12 Tips Hafal Al-Quran.

by - February 21, 2015

Assalamualaikum.
hye ^_^

kali ni nak share tips menghafal al-Quran. ramai yang bertanyakan tips especially sepupu sepapat,maksedara,juniors and kawan-kawan macam mana nak menghafal al-Quran tapi aku tak pandai nak hurai.apa yang penting,niat kerana Allah. dan aku akan cakap,nak hafal al-Quran tu mudah,nak jaga dan istiqamah untuk murajaah (mengulang) itu yang sukar.kena pandai handle nafsu.huhu

ehsan Mr. Google

12 Tips Hafal al-Quran:
1. Niat untuk menghafaz ayat-ayat al Quran itu kerana Allah.
2. Menggunakan naskhah al Quran yang sama setiap kali membaca, menghafaz, dan membuat rujukan (semakan bacaan)
3. Ayat atau surah yang hendak di hafal hendaklah di lancarkan bacaanya terlebih dahulu.
4. Bacaan hendaklah diulang-ulang sehingga betul-betul lancar. pastikan tidak mula menghafaz ayat sebelum bacaan betul-betul lancar .
5. Mulakan hafalan dari ayat ke ayat. pastikan hafazan mengikut langkah. hafaz dahulu ayat yang pertama sehingga lancar barulah berpindah ke ayat yang kedua. kemudian hafaz ayat ke kedua , ulang balik dari ayat yang pertama. kemudian baru masuk ayat yang seterusnya.
6. Pastikan ada kawan atau ustaz yang dipercayai ilmu tajwidnya dan baik bacaannya untuk anda tasmi’
7. Amalkan membaca ayat-ayat yang telah anda hafaz dalam solat-solat yang anda lakukan
8. Amalkan membaca ayat-ayat Quran yang telah anda hafaz di mana-mana sahaja sebagai zikir atau nyanyian hati atau mulut. contohnya, ketika menunggang motosikal
9. Amalkan memakan manisan seperti kurma atau madu bagi tujuan menguatkan daya ingatan.
10. Jauhi amalan maksiat. jaga bicara lidah, jaga kewajipan dan adab sebagai muslim.
11. Tanamkan semangat yang kuat untuk menghafaz bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.
12. Banyakkan memohon doa kepada ALLAH supaya di permudahkan hati dan minda untuk menerima al Quran.

Ini antara tips yang dikongsikan dari seorang ustaz.
moga bermanfaat :)

You May Also Like

0 comments

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik :)