Resepi Makaroni Bakar.

by - February 02, 2015

Assalamualaikum.
hye!

dari tahun lepas mengidam nak buat makaroni bakar. kalau beli mahal + tak.berapa.nak.sedap. makan tak puas sebab kecik. bangun tidur pagi tadi teruss rasa nak buat. maka, pergilah daku ke kedai membeli bahan-bahan.hehe :D 

Bahan-bahan :

~ 200g makaroni, direbus hingga lembut, toskan dan gaul dengan sedikit minyak.
~ 250g daging cincang
~ 1 cili merah,hijau
~ 50g cendawan butang
~ 1 ulas bawang merah
~ 2 ulas bawang putih
~ 2 sudu besar rempah kari
~ keju parut

kastard
~ 5 biji telur gred A
~ 200ml susu cair
~ 2 sudu besar tepung gandum
~ 1 sudu besar garam
~ 1 sudu besar gula

Cara-cara :


1. Satukan makaroni,cendawan dan cili.
2. Tumiskan bawang merah,bawang putih dan serbuk kari sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging cincang dan gaul sehingga masak.
3. Masukkan makaroni dan bahan-bahan yang disatukan tadi, gaul rata.
*ketepikan dahulu*
4. Dalam bekas lain, satukan kesemua bahan kastard dan kacau menggunakan wisk.
5. Sapu loyang dengan butter. Masukkan makaroni ke dalam loyang dan tuangkan kastard. Tabur cheese sebanyak yang korang suka. Bakar pada suhu 180C selama 20minit atau sehingga masak. Tadi ai bakar 20min (api bawah) dan tambah 10minit(api atas bawah) 
6. Rupa makaroni bakar selepas dipotong <3

Makan bersama sos dan mayonis.
yummmmmmmmyyyyy~
cook with love. selamat mencuba ^_^


sedikit olahan resepi dari blogger kak Azlita masam manis 
kalau cari resepi,memang banyak tengok blog kak Ita. macam-macam resepi ada. thanks akak :)

You May Also Like

1 comments

  1. Sedapnya...buat sendiri baru la puas makan kan...:)

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik :)