYUKURAN

Assalamualaikum.
hye!

Alhamdulillah,dua hari lepas ada buat makan sikit-sikit kat rumah.saje nak panggil cikgu-cikgu,kawan-kawan sebelum masuk uni ^^
sebenarnya takde lah makan sikit-sikit sangat sebab kambing 3 ekor yang disembelih,angsa dan ayam kampung juga.hehehe.
apa kata sepupu sepapat?
'ni baru buat makan nak pergi uni,kalau kahwin macam mana?'
hahaha.okey,tak leh bayang lagi.mungkin sembelih unta? :p




mekasih semua yang hadir memeriahkan hari isnin lalu ^_^
dan terima kasih juga murabbi mts yang datang rumah pagi tadi walaupon sesat sampai jalan kubur mana.hehe.

teacher nazrah pesan,masuk u nanti cari jemaah yg baik.jangan hidup sendirian..
semoga berjaya untuk sahabat-sahabat saya semua!
see you again soon~~

Thursday, August 21, 2014

MEDICAL CHECK UP DONE!

Assalamualaikum.
hye!

harini tak busy sangat,so sempat nak buat entry.hehe.
minggu lepas sebelum ke KL,ada pergi klinik kesihatan Bachok nak buat appointment tapi apakan daya,appointment medical check up dah penuh! jadi,ingatnya nak buat dekat hospital swasta je lah.mungkin tak berapa ramai orang tapi mak suruh buat dekat KB sebab ada pak sedara kerja situ. 


Alhamdulillah,semalam dah siap buat medical check up :)
tak banyak pon yang pihak ukm mintak.just basic,x-ray and urine test.
apa yang penting,tak perlu beratur dan menunggu berjam-jam.
sampai lebih kurang pukul 9pagi,terus masuk bilik pak sedara.
SATU JAM je dah siap dan lebih istimewa adalah FREE :D
weheeeee seronok laa kitaa tak payah bayar,kalau pergi hospital swasta mesti kena RM120++
mekasihh dr. yie!
*untung ada pak sedara doktor.hehe*

doakan semoga urusan zue yang lain dipermudahkan oleh Allah
:)


PENGALAMAN PERTAMA NAIK KERETAPI

Assalamualaikum.
hye!

Beberapa hari lepas kan aku pergi wedding kawan,so aku memilih untuk naik keretapi atas saranan abang-abang dan kakak-kakak aku.katanya seronok sikit sebab nak pergi ramai-ramai :D
takpelah,kita mencuba train pulak.bas,flight dah biasa naik..
so,naik train haritu merupakan pengalaman pertama aku naik KTM dari Wakaf Bharu ---> KL Sentral.hehehe. orang lain mungkin dah bosan naik train.
macam-macam yang aku dengar dari pengalaman orang-orang yang dah pernah naik train..katanya toilet 'kurenggggg' sikit.pastu sejuk melampau.pastu lenguh,bosan dan sebagainya.hahaha.


ni lah geng yang join naik train sekali.9 orang!
kiranya tak lenguh sebab kitorang amik seat berth,siap tidur nyenyak lagi sebab rasa macam kena ulit je.haha.tak berapa nak bosan jugak sebab teman berbual ramai.kecoh sungguh lah koc aku ni.dah kawan yang jarang-jarang boleh jumpa,memang riuh lahh.aku tak tahu la apa kata omputih yang duk satu koc dengan kitorang.hehe :D
dan sebenarnya toilet okey je --" kawan(yg pernah naik train) aku kata memang agak bersih lah dari sebelum ni.bagus!teruskan menjaga kebersihan itu kerana kebersihan sebahagian daripada iman ^_^
aircond? tak rasa pon masa dari wakaf bharu.rupa-rupanya ekon rosak.bhahaha.siap berhenti baiki dekat Gua Musang 2 jam dan aku tak sedar sebab tidur.orang lain semua tak tidur sebab panas tapi aku rilex je.hahaha.dasyat sungguh kau zue ><
so,perjalanan kami mengambil masa 17 JAM! lamaaaaaaa wehhhhhhhh~~
ala-ala pergi oversea naik flight hihi

geng Kiah :p
u know,they called me 'zukiah' sebab aku ketua rombongan. LOL

 apabila geng kiah menguasai rapid KL.haha.
cuma ada kitorang je time ni :D

jenjalan sikit dekat Jalan TAR,SOGO,MV before balik Kelantan :)

gambar-gambar aku dan mereka masa wedding lynn.
memang hari yang sangat best tak terkata!
aku jumpa Ecah yang dah hampir tiga tahun tak jumpa.
dan kau tetap macam dulu tak berubah-ubah :p

Alhamdulillah,perjalanan pulang dengan train mengambil masa 15 JAM SAJE!
hahaha.aku tak naik dah train kalau sorang-sorang.mesti booooosssaaann sangattt!
and aku macam mabuk train sebab pening-pening.huahua >,<
btw,Geng Kiah memang ohsemmm! aku suka musafir dengan korang :D

Wednesday, August 20, 2014

ADLIN'S WEDDING DAY

Assalamualaikum.

sungguh lama jari tidak bermai-main dekat kawasan blog ni.aku kekangan waktu sejak kebelakangan ni.
busy sangat wehhh hehe :D

Alhamdulillah,seorang dari sahabat classmate form 5 2012 dah selamat diijabkabulkan pada hari Ahad lalu,17 OGOS 2014 :)
Adlin Suhaimi dah jadi isteri oranggggggg!
macam tak caye je! dulu dia yang teramat rajin buat air,ambil makanan kat kantin..
memang sesuai lah lynn kahwin awal.nanti layan suami baik-baik ye.hihihi
tahniah sebab jadi orang pertama kahwin 5th batch mts :p



 see? ramai kott yang datang.memang ala-ala reunion ahh.
pastu kepoh-kepoh bising-bising.HAHA
memang best!! >,<



 Adlin19tahun dah kahwin! kami semua belum lagi.
masih struggle mengejar impian.cewwahh hahaha :p


Tahniah Puan Adlin dan suami.
semoga bahagia hingga ke syurga kelak :)
dan semoga ikatan perkahwinan ini memberi sakinah mawaddah wa rahmah.

Friday, August 15, 2014

SIBUK T.T

Assalamualaikum.


sejak keluar keputusan kemasukan IPTA,terus jadi sibuk.huahua.
so,i dont have enough time to update entry,blogwalking and etc.
so sorry,sesiapa je yang singgah follow,bagitahu ye! nanti keadaan saya dah stabil,saya menjejaki anda semua :) 

bye!



Wednesday, August 13, 2014

Tawaran Kemasukan ke IPTA ^_^

Assalamualaikum.
Alhamdulillah for everything!
keep smiling.




12.8.2014,tarikh Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Pelajar Ijazah Sarjana Muda 2014/15.
Alhamdulillah,dapat satu tawaran.tawaran pilihan pertama :')


IJAZAH SARJANAMUDA PENGAJIAN ISLAM(USULUDDIN DAN FALSAFAH)
UKM :)

Alhamdulillah.
Tahniah sahabat-sahabat yang mendapat tawaran ke IPTA.
UKM,USIM,USM,UPM,UNISZA,UIA!
Selamat bergelar Mahasiswa/i :)

yang tak dapat,jangan risau.Allah sedang aturkan sesuatu yang indah untuk korang :)

p/s : fuhhhhh.sibuklah duk google pasal ukm bagai.haha.banyak benda lagi kena buat!
doakan semoga urusan zue dipermudahkan :)
Aamin..

BLOG BERWAJAH BARU ^_^

Assalamualaikum.

tengah excited ni.tengok sekeliling halaman 'rumah' berhias comel.
comel kan? kan? kan? :p
hehehehe 

bertemakan warna kegemaran,pink and turqoise.
mula-mula dulu ingat nak buat pink+hijau tapi berubah fikiran.
bila tanya pendapat kakak pon,dia cakap ok je pink+turqoise..
datang idea nak meng'edit' blog sebab rasa macam coding tak berapa nak betul je.haha.
maklumlah,bukan pandai pon bab edit-edit ni.
dan kerana ini urusan blog,saya guna duit yang menang GA Emas Putih beberapa bulan lalu.
kira macam ada kenangan gitu.hehehe :D

saya menggunakan khidmat dari blogger DayangDeno.
thank you so much kak!
sorry kalau banyak songeh :p 
nanti boleh tempah lagi sebab puas hati ^_^

sesiapa yang berminat dengan hasil sis DayangDeno,boleh ke http://www.dayangdeno.com/
boleh usyar-II hasil kerjanya.semua cantik-II :)
THANKS again!

p/s : sedang bersedia untuk kembali busy sepanjang 2 minggu akan datang :D


Tuesday, August 12, 2014

Menunggu Jawapan UPU

Assalamualaikum :)

hye! harini result upu nak keluar.
pukul 12 tengahari nanti.weheeeeeee!
berdebar okey hahaha. semua yang ambil STPM/STAM/SETARAF duk update status kat FB.
aisehhh semua tak sabar nampak gayanya :D

SEMAKAN ke IPTA LEPASAN STPM/Setaraf SESI 2014/15 mulai 12 tengahari 12/08/14 di laman web rasmi http://upu.moe.gov.my/ atau  taip UPU RESULT(No. KP) ke 15888


good luck semua yang terlibat termasuk diri sendiri.
tenangkan diri,lapangkan dada ^^
Terima seadanya and bersyukurlah kepada Allah terlebih dahulu.
update di laman sosial kemudian ok?

p/s : blog under construction.hehe :D
Kbye!

Monday, August 11, 2014

Program i-Jik

Assalamualaikum :)

good morning.have a nice day uols!
hari tu kann ada up entry pasal tengah siapkan bookmarks untuk satu program,so programnya ialah Ijtima' Jilul Khamis [i-Jik] --> perjumpaan Generasi Kelima *aduhh skema ayatnya.haha
sambil-sambil nak buat reunion untuk batch kitorang,kitorang buat satu forum untuk adik-adik juniors form1,form2 and form3.so,bookmarks tu hadiah ringkas untuk adik-adik sebagai tanda ingatan,bukan untuk program palestin hehe :D

ahli panel semua dari batch kami.
dari kiri , ummu syahirah doc to be,Asyiqin Zarawi doc to be,abe Fadil(moderater senior),Hafiz Zafri dentist to be,Hasan Syarafi..
Hebat-II kawan aku! bangga wehh :D

antara isi forum yang melekat di jiwa aku :

"kenapa kita berdoa?adakah kerana Allah suruh atau kerana kita inginkan sesuatu?" - Asyiqin 
"kalau ada masalah,kembali kepada Allah" - Ummu
"jaga hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita dengan manusia,insyaAllah berjaya" - Hafiz
"jaga Al-quran,jangan tinggalkan.Baca Al-quran dapat banyak pahala" - Hasan
"kita mungkin tak dapat pangkat doktor sebab tak belajar kos gitu,tapi kita mampu dapat pangkat tu melalui PhD,yang penting kita belajar!"- Abe Fadil

*ayat diorang lebih kurang macam tu laa,bukannya aku ingat satu-satu.huhu*
sungguh mantop pengisian dari mereka!

ini je yang datang hari Sabtu aritu.yang lain ada halangan.jauh nak datang ke Kelantan.takpe-II lain kali kita jumpa ;)

okey,itu saja.
bye!

Saturday, August 9, 2014

4 gambar kreatif

Assalamualaikum :)

harini nak share gambar saje.hehe




sumber:whatsApp
wahhhh kreatif habihhhh! mesti daya imaginasi dia ni hebat >,<

penat weh.seharian berprogram hari ni.nanti dapat gambar-gambar dari photographer batch,kita kongsi sini ye! kbye :*

p/s - sesiapa yang sedang mencari sponser barangan untuk giveaway,sudi-sudilah pm saya di SINI :)



Friday, August 8, 2014

Siapkan bookmarks.

Assalamualaikum. 

Petang-petang ni tengah siapkan bookmarks untuk program esok hari. 


Alhamdulillah,nasib baik dekat rumah ada benda ni. X lah lenguh nak gunting banyak-banyak :D

Kbye. Nak siapkan bookmarks dulu!

Thursday, August 7, 2014

Tengok baby!!

Assalamualaikum.

Pagi tadi dapat whatsApp dari kak Yaa,dia cakap yang dia dan baby comelnya ada di Kelantan,so cepat-cepat lah amik peluang nak pergi tengok baby.kebetulan memang nak ke Kota Bharu petang tadi :)

kak Yaa kahwin tahun lepas dah dapat baby girl!
Aisyah Nur binti Muhammad Edzfizal.
baru 38 hari :D


kesiannya dekat Aisyah Nur kena cubit-cubit dengan 'makcik-makcik' itu.
sabar okey! hahaha

Be a Good Girl dear <3
Tahniah kak Yaa and husband.
selamat mendidik anak dalam dunia penuh fitnah ini ^_^

p/s ; aku suka dengan baby atau kanak-kanak sebab mereka suci.tiada dosa.
kulit halus mulus :3




Giveaway #CikMielaBukaKedai


Assalamulaikum. Giveaway ini dibawakan oleh Cik Miela sempena pembukaan kedai Ladya Shops


Hadiah:
1x Long dress
1 x Long Tee
1 x Toup RM10 
30 x mystery gift untuk 30 peserta pertama
Gambar hadiah: 


Klik sini untuk join

Wednesday, August 6, 2014

Mati itu Pasti

Assalamualaikum.


"setiap yang benyawa akan merasakan mati"

kita banyak berfikir tentang siapa jodoh kita tapi sedikit sangat berfikir akan kematian sedangkan mati itu bila-bila masa saja.ada orang,umur 19 bahagia dapat berkahwin dan ada juga yang berumur 19tahun sudah dijemput Ilahi..


kita mungkin takkan bergelar pengantin,
tapi kita PASTI bergelar jenazah satu hari nanti.

cukuplah mati sebagai peringatan
:')



Monday, August 4, 2014

quote ; some hearts..

Assalamualaikum.


some hearts hear each other , even in silence.

meaning of 'etc'

Assalamualaikum..

siapa yang tahu maksud etc dia bagus!
sape tak tahu lagi pon bagus jugak,satgi tahu.hehe


example : nowadays,most people are using smartphone like samsumg,iPhone,HTC and etc

baik tahu sekarang maksud etc daripada tak tahu langsung kann..
jangan main ikut suka je nak guna.hehe :D



Sunday, August 3, 2014

Potluck Raya

Assalamualaikum.
Alhamdulillah,dah masuk 7Syawal.
dah ramai yang pulang ke kota,kembali bekerja ^_^

5syawal haritu ada potluck rayaaaaaa!
kami buat dekat Sri Pantai Resot,Melawi..
bestttttt yeww kalau dah lama sangat tak jumpa :D
walaupon ramai yang tak dapat hadir,tapi tetap best.
kalau lagi ramai,makin riuh la jawabnyaa..
insyaAllah nantu kita berkumpul ramai-ramai kat wedding lyn.hehe



selfie sikittt muehehe :p

Selamat Hari Raya!
Maaf Zahir dan Batin
dari : 5th batch of MTS ^^


GA Cik Anita saya nak MENANG BAJU FREE

Assalamualaikum.


tag ; cikdelima,eimma

klik banner okey!
mana tahu ada rezeki nak dapat baju free ;)

Friday, August 1, 2014

Gambar #supportGAZA

Assalamualaikum. 

Tunjukkan keperihatinan anda melalui sokongan di media sosial. Hanya edit letak nama sendiri dekat gambar bawah ni dan share di fb,twitter,instagram,tumblr etc..
Boleh edit kat mana-mana je spt picsart,fuzel,fotorus dan sebagainya. 


Jangan lupa hashtag #supportgaza #weareallgaza #prayforgaza #freepalestine  

They just need our du'a. Keep praying :)


SEOUL, Korea (Part III)

Assalamualaikum. Anneyonghaseyo! bersambung dari Part I dan Part II mulakan pagi dengan banana uyu. satu ni 1200 won, kalau sini arou...