Friday, February 27, 2015

Restoran Wong Songo

Assalamualaikum.
hye ^_^

tengahari tadi pergi lunch kat Restoran Wong Solo, Bandar Baru Bangi.
ini kali kedua ke situ selepas dibawa oleh mak sedara masa sem lepas :)
dua kali pusing jugak la sebab lupa lokasi restoran.haha.
so,senang cerita,restoran ni belakang Gulatis Textile,berdekatan dengan Butik Siti Khadijah :D

nasi ayam bakar

Restoran Wong Solo berkonsepkan Indonesia gittew. Last time pergi,makan nasi ayam penyet tapi rasanya macam biasa saja. so,harini cuba ayam bakar.ok sedapppp! tambah pulak lauk sambal udang petai. berselera dennn makan..hakhak >,<

and macam biasa,akan order Jus Alpukat. korang pernah rasa tak? Best taww! First time rasa dulu time holiday kat Bandung. memang bestttt. Bolehlah korang nak cuba ye! and lupa nak ambil gambar. hehehe :D

sesiap yang area Bangi ada cadangan restoran yang best-best area sini? share la ye!
:D

Thursday, February 26, 2015

Things we can't buy.

Assalamualaikum.
hye ^_^

sumber google.

Yeah.Bukan semua benda kita boleh beli dengan duit di hypermarket,mall.Sebab tu lahh orang kata ; "ada duit berkepuk,kalau tak bahagia,tak best jugak hidup"

So,please appreaciate them ;
1- love
2- Friends
3- Time
4-Happiness
5- Dreams
6- A wish come true

Masa tidak boleh dibeli.dekat kedai pun takde jual.

" Demi Masa,Sungguh,manusia berada dalam kerugian.Kecuali orang-orang yanag berimandan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran " al-Asr : 1-3

:)

Wednesday, February 25, 2015

Thanks Allah :)

Assalamualaikum.
hye ^_^

sumber google

Thanks to Him for..
every little things,every single person who come in my life,make me today.
He create and plans for my best future.
Alhamdulillah :)


Mini GA by Nina + Anies

Assalamualaikum.
hye ^_^



kbye! nak pi kelas dah :D

Tuesday, February 24, 2015

Tips menghadapi Musim Panas di Malaysia

Assalamualaikum.
hye ^_^

korang terasa panasnya sekarang kan?
menurut sumber,
 fenomena ini berlaku 2 kali setahun iaitu setiap bulan Mac dan September, yang mana pada saat tersebut, matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa dengan kata lain tegak di atas kepala dengan suhu paling panas terutamanya negeri di semenanjung

credit pic from instagram osra_boutique

Tips untuk kekal sihat di musim panas:
1. Banyakkan minum air suam/putih tanpa mengira tahap aktiviti kita.
2. Minum minuman isotonik untuk menggantikan garam yang hilang akibat berpeluh.
3. Lebihkan masa berada di dalam rumah dan hadkan aktiviti luar.
4. Pakai topi atau payung untuk mengelak pancaran haba terus ke badan kita.
5. Buka kipas atau penghawa dingin untuk menyejukkan badan.
6. pakai pakaian yang ringan,berwarna terang dan longgar.
7. Tidak duduk di dalam kenderaan yang tertutup tanpa pendingin udara.
8. Pakai losyen.
9. Kurangkan minum minuman berkafein,alkohol dan bergula.

p/s : jangan malu nak guna payung ke kelas.
 Dan jangan lupa pakai lip balm kalau terasa bibir kering!
:)




True Beauty.

Assalamualaikum.
hye ^_^

sumber : google

Beauty come from the heart.
make your heart shine with imaan.
:)

first giveaway Mawar Putih

Assalamualaikum.
hye^_^


Monday, February 23, 2015

Vintage Book Marker Giveaway by Sally Samsaiman

Salam Buku!

Eh, ada ke Salam Buku..? Vintage Book Marker Giveaway by Sally Samsaiman ni Sally adakan sempena dengan kehadiran entri Vintage Book Marker yang Sally pernah tulis beberapa minggu yang lepas dan sebagai pendorong supaya anda semua rajin membaca macam Sally (ihikkss), Sally nak bagi Vintage Book Marker ni kepada mereka yang bertuah.

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2015/02/vintage-book-marker-giveaway-by-sally.html


Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, dan Like Fanpage Sally & Fanpage The Sister's Closet
  2. Buat satu entry bertajuk Vintage Book Marker Giveaway by Sally Samsaiman.
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
  5. Sally akan gunakan khidmat Tangan Ajaib Sally (manual) untuk pilih 6 orang blogger (3 Vintage Book Mark + 3 Regular Book Mark)...
  6. Segmen ini akan berlangsung dari 23rd February - 28th February 2015 (11.59 pm waktu Malaysia) 
(Jika anda tiada mana-mana medium sosial media diatas, anda masih lagi boleh menyertainya)

Vintage Book Mark
Regular Book Mark

Segmen 12 Jam Bloglist #13 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Februari 2015, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #13 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 28 Februari 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

you decide.

Assalamualaikum.
hye ^_^


you wanna be happy or sad?
you choose.
but i'm sure nobody wanna be sad in their whole life.
so,create something that can make you smile,laugh and happy always.

i choose..
:)

Sunday, February 22, 2015

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015




Assalamualaikum dan salam sejahtera

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 bermula pada  jam 12.30 tengah hari 22 Februari 2015 sehingga 12.30 tengah malam 15 Mac 2015. Menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi oleh para peserta. 

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.


Syarat - syaratnya : 
1. Wajib Follow Blog Sponsor
DiariJejakaHangat |  Suhailah | Syafiqah | Fadzi | Wanrus | Solehah | Nazirah | Fara | Zuhaira | Isra | Kathy | Rbain
2. Wajib Like Fanpage Sponsor

 3. Wajib Follow Instagram Sponsor
DiariJejakaHangat | Suhailah | Wanrus
4. Tambah Google Plus Sponsor
+Mohamad Khairil 
5. Buat entri bertajuk Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015
6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. 
 Contoh Cara Nak Paste Coding Entri :


Kredit utk Mialiana

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
20 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 16 Mac 2015.
 Good Luck!!

p/s : saya salah seorang sponsor :)
lets support bloggers! 

Saturday, February 21, 2015

Sepanjang Cuti Sem Satu

Assalamualaikum.
hye!

throwback cuti haritu haa..tak puas laa cuti sebulan! kihkih :D
biar gambar berbicara lalala~

my Thursdate with BFF -- SINI

my donut beserta resepi -- SINI

 my baked macaroni super delicious.hehe -- SINI
" ku temui keseronokan dalam memasak" - me ^^

 date again with BFF :)
i'm wearing Zaraa Instant Shawl from CalaQisya..
i loike,senang and best!

date again but with my another BFF,
your happiness is my happiness ^_^

bercucuk tanam tolong ayah tanam tembikai..

antara pokok yang ditanam oleh daku..betul-betul berkhasiat cukup zat..hehe
tapi sayang tak sempat nak merasa hasil sebab aku dah balik kolej. haha ><

sem dua akan bermula hari isnin ni.moga diri ini makin rajin dan istiqamah untuk menuntut ilmu.
buat sahabat-sahabat yang akan meneruskan sesi pembelajaran sem dua, study smart!
serta awak juga ~
tiada expired date dalam menuntut ilmu.
selamat meneruskan perjuangan para ulama' walau dimana pun kita berada.
:)



12 Tips Hafal Al-Quran.

Assalamualaikum.
hye ^_^

kali ni nak share tips menghafal al-Quran. ramai yang bertanyakan tips especially sepupu sepapat,maksedara,juniors and kawan-kawan macam mana nak menghafal al-Quran tapi aku tak pandai nak hurai.apa yang penting,niat kerana Allah. dan aku akan cakap,nak hafal al-Quran tu mudah,nak jaga dan istiqamah untuk murajaah (mengulang) itu yang sukar.kena pandai handle nafsu.huhu

ehsan Mr. Google

12 Tips Hafal al-Quran:
1. Niat untuk menghafaz ayat-ayat al Quran itu kerana Allah.
2. Menggunakan naskhah al Quran yang sama setiap kali membaca, menghafaz, dan membuat rujukan (semakan bacaan)
3. Ayat atau surah yang hendak di hafal hendaklah di lancarkan bacaanya terlebih dahulu.
4. Bacaan hendaklah diulang-ulang sehingga betul-betul lancar. pastikan tidak mula menghafaz ayat sebelum bacaan betul-betul lancar .
5. Mulakan hafalan dari ayat ke ayat. pastikan hafazan mengikut langkah. hafaz dahulu ayat yang pertama sehingga lancar barulah berpindah ke ayat yang kedua. kemudian hafaz ayat ke kedua , ulang balik dari ayat yang pertama. kemudian baru masuk ayat yang seterusnya.
6. Pastikan ada kawan atau ustaz yang dipercayai ilmu tajwidnya dan baik bacaannya untuk anda tasmi’
7. Amalkan membaca ayat-ayat yang telah anda hafaz dalam solat-solat yang anda lakukan
8. Amalkan membaca ayat-ayat Quran yang telah anda hafaz di mana-mana sahaja sebagai zikir atau nyanyian hati atau mulut. contohnya, ketika menunggang motosikal
9. Amalkan memakan manisan seperti kurma atau madu bagi tujuan menguatkan daya ingatan.
10. Jauhi amalan maksiat. jaga bicara lidah, jaga kewajipan dan adab sebagai muslim.
11. Tanamkan semangat yang kuat untuk menghafaz bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.
12. Banyakkan memohon doa kepada ALLAH supaya di permudahkan hati dan minda untuk menerima al Quran.

Ini antara tips yang dikongsikan dari seorang ustaz.
moga bermanfaat :)

kasutkaca15 GA: chiffon shawl

Assalamualaikum.
hye ^_^


I AM COOL,HAPPY GO LUCKY AND LOYALTY :)

Saya Nak Blogwalking,tinggalkan link anda? :D

Assalamualaikum.
hye ^_^

perkampungan dah habis semalam..
sem 2 start hari isnin ni,so ada masa sabtu dan ahad untuk blogwalking :D 

ehsan dari mr. google

Sesiapa yang sudi untuk saya ke blog anda,dialu-alukan untuk tinggalkan link.
have a nice day!
:)




Friday, February 20, 2015

Tak Pernah Menyesal dengan Pilihan Ini..

Assalamualaikum.
hye! ^_^

satu pilihan yang aku tak pernah menyesal sampai sekarang..

Pertandingan Peringkat Massak 2012

menjadi salah seorang ahli Briged Bakti di sekolah tahun 2012 iaitu tahun SPM.
sebelum 2012,setiap tahun memang akan turun ke sesi pemilihan ahli baru tapi disebabkan mudah putus asa + malas,terus berhenti separuh jalan..hehe
2012 pun,hampir berhenti dari sesi pemilihan sebab penat.terkejar-kejar dengan extra class lagi tapi sokongan kawan-kawan aku memang power ahhh..diorang pujuk suruh bertahan kejap je,tak ganggu pun pembelajaran kalau join Briged,bahkan boleh ajardiri kita susun jadual yang padat gittew..
Alhamdulillah,termakan pujukan tu and terpilih sebagai ahli Briged MTSTM tahun 2012.. *akhirnya selepas bertahun-tahun melayan kemalasan nak kawad.hehe*
ada  satu hari,aku ingat lagi Huda datang pujuk aku untuk join Kem Perdana sebab aku taknak pergi atas alasan trial SPM nak dekat time tu *kononnya nak study..hahaha :D*
oh btw,sebelum tahun 2012,Briged Bakti MTSTM Juara bertahan dua tahun berturut-turut peringkat Massak.. hebat kan? kahkah >,<
cuma tahun 2012 takde rezeki nak menang tapi aku tetap bangga dengan team ohsemmmm ni..serius tak tipu..waaa rindu bangetttt..
walaupun setahun je join Briged,macam-macam aku dapat..diorang memang treat very well. *thumbs up*
ini salah satu keputusan dan pilihan yang aku tak menyesal langsung sampai sekarang..
i love Briged ;)

p/s: throwback kawad Briged dulu sebab sekarang tengah berlatih kawad kaki untuk BSMM Detachment 88B. wish me luck and stay strong! fighting!
:)

Wednesday, February 18, 2015

Truth and Lie

Assalamualaikum..
hye!


penipuan jika berterusan lagi parah.
berkatalah benar walaupun kenyataan itu pahit.

^^

Monday, February 16, 2015

Giveaway 7 HARI by Syira Lokman

Assalamualaikum.
hye!


meh support giveaway syira..sempat lagi ni! :)
tamat : 16 feb (8malam)

Thursday, February 12, 2015

MR. D.I.Y di KB

Assalamualaikum.
hye! ^_^

Mr. D.I.Y menjual pelbagai jenis barangan dari yang kiut,comel untuk baby,kanak-kanak,mak-mak,kakak-kakak,bapak-bapak.
dari aksesori dalam bilik,kelengkapan dapur,aksesori kereta dan lain-lain. 

MR. D.I.Y di Kota Bharu baru je bukak tak sure bila tapi aku perasan 3 minggu lepas laaa..dekat Jalan Sultan Yahya Petra,opposite dengan Al-Rajhi Bank..best sangat masuk cuci mata,kalau ikutkan hati mahu je amik banyak barang sebab murah.hoho ><


aku beli dua barang je. toothbrush bag yang dah lama aku cari,semalam baru jumpa. and baby sock untuk anak sedara yang akan datang.baikkan cik su awak? hewhew :3

kalau ada masa,akan ku pergi lagi ^_^
hok duk klate tu bolehlah jenguk-jenguk sini !


Wednesday, February 4, 2015

Harry Potter Marathon

Assalamualaikum.
hye hye!


aku baru je habis marathon Harry Potter..penat gak rupanya marathon ni.
hakikatnya, tak seberapa marathon sebab biasanya kalau orang marathon ni laju je tengok movie sampai tak tidur malam,tak makan layan cerita tapi itu bukan gaya aku.
aku satu CD sehari je. ada 7 CD, means seminggu la marathon nyeee. hehehe.
nak layan cerita malam memang takk la sebab pukul 9-10 dah start mengantuk, bukak movie terus tidur -__-
ape pon, dah tengok semua!
dari Harry kecikk sampai dewasa hensemm hewhew :3

GIVEAWAY BY EKINRAZALLI WORTH RM500 TO WIN!

Assalamualaikum..
hye! 


 tamat : 28 Feb 2015 :)

Monday, February 2, 2015

Resepi Makaroni Bakar.

Assalamualaikum.
hye!

dari tahun lepas mengidam nak buat makaroni bakar. kalau beli mahal + tak.berapa.nak.sedap. makan tak puas sebab kecik. bangun tidur pagi tadi teruss rasa nak buat. maka, pergilah daku ke kedai membeli bahan-bahan.hehe :D 

Bahan-bahan :

~ 200g makaroni, direbus hingga lembut, toskan dan gaul dengan sedikit minyak.
~ 250g daging cincang
~ 1 cili merah,hijau
~ 50g cendawan butang
~ 1 ulas bawang merah
~ 2 ulas bawang putih
~ 2 sudu besar rempah kari
~ keju parut

kastard
~ 5 biji telur gred A
~ 200ml susu cair
~ 2 sudu besar tepung gandum
~ 1 sudu besar garam
~ 1 sudu besar gula

Cara-cara :


1. Satukan makaroni,cendawan dan cili.
2. Tumiskan bawang merah,bawang putih dan serbuk kari sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging cincang dan gaul sehingga masak.
3. Masukkan makaroni dan bahan-bahan yang disatukan tadi, gaul rata.
*ketepikan dahulu*
4. Dalam bekas lain, satukan kesemua bahan kastard dan kacau menggunakan wisk.
5. Sapu loyang dengan butter. Masukkan makaroni ke dalam loyang dan tuangkan kastard. Tabur cheese sebanyak yang korang suka. Bakar pada suhu 180C selama 20minit atau sehingga masak. Tadi ai bakar 20min (api bawah) dan tambah 10minit(api atas bawah) 
6. Rupa makaroni bakar selepas dipotong <3

Makan bersama sos dan mayonis.
yummmmmmmmyyyyy~
cook with love. selamat mencuba ^_^


sedikit olahan resepi dari blogger kak Azlita masam manis 
kalau cari resepi,memang banyak tengok blog kak Ita. macam-macam resepi ada. thanks akak :)

SEOUL, Korea (Part III)

Assalamualaikum. Anneyonghaseyo! bersambung dari Part I dan Part II mulakan pagi dengan banana uyu. satu ni 1200 won, kalau sini arou...