Sunday, September 21, 2014

Adab Berdoa

Assalamualaikum.
hye :*

Allahumma solli 3ala sayyidina Muhammad.


"Sesiapa yang ingin dimakbulkan doanya oleh Allah ketika berduka,maka perbanyakkanlah berdoa sewaktu senang" (Dilaporkan oleh Abu Daud)

Adab berdoa :
1. Memulakan doa dengan membaca basmallah(bismillahirrahmaanirrahim),memuji Allah SWT dan berselawat ke atas nabi.
2. Menutup doa juga dengan memuji Allah SWT,selawat ke atas nabi SAW,ahli keluarga baginda dan para sahabat.
3. Beristighfar,memohon keampunan atas segala dosa yang dilakukan sama ada yang disedari ataupun tidak,sengaja ataupun tidak sengaja.Memohon ampun dengan taubat yang sebenar-benarnya akan menyucikan jiwa dan menghapuskan dosa.
4. Memilih masa dan keadaan yang sesuai seperti selepas solat,satu per tiga malam,ketika hujan lebat,semasa sujud,semasa berpuasa dan sebagainya.
5. Menghadap kiblat.
6. Berdoa dengan bersungguh-sungguh serta menumpukan sepenuh perhatian pada doa yang dipanjatkan.
7. Tawadduk iaitu merendah diri dan penuh pengharapan supaya doa dimakbulkan.
8. selalu bersangka baik dengan Allah.
9. Menjaga amal ibadat serta menjauhi perkara maksiat.
10. Berdoa perkara yang membawa kebaikan.

Allah SWT menggalakkan hambaNya untuk terus berusaha dan berdoa.
jangan kamu berputus asa dari Rahmat Allah Taala :)

2 comments:

  1. selalu berdoa bila susah,lepas tu nak cepat2 .. tak sabar2..itulah saya..mengaku ..T__T

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen disini.
kalau ada masa,sudi-sudilah komen lagi :)

SEOUL, Korea (Part III)

Assalamualaikum. Anneyonghaseyo! bersambung dari Part I dan Part II mulakan pagi dengan banana uyu. satu ni 1200 won, kalau sini arou...