Monday, November 10, 2014

Tokoh Falsafah Islam Abad Pertengahan : IBNU MISKAWAIH

Assalamualaikum.
Bismillah . Alhamdulillah :)

Menurut Aboebakar(1970:148),Ibnu Miskawaih merupakan salah seorang ahli falsafah islam yang mula-mula membicarakan tentang akhlak.Dasar pemikirannya adalah gabungan yang diambil dari Plato,Aristotle,Gallenius dan hukum-hukum agama.Beliau juga terkenal sebagai seorang penyair dan ahli fikir yang hebat.

Nama sebenar Ibnu Miskawaih ialah Abu Ali Ahmad bin Muhammad bin Ya'kub Bin Miskawaih.Beliau dilahirkan di salah sebuah kota yang terkenal di Parsi iaitu Ray,Tehran pada tahun 320H(932M) dan telah meninggal dunia pada 9 Safar 421H(16 Februari 1030M).Ibnu Miskawaih dikenali sebagai setiausaha dan pustakawan pada zaman pemerintahan wazir Al-Muhallabi(339H-352H/950M-963M) dan Sultan Iddudh Daulah(367H-372H) kerajaan Bani Buwaih(Umar 1972:325).Menurut Peter(2007:141),Ibnu Miskawaih juga merupakan seorang ahli sejarah dan ahli kimia.Nama gelaran beliau diambil dari datuknya yang beragama Majusi kemudian memeluk Islam(Aboebakar 1970:149).
Antara karya utama yang dihasilkan oleh Ibnu Miskawaih ialah Tahzibul Akhlak wa Ta'thirul A'rak dan Tartib As-Sa'adah yang berkaitan dengan kehidupan rohani,huraian akhlak dan tahap kebahagiaan(Peter 2007:141).Seterusnya Kitab Uns Al-Farid,Tujarib Al-Umam,Kitab Adawiyah Al-Mufridah,Kitab Fauzul Asghar dan sebuah kitab khusus mengenai kimia dan perubatan iaitu Kitab Tarkibul Bajat minal Ash'imah(Umar 1972:325-326).Kitab lain yang dinyatakan Fakhry(1991:107-108) ialah Hawamil wa Syawamil dan Jawidan Khirad tentang nasihat moral dan syair dari Parsi,India,Arab dan Rom.

Falsafah utama yang dibawa oleh Ibnu Miskawaih adalah tentang falsafah akhlak.Menurut De Boer(1970:129-130)akhlak terbahagi kepada tiga golongan.Golongan yang pertama ialah serseorang yang baik pada asalnya.Kedua,seseorang yang jahat pada asalnya dan ketiga ialah orang yang boleh berubah dari kebaikan kepada keburukan kerana faktor pendidikan dan pergaulan sosial.Menurut Leaman(1996:253),jiwa manusia wujud secara semula jadiserta bersifat kekal.Jiwa juga yang membezakan manusia dengan haiwan.Jiwa itu dapat menerima gambaran pelbagai perkara yang bertentangan pada satu masa seperti penerimaan warna hitam dan putih sedangkan jasad hanya boleh memilih salah satu daripadanya(Aboebakar 1970:152).Menurut Ibnu Miskawaih juga, jiwa manusia mempunyai tiga kekuatan yang berbeza-beza iaitu   An-Nafs al-bahimiyah (nafsu kebinatangan) yang buruk.  An-Nafs al-sabu’iah (nafsu binatang buas) yang sederhana.An-Nafs an-nathiqah (jiwa yang cerdas) yang baik. Manusia menjadi manusia yang sebenarnya jika memiliki jiwa yang cerdas. Dengan jiwa yang cerdas,manusia terangkat darjatnya setingkat malaikat(http://www.nuryandi.com/2012/07/tokoh-filsafat-islam.html 3 Oktober 2014).

Seterusnya,menurut Fakhry(1991:108-112),pembahagian struktur roh diambil dari pemikiran Plato iaitu roh mempunyai daya rasional,daya kemarahan dan daya nafsu syahwat.Apabila ketiga-tiga elemen ini digabungkan dengan baik,makan akan muncullah sifat keamanan dan keadilan.Antara falsafah lain ialah tentang ketuhanan.Ibnu Miskawaih menyatakan bahawa tuhan merupakan pencipta alam yang wujud secara zat iaitu jelas.Pencipta juga bersifat esa,azali dan tidak berbentuk jisim(Aboebakar 1970:148).

Kesimpulannya,falsafah akhlak yang dititikberatkan oleh Ibnu Miskawaih sangat berguna sebagai rujukan dan teladan buat masa kini.Dasar pemikiran beliau juga meluas dan bukan tertumpu kepada falsafah akhlak semata-mata.Adapun dasar pemikiran akhlak di ambil dari pelbagai aliran,Ibnu Miskawaih tetap dengan pendiriannya tentang wujudnya pencipta.

Rujukan :
Aboebakar,Atjeh.1970.Sedjarah Filsafat Islam.Semarang:Ramadhani.
Ahmad Sunawari Long.2008.Sejarah Falsafah.Penerbit UKM.Malaysia:Kuala Lumpur.
De Boer,T.J.1970.The History of Philosophy in Islam.London:Luzac&Company LTD.
Fakhry,Majid.1991.Ethical Theories in Islam.Netherlands:Leiden.
Oliver&Hossein.1996.History of Islamic Philosophy.Routledge.London:New York.
Leaman,O.1999.A Brief Introduction to Islamic Philosophy.USA:Blackwell Publisher Inc.
Peter,S.G.2007.Islamic Philosophy A-Z.t.p.t.Edinburgh University Press Ltd.
Umar,Farrukh.1972.Tarikh Al-Fikr Al-Arabi.t.p.t.Dar Al-Ilmu lil Ma'ayin.

3 comments:

  1. great piece of sharing. seronok baca tokoh islam

    ReplyDelete
  2. sentiasa brsyukur krn dilahirkn sbg mnusia..jadi sekarang ni kena ada akhlak yg baik :)

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen disini.
kalau ada masa,sudi-sudilah komen lagi :)

SEOUL, Korea (Part III)

Assalamualaikum. Anneyonghaseyo! bersambung dari Part I dan Part II mulakan pagi dengan banana uyu. satu ni 1200 won, kalau sini arou...