Sunday, March 29, 2015

AGM BSMMCUKM ke-28

Assalamualaikum.
hye ^_^


 Alhamdulillah,
hari ni dah selesai Annual Grand Meeting BSMM Cabang UKM (AGM BSMMCUKM),
Next two weeks inshaAllah AGM BSMM kolej Aminuddin Baki (Det 88B).


dan aku diberi kepercayaan untuk memegang jawatan komandan BSMM Det 88B bagi sesi 2015/16 walaupun masih ada sahabat lain yang lebih layak memegang jawatan ini..
i know,its not easy sebab abg. Yusuf (bekas komandan) yang cakap,jawatan ni banyak kerja sikit. doakan taww :)
Tahniah dan Takziah untuk diri sendiri serta abg. Yusuf yang telah dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Penjaga I (OCLAT) untuk sesi yang akan datang.. dan semua AJKyang baru! buat kerja kasi ikhlas.
thanks bekas komandan yang banyak bagi nasihat dan tunjuk ajar kepada kami petang tadi :D

p/s : i'm waiting for organisasi baru Det 88B. Moh ler kita bekerjasama tanpa mengira pangkat!

^___^

Friday, March 27, 2015

Blog Batch

Assalamualaikum.
hye, salam Jumaat everyone ^_^

memperkenalkan sebuah laman web..



blog 5th batch of MTS telah diperbaharui dari yang lama berkulat bersarang bagai tuu..hehe..jemput baca,inshaAllah bermanfaat :)

Wednesday, March 25, 2015

di manakah air ?

Assalamualaikum.
hye ^_^


aku ditakdirkan oleh Allah,dari sekolah menengah sampai masuk universiti..
mencari air di mana-mana..kalau dulu,dekat MTS,tiada air satu perkara biasa,bangun pukul 4-5pagi pergi mandi dekat kawasan sekolah sebab asrama takde air,dengan muka baru bangun tido,pakai jubah,kejut kawan-kawan yang lain untuk berjemaah mencari air,kaki melangkah longlai..tapi kalau dah tak tahan nak basuh baju pun tak boleh,balik rumah lah jawapannya..redha,aku dah biasa,kami dah lali..ok throwback sangat hahaha :p

and now, UKM pulak takde air.ottokae? entah dah masuk berapa hari tapi aku rasa seminggu dan lebih. jenuh macam ni hoho. siap ditubuhkan page ini lagi:




ape pun,aku berharap krisis ketiadaan air ini cepat diselesaikan..
aku tidaklah mengeluh,Allah sebenarnya nak uji setiap insan.Allah nak uji mahasiswa/i,Allah nak uji pihak-pihak atasan dan lain-lain..DIA nak tahu macam mana kita semua nak menangani ujian-Nya..
Allah juga nak menguji aku.mungkin melihat dari tahap kesabaran dan tahap kebersihan ? heee :D

mudah-mudahan ada air lah nanti..
takde lah tangan jadi tough sangat duk angkat baldi ><

Sunday, March 22, 2015

I wish Google can do this..

Assalamualaikum..
hye ^_^
happy weekend uols!

credit : google

nombor 3 dikecualikan.mana boleh main loteri hoi ><
i wish mr.google can give me the answers but...
hmm, ape pun kena usaha kuat dan sentiasa berdoa kepada Allah.
:')

Thursday, March 19, 2015

AYAH, sanah helwah :)

Assalamualaikum.
hye ^_^

Dia yang aku kenal,sangat tegas orangnya..
waktu kecil dulu,entah berapa ratus kali dimarahi..
sejak aku meningkat dewasa,tegasnya tetap ada tapi kian berkurang..
mungkin dia tahu,anaknya sudah pandai menilai kehidupan ini..
ye,anaknya sudah pandai..

throwback Mecca 2011

Terima kasih ayah untuk ketegasan dulu..
yang membina aku hari ini..
Semoga Allah merahmati dan melindungi ayah..
dan semoga sentiasa sihat wal 'afiat..
Sanah Helwah,Happy Birthday,Selamat Hari Jadi..
AYAH :)

saya sayang ayah saya!

Wednesday, March 18, 2015

Updated to iOS 8.2

Assalamualaikum.
hye ^_^

ceritanya,bangun pagi tadi terus rasa macam nak update iOS jeee..dari last year duk guna iOS 7,teringin pulak nak bertukar ke iOS 8, biarpun orang lain dah lama bertukar.sobsob kesian diri ini.haha :p


haaaa itu dia salah satu pembaharuannya, bila multitasking,akan ada recents contacts at the top.
siappp ada app Tips lagi untuk di'explore'..
ada app Health tentang blood type,calories and etc..
ayuh explore bersama!
haha :D

Tuesday, March 17, 2015

Dakwah Orang Asli III

Assalamualaikum.
hye semua ^_^

Alhamdulillah,syukur sangat-sangat bila hati ini digerak dan digoncang untuk menyertai satu program,Dakwah Orang Asli III (DOA III) di bawah anjuran Jabatan Usuluddin dan Falsafah UKM dengan kerjasama ABIM.
DOA III bertempat di Kg. Limau,Gua Musang,Kelantan pada 13-15 Mac :)
Alhamdulillah,program berjalan dengan lancar.
aku dapat amek yang muda,beza setahun sajaa hehe tapi still panggil amek.
(amek : emak)
mulanya agak kekok sebab tak biasa kann tapi nasib baik satu rumah aku tu ada 3 family amek,jadi adik-beradik angkat pun dah 9 orang. kuranglah sedikit kejanggalan disitu bila ada seniors yang back up :D


ini rumah amek dan apak.
diorang siap ada astro pelbagai chanel lagi,kalah rumah aku yang ada chanel basic je.hehe


3 amek,3 apak (1 apak takde dalam gambar)
baber tak cukup 2 orang,tolong ambil gambar kot..
(apak : bapa) (baber : abg/lelaki)
*psssttt tak tahu betul ke tak ejaan baber tu ><



making of lemang ubi kayu + kacang tanah.
first time makan dan buat ni :)




with Jiah masak lemang :)


sungai kira macam sumber utama jugak lah.dekat rumah,diorang takde paip.
cuci pinggan,mandi,basuh baju,angkut air untuk memasak semua dekat sini.
muhasabah sekejap.gunakan air paip sebaiknya.
belajar menghargai air.huhu


pagi yang nyaman,udara sejuk.
bercakap keluar asap wehh. mohon percaya please!
saksi : Jiah. haha. tak perlu ke Cameron Highland,Korea,hanya perlu ke Gua Musang :p


sukaneka. aku pergi jenguk kejap je sebab tengah buat lemang time tu. ewahhh :p



ajar adik-adik baca Iqra'.
semoga adik-adik tak jemu untuk terus belajar :)


sedang tekun aku mendengar senior duk tazkirah kat depan..
datang seorang perempuan yang tak pernah aku jumpa dan kenal,bertegur sapa dan berbual panjang..
korek-korek rahsia sikit :p
Nuha,19 tahun seorang yang sangat peramah.bila peramah jumpa peramah,bercakap tak henti la jawabnya,haha.
serta merta dapat adik angkat dari family lain.Nuha kata tu first time dia tahu pasal DOA,DOA sebelum ni dia tak pernah tahu pun..mungkin sebab rumah Nuha lagi pedalaman kot,tak sampai maklumat.hmm Nuha ajak suh buat program lagi. kalau ada rezeki kita jumpa lagi ye Nuha. Setakat ni mesej je dengan dia.Thanks Faizah untuk kenangan atas tu. Nuha dan Faizah sepupu,sama-sama mulut banyak :)


satu pagi yang indah~
umur dah banyak tapi so kanak-kanak. haha :p


mereka yang satu rumah.
kak Tinah,Jiah dan kak Nisa'.


sekali sekala baber ambil alih cuci pinggan bagus jugak >,<


peserta first year DOA III.
terima kasih amek-amek buatkan bunga comels untuk kami semua.
yek suka sangat walaupun bunga tu dah kering sekarang :D
( yek : saya )


apa yang aku belajar..
bukan mudah untuk mengajak mereka mengenal Tuhan Yang Maha Esa..
mungkin dalam kelas Metodologi Dakwah atau ape-ape kursus berkaitan dakwah kita boleh score dengan baik sebab teori..tapi secara praktikal ?
aku masih tak puas hati dengan diri aku sendiri,terasa gagal untuk membawa mereka.
mungkin pertama kali ? entah. tapi aku harap aku diberi peluang lagi.
peluang yang akan aku guna sebaiknya. biiznillah :)

korang,cubalah dekati masyarakat.selami jiwa mereka.pasti jiwa halus mereka ada juga terdetik walaupun sedikit untuk mengenal erti cinta kepada Allah, Tuhan Sekalian Alam.

Amek-amek,Apak-apak terima kasih atas layanan baik.
korang sangat baik. ada jodoh,ada rezeki inshaAllah jumpa lagi :)

Ya Allah,kau limpahkanlah taufiq dan hidayah kepada seluruh masyarakat asli di Kg. Limau Gua Musang dan Kau thabatkan kami di jalan dakwah ini.
Ameen~

kamus kecil asli-melayu :
1. amek - emak
2. apak - bapa
3. baber - abang
4. sayed - adik
5. madoh - mari
6. cak - makan
7. ong - minum
8. iwek - bawa
9. chenglet - merah
10. mekmak - pulang
11. amis - kecil
12. ayak - nenek
13. oje - naik

ini sahaja yang ku ingat :D


Wednesday, March 11, 2015

Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih

As-Salam
[Sila Klik Banner Diatas If Nak Join]

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang
Hadiah Misteri Exclusively by Azanis x 3 Pemenang

Mula : 10 Mac 2015 | Tamat :24 Mac 2015



PPC 2015 #2

Assalamualaikum..
hye ^_^
sambungan dari SINI :)
ini kisah hari kedua PPC,bahagian kawad kaki dan Community Base tapiiii gambar kawad kaki takde punnnn :'(
sebab diorang rakam video,huhuhu T_T




semua peserta PPC 2015
menang atau kalah tak penting.yang penting adalah semangat dan pengalaman.
pengalaman yang cukup best. at least,aku tahu cara rawatan awal kepada pesakit.hikhik :'D

Monday, March 9, 2015

PPC 2015 #1

Assalamualaikum.
hye ^_^

beberapa hari tak menjenguk blog sebab sibuk.hewhew..baru habis Pertandingan Pertolongan Cemas (PPC)   Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) peringkat UKM..PPC merupakan acara tahunan bagi BSMM Cabang UKM..Tahun ni berlangsung selama 2 hari, 7&8 Mac :)

Alhamdulillah,hilang penat serta lega selepas 3 minggu latihan,tidur lambat setiap malam.yipppieeee hooraayyyyy!! ><

layan gambar je lah ye :D


Detachment 88B : SKIN and LUNG.

team SKIN with pengurus Ucop :p

mock case.

balutan.

balutan

mock case team LUNG.


mock case team SKIN. spot my face please :p



itu saje untuk hari pertama. bahagian Balutan,Mock Case and Kuiz Bee. more photos, like this page BSMM Cabang UKM :D
Thank you my team and our pengurus serta ajk-ajk nyaaa.sorry kalau ada salah silap tawww!

p/s : gambar hari kedua mereka tak upload lagi.more update soon about Kawad Kaki dan Community Base :)
see yaaaa~

Thursday, March 5, 2015

FIRST GIVEAWAY BY MAMA3FARHANAH

Assalamualaikum..
hye ^_^


Giveaway ini akan berlangsung dari 5 Mac - 25 Mac 2015 (11.59 pm waktu Malaysia)

:: Senarai Hadiah ::gi
Shawl × 3 pemenang
Purse comel × 2 pemenang
Frame gambar × 2 pemenang
Note book + pensel × 3 pemenang
Keychain × 3 pemenang
Fridge Magnet × 3 pemenang
Sheseido Mask (3) × 2 pemenang
Top up RM5 × 2 pemenang

AiAsia Promo 20% OFF

Assalamualaikum.
hye ^_^


AirAsia Promo 20% off All seats All flights.
Book now till 8March :)

p/s : bolehlah nak usyar-usyar tiket balik kampung :D

Tuesday, March 3, 2015

First time dapat assignment macam ni..

Assalamualaikum.
hye ^_^

masuk kelas tutorial Akhlak dan Tasawuf pagi tadi,ustazah Nozira Salleh cakap dia nak buat pembaharuan dalam pembikinan assignment..so,ai did not expected this type of assignment..



first time ai dapat assignment cenggini,lain dari yang lain..
amalan-amalan yang perlu dilakukan sehari-hari :D
setiap minggu akan dikutip kertas ni dan akan ditambah amalan-amalan yang lain..
ini lebih kepada kejujuran dan amanah,nampak senang tapi ini urusan kejujuran kita dengan Allah.
so,assignment kursus ni akan berjalan sampai akhir sem.
minggu last sem nanti,kami akan present apa yang kami dapat dari assignment ni.
markah present 10%,markah assignment 25%.
phewwwww seems so easy but quite hard.
semoga ini akan menjadi amalan bukan semata-mata untuk markah assignment je.
inshaAllah kami dapat pahala,ustazah pun dapat pahala.
terima kasih ustazah.
:)

nampak mudah tapi quite hard.


Monday, March 2, 2015

Travel, my dream.

Assalamualaikum.
hye ^_^


okey ini semua kes tengah cari article untuk kelas Academic Communication.
teacher nak kami cari article tentang kegemaran,kesukaan kami.
and yes, i choose travel.
weheeee :D

Sunday, March 1, 2015

#OOTD di KLCC

Assalamualaikum.
hye ^_^


"wear something that will make you feel confident and just walking"
My fav dress all time..
Malika Jubah from @calaqisya


"Bestfriend is someone that always spend every hard and ease time with us."
Thanks my bestfriends :)
 *'s' for my other two bestfriends*
 Naurah Hijab (grey+pink) from @anshy_hijabs
psttttt~ anshy_hijabs tu classmate saya punya.hehe.do visit her Instagram :)
*
*
*
*
sebenarnya ke KLCC bukan untuk makan angin sajoo..



kami pergi meeting di Masjid As-Syakirin untuk program Mega akan datang,inshaAllah.
doakan program yang dirancang ini berjalan dengan baik dan lancar ye!
Thanks uols yang datang, and sorry for late.hehe.
:)

Aiskrim Besen :D

Assalamualaikum.
hye ^_^

Macam-macam jenis aiskrim ada yeww sekarang ni..trending betol,aiskrim pasu,aiskrim kelapa,aiskrim besen,nanti esok lusa aiskrim ape pulak ? hehe..
bagus! inilah dinamakan usahawan sebab telah menginovasikan jenis aiskrim yang sedia ada..
walaupun aiskrim telah divariasikan,hanya semalam aku sempat makan aiskrim besen ni,aiskrim lain tak pernah makan lagi :D


bukan besen besar gedabak yang buat cuci sayur ke ape ..kecik ni je dah RM3 tapi aku rasa ok je sebab banyak dia letak bahan-bahan spt cornflakes,marshmallow,nuts,chocolate,roti..
macam aiskrim Baba kat Kelantan,bezanya cuma aiskrim Baba letak pulut..
nyummmy sedappp nyaaa!
btw, aiskrim ni beli di gerai kat karnival Kolej Tun Hussein Onn (KTHO),kami budak Kolej Aminuddin Baki (KAB) menjual di gerai sebelahnya..tapi karnival ni dah menutup tirainya semalam :D

p/s: looking for aiskrim Baba :3

SEOUL, Korea (Part III)

Assalamualaikum. Anneyonghaseyo! bersambung dari Part I dan Part II mulakan pagi dengan banana uyu. satu ni 1200 won, kalau sini arou...