Sunday, September 20, 2015

Sabah Trip part iv

Assalamualaikum, hi !

Day 4:
Muzium Kota Kinabalu.

pelancong kan? haruslah pergi juga tempat bersejarah. haha
hanya perlu tunjukkan kad matrik sebab kalau student dapat masuk free je, kalau tak bawa kad matrik, silalah membuat bayaran masuk RM2 :)









dalam muzium tak boleh tangkap gambar, so outdoor je la.
ku sangkakan kecil saja, rupanya sangatlah luas! penat jalan, panas lagi~
taman herba tak jejak pun sebab jauh sangat. haha jemah-jemah semua malas :p



anak mak tanya pak cik google pastu confirm dengan akak-akak. haha ><
dan malamnya ke Pasar Filipina.
biasalah, mak-mak kami kirim barang. mak aku kirim udang kering (boleh pulak aku confuse udang kering dan udang baring, kemain aku google bagai haha). padahal kat kota kinabalu ni memang famous dengan udang kering yang murah. bahagian anak-anak ni, amlplang je la jawabnya :D
dont worry, nanti barang-barang ni diorang akan pack dalam kotak kemas-kemas sebab diorang pun tahu kita datang dari semenanjung, senang di bawa gitu..
pastu beli t-shirt untuk diri sendiri and BFF, keychain untuk kawan-kawan baik. yang geramnya, aku kemain tawar menawar harga dengan skill yang ada untuk t-shirt tapi dia tak bagi jugak huhu --"

one more part soon~
:)

Saturday, September 19, 2015

Sabah Trip part III

 Assalamualaikum. hi!

Day 3 :
part ni paaaaaalingggg aku suka!
its Island Hopping :D





kami sewa satu bot terus. syok gituuu :D
sewa bot + parasailing + life jacket + alatan snorkeling = RM113/head
kami sewa dari kaunter 1, dapat life jacket AYUB, hehe.


pakej island hopping:
snorkeling di 3 buah pulau -- Pulau Sapi, Pulau Mamutik, Pulau Manukan.


 untuk masuk ke pulau-pulau tu, kita perlukan pass ni ye! beli sekali je pass ni di mana-mana pulau first yang korang singgah, then pulau berikutnya just tunjukkan pass ni. jangan hilangkan ye! kalau tak kena beli yang lain :)


first island: Pulau Sapi.
antara pulau yang paling cantik antara 3 buah pulau tu. Air jernih ohhhh! seronok nak snorkeling.
coral semua cantik, ikan colorful. suka sangattt weh! :D
please lah korang bawak roti ke ape-ape je kalau nak jadi bestfriend dengan ikan-ikan tuh heee
lepas beberapa minit duk snorkeling, brother tu panggil untuk parasailing then sambung snorkeling semula after that :D




yeayyy syok okey! hehe.
diorang kata sekali naik dalam 15 minit, tapi kitorang kira tak sampai pun, lebih kurang 10-12 minit je.
hajat di hati nak bawak monopod naik sekali tapi berkira-kira, kang jatuh fon aku menangis weh. sape nak tolong belikan yang baru hahaha :p


 2nd island : Pulau Mamutik.
airnya tak jernih sangat, banyak masuk daun-daun, ikan pun tak banyak tapi bawah jeti ada jugak kalau korang bawak roti. kitorang dah kehabisan makanan, takde menda nak bagi kat ikan.
(bawaklah bekalan makanan banyak-banyak, main air senang sangat lapar, nak share dengan ikan lagi hahaha)


 3rd island : Pulau Manukan
tapi sayang tak boleh nak snorkeling sebab tengah hujan, turun tangkap gambar then balik sebab abam hensem tu kata bahaya kalau hujan, ombak besar.
oh btw, dari jeti ke pulau-pulau ni hanya dalam 10-15 minit je. in shaa Allah tak mabuk laut :D

moga ada rezeki ke pulau-pulau lain pulak!
yeayyyyy <3




Wednesday, September 16, 2015

Sabah Trip part II

Assalamualaikum. hi!

Day 2 :
selepas makan tengahari, kami bertolak ke destinasi. jauh perjalanan kali ini. Dari Kota Kinabalu ke Kudat, memakan masa hampir 3 jam lebih menaiki van. tak percaya kami naik van?

ni haaa buktinya! >,<
Luqman si abang Huda yang drive van, takkan kome kot ? haha.
perjalanan 3 jam  penuh liku, turun naik bukit, lubang sana sini, entah berapa kali tido bangun, tak sampai-sampai. haha see? sangat jauh k! huhu.

apa yang ada di Kudat?

beautiful view of sunset.
pencinta keindahan alam memang digalakkan ke sini :D


The Tip of Borneo.
Kalau korang tengok peta, Kudat ni berada di hujung Sabah.







cantik kan?
Subhanallah :)
walaupun gambar di ambil guna handphone je, bukan DSLR mahupun GoPro, gambar tetap cantik. hehehe :D

more updates soon~

Sunday, September 13, 2015

Sabah Trip part I

Assalamualaikum. hi!

lepas balik bercuti dengan family di Ho Chi Minh City, aku menyambung pula percutian ke Kota Kinabalu dengan geng ex-MTS. woahoho memang bulan Ogos haritu dihabiskan untuk travel saja :D

tiket flight returns Malindo Air KBR-KUL-BKI for only RM259 (11-16 Ogos).


sampai di Kota Kinabalu disambut oleh Huda Toha, mekasih Huda :)

 travel kali ni bersama Mimi, belum rezeki lagi nak jalan-jalan dengan BFF yang lain. in shaa Allah lain kali :)




pagi hari pertama makan angin gitu-gitu je.
pergi pusing UMS, singgah dhuha di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.
:)

will be continue~

Friday, September 11, 2015

Tadom Hill Resort Banting

Assalamualaikum.

harini geng ajak keluar pergi Banting selepas viral beberapa gambar di media sosial, hehe
perjalanan dari ukm Bangi ke Tadom Hill tak sampai satu jam pun.
Bayaran masuk tadi RM14/head (untuk 5 orang), makin ramai makin murah.
and depends pada weekend or weekdays.

kenapa aku nampak ketodd sangat ni --"

bayaran RM14 termasuk life jacket dan ruang rehat/letak beg macam gambar atas ni.




most of their design, facilities from bamboo.
yang berkelambu putih ni boleh buat tempat untuk solat juga.
sangat cantik! :)

gambar ni yang viral kan?
memang ingat nak buat aksi terjunan gaya olimpik kat sini la. haha tapi apakan daya, area ni dah di tempah untuk orang yang berprogram kat situ tadi, katanya si pengurus tempat : 'esok datang lah lagi' --"

 terjun dekat tepi ni pun kira boleh lah :p
aksi oleh : JiahRajen.


merasa jugaklah naik rakit. hewhew :3
seberang sana ada flying fox and others activities tapi rasanya bukan under Tadom Hill tapi under Tadom Base. entah, lupa nak tanya si pengurus, yang pasti kami tak boleh ke seberang sana. huhu

kakak aku tanya : Betul ke airnye hijau macam kat pulau? haha
ye, airnye hijau. tapi taklah sehijau jua sejernih air pulau. dan mungkin effect HDR kamera tu yang menambahkan lagi kehijauannya :D
*maaf terambil gaya 'left hand series' Kimoh :p*

anyway, Tadom Hill still under construction and renovation, lori masih keluar masuk.
kalau ada niat nak pergi, mungkin boleh tangguhkan dulu sehingga siap sepenuhnya :)

really short getaway.
pergi dengan baju kurung, jubah sebab kami chioww awal lepas ijtihad kelas batal hehe ><

p/s : anak mak cannot move on, asyik berjalan jee. haha
memang patut la, bila mak ayah tengok anak-anak dia suka jalan-jalan sana sini, dia cakap kami mewarisi moyang kami. lols haha


SEOUL, Korea (Part III)

Assalamualaikum. Anneyonghaseyo! bersambung dari Part I dan Part II mulakan pagi dengan banana uyu. satu ni 1200 won, kalau sini arou...