Thursday, October 30, 2014

Happy Sweet 19 ^^

Assalamualaikum.
hye!!

Alhamdulillah,harini dah genap 19 tahun :D
adakah 19 masih dikira sweet? hehe
dah besar dah aku ><
banyak bebenor yang dilalui sepanjang 19 tahun ni.ada benda yang dilalui tak nak dikenang.ada benda yang dilalui,hari-hari nak kenang-kenangkan.penyesalan pon ada.
sebenarnya sekarang ni sedang melalui fasa menyesal dengan kelalaian diri masa muda-muda dulu.
Alangkah rugi waktu lapang dulu tak digunakan sebaiknya :'(

"Demi masa,sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untu kesabaran" (al-'Asr)

pesan pada diri,jaga masa.
minta kepada pemberi masa untuk memberkati waktu yang dihadiahkan-Nya kepada kita :)

semoga amal kebaikan zue terus bertambah.
semoga zue sihat rohani jasmani.
semoga zue sentiasa dijauhkan dari segala jenis maksiat.
semoga zue jadi hamba Allah yang sebenarnya.
semoga zue jadi anak yang boleh berbakti pada mak dan ayah.
semoga kejayaan milik zue satu hari nanti.
semoga zue kekal ayu (:p)
semoga zue dapat prince charming tepat pada masanya (EH? HAHAHA)
Aamiin~

banyaknya doa untuk diri sendiri.
semoga,semoga dan semoga!
terima kasih semua yang wish melalui ws,fb,wc dsb.
May Allah bless uols ^^



Sunday, October 26, 2014

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih .

As-salam


Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%. 



Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale. 

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat 

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !! 

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .

welcome back to ukm

Assalamualaikum..
hye!

Alhamdulillah,sampai pagi tadi dengan selamatnya.
naik bas catar ukm je,nasib baik bas baru.comfortable cuma aku rasa pemandu bas tu kurang berpengalaman mungkin? time dia drive naik bukit,rasa macam bas tu nak jatuh balik.oh i'm so nervous!
><

berakhir sudah cuti midsem!
maka,struggle untuk 7minggu akan datang.
chaiyokkk!



Sunday, October 19, 2014

Minah saleh dari mana nie?

Assalamualaikum.
hyeee!

Day 1 at home :)
semalam,ada minah saleh datang rumah aku :D

James,Emilia,Elizabeth,Khadijah asal dari Wales,Romania,US,London.
semua baik lahhhhhhh!
Emilia paling chantekkk ;)
speaking lah aku semalam,cewahhh haha :D


actually mereka ni lecturer Universiti Malaysia Kelantan. Diorang ada kontrak beberapa bulan dengan UMK dan sedang menyewa di rumah kakak aku lebih kurang dua minggu lalu. So,semalam mak ayah jemput diorang ke rumah.
Teruja mereka tengok beruk panjat pokok nyior :D

nice met u guys!
:)

Friday, October 17, 2014

Cara mudah dari UKM ke Subang Airport.

السلام عليكم
hyeee !

harini nak citer bagaimana ingin ke skypark terminal/SZB/Subang airport menggunakan pengangkutan awam.hehehe *skema je*
kenapa nak citer tentang ni? sebab aku sure ramai yang tercari-cari macam aku kalau first time nak guna public transport haha :D
dari UKM--KTM UKM--KL SENTRAL--KELANA JAYA--SZB
KTM UKM ke KL Sentral RM3.30 about 30minutes.
KL Sentral ke Kelana Jaya LRT station RM2.10 about 20minutes.
Kelana Jaya LRT station ke SZB RM3.80 about 20minutes.
dari Kelana Jaya,boleh naik Shuttle Coach Bus,khas untuk ke SZB je.so,senang lah sikit.tak perlu naik teksi yang semestinya mahal.tapi kalau terdesak atau terkejar-kejar dengan departure time,memang kena ambil je la teksi tu.kawan aku tadi naik teksi sebab flight dia awal sikit.satu teksi RM25-30. kann beza kalau naik Shuttle Coach tu? :)
so,total dari UKM-SZB RM9.20
kawan aku cakap,kalau dari Kelana Jaya ke SZB nak naik teksi,better jangan tanya berapa ringgit sebab nanti dia tetapkan harga yang lagi mahal dari biasa.hmm biasalah orang meniaga.huhu.
harap dapat membantu sesiapa sahaja yang mencari jalan mudah dan murah ke SZB ;)


so now,i'm currently at SZB :)
byebye~

saya tiada bakat melukis!

السلام عليكم
hyeeeee!

fakta : tiada bakat melukis walau sedikit.
bukti ? kat bawah ni haaa.buruk betoii.
nasib baik lukis dua helai je,kalau satu cerita tak tahu jadi apa lahh ;)


rasa nak gelak aku tengok lukisan sendiri.
ini kes terpaksa,nak buat storyboard untuk drama foundation english.
kaku kayu sangat wehhh.hahaha ><
takpe la,harap-harap nanti nak present madam faham lah jalan citer nie.
hehehe :D

mood : rumah memanggil.assignment menjerit2 untuk dibawa pulang.hmmmm --"

Wednesday, October 8, 2014

Friday, October 3, 2014

Balik Kampunggggg!

Assalamualaikum.
hye :*

******
eh,korang tahu tak kuliah hari jumaat,ustazah batalkan?

what ???? ahhhh tiket dah beli!
(sambil menangis dalam hati.sob sob sob.)

******
itu lah kisah pendek aku pada hari selasa lepas.Aku siap pergi kaunter tiket bas,kot-kot lah ada kosong,boleh nak tukar balik semalam tapi apakan daya..semua habisss..
:'(
tapiiiiii tak mengapa lah.
semuanya ada hikmah,pujuk hati.
hikmahnya ialah satu esei siap! Latihan Maharaat pon siap.yes yes yes!
balik dengan fikiran tenang.kikiki :D


so,naik Trans lah kita malam ni~
masa nak beli tiket bas dulu,bas ekspres lain semua habis.kuat betul penangan balik raya..
actually lama sangattt tak naik bas jauh-jauh ni.selalu dengan kereta je.
Doakan aku selamat sampai ke destinasi yee ^_^
Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha.
sambutlah kemeriahaan hari raya dengan penuh kesyukuran di samping mengingati pengorbanan nabi Ibrahim dan anaknya,nabi Ismail :)

mood : jealous habis tengok sahabat-sahabat lain yang dah sampai Kelantan,yang on the way.aku je yang masih di sini.grrrrr ><

Thursday, October 2, 2014

Tukar Casing

Assalamualaikum.
hye :*

Alangkah bahagianya kerana akhirnya dah beli casing baru untuk baby kesayangan.hehe
dan bahagia juga kerana akhirnya sampai jugak ke kolej.actually beli online,so ingatkan dah sesat sebab ni first time beralamatkan kolej dan agak lama la jugak nak sampai.dalam dua minggu sejak buat tempahan,rasanya muka aku selalu je ada kat pejabat kolej sebab bertanya khabar.haha.aku ni,kalau beli barang online,memang excited sikit.kalau kat rumah,x leh bunyi motor posmen,mesti pergi jenguk.ke korang pon sama? hehe :D
rupa-rupanya bila aku tanya si seller tu,dia kata dia lupa nak pos yang aku.lol.geram jugak lah tapi nak buat macam mana,its ok.biasalah tu terlepas pandang kalau ramai sangat order.hee..
dah lama usyar casing sebab yang lama rosak (padahal baru guna beberapa bulan)


tu lah yang rosak.sebab dulu handphone selalu duk ngan anak sedara.diorang main game sambil jari duk carik-carik softcase tu.huhu.


so,i bought this.
nampak sangat ke'perempuanan' disitu.floral.hehe.
actually nak buat custom made casing.ada lah yang berkenan design tapi bila tanya si penjual,katanya tak buat pulak untuk iPhone 5C.so,malas nak fikir-fikir baik beli yang ready made je.tak payah nak tunggu sampai 2 minggu.hmm.
anyway,ready made yang ni pon chantekk!
aku beli 2,yang satu lagi hardcase transparent.biasa-biasa je tapi cool.
haha :D

sape yang berkenan,boleh ke ig @premiercasing.
semua casing yang dijual di premiercasing adalah ready made.
yang nak cari custom made,usyar je dekat ig tu.banyak sangat!
average harga custommade RM30-45.
readymade murah sikit,depends atas design.average RM10-RM50.
happy shopping :p
bye!

SEOUL, Korea (Part III)

Assalamualaikum. Anneyonghaseyo! bersambung dari Part I dan Part II mulakan pagi dengan banana uyu. satu ni 1200 won, kalau sini arou...