Jangan menolak kebaikan dari Allah

by - May 08, 2015

Assalamualaikum.
hye, semoga sentiasa dibawah rahmat-Nya :)

teringat sembang-menyembang dalam bulatan gembira semalam..


" kita di universiti bukan untuk belajar kos kita semata-mata. buka mata, buka minda, join program lain juga." 
" Apabila Allah datangkan kebaikan kepada kita, jangan kita menolak. Allah mungkin tak hantar direct, tapi Allah hantar melalui kawan-kawan contohnya : kita dapat satu mesej dari A..

-> awak, jom pergi dengar talk malam ni.
--> ok, tengok lah dulu macam mana ye. sebab nak siapkan assignment malam ni, banyak sangat bertimbun-timbun walaupun bukan nak hantar esok, tetap kena buat awal.

" Kita tak sedar bahawa sebenarnya Allah sedang memberi kebaikan kepada diri kita. Allah salurkan melalui sahabat kita. Mungkin rohani kita perlu diisi ketika itu. Ye, Allah Maha Mengetahui. Dia tahu bila dan apa kita perlu. sebenarnya takkan siap pun assignment tu bahkan mungkin malam itu kita tiada idea, otak jadi tepu, mungkin Allah tak mudahkan urusan kita mencari bahan dan lain-lain."

"Jadi, kalau ada kawan ajak pergi ummah talk atau ceramah atau bengkel, pergilah. itu merehatkan minda kita sebenarnya."

selepas aku dengar nasihat itu..
sentap jugak sebab selalu je buat alasan macam tu, astaghfirullah :(
dan semalam rasanya bagai di uji..
antara ke perpustakaan untuk assignment atau ke bengkel bahasa arab atau ke daurah kitab di masjid..
dan aku cuba ke bengkel bahasa arab, memujuk diri supaya siapkan harini je assignment itu..
Alhamdulillah, berjaya! bengkel bahasa arab dapat, assignment pun hampir siap ! yeayy aku nampak hasilnya :D


cubalah didik diri kita supaya tidak menolak kebaikan dari Allah~


You May Also Like

1 comments

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik :)