Tuesday, January 26, 2016

pusing Kelantan #2, Kopitiam Kita dan Teh Tarik Madu Pak Mat

Assalamualaikum :)
sambungan cerita dari SINI

destinasi seterusnya yang wajib korang terjah bila sampai Kelantan is breakfast di Kopitiam Kita. Terletak di Kota Bharu berhampiran dengan bandar KB dan juga dekat dengan New Pacific Hotel. seawal pagi lagi kami turun dari rumah sebab rumah aku ke sini around 30 minit *jauh betul pergi breakfast :p*

apa yang menarik? of course signature breakfast Kopitiam Kita iaitu ROTI TITAB! Sedap sangat wehhh!


itu rupa Roti Titab,
bila duduk je kat meja, pelayan akan pergi ke meja dan tanya "nok roti titab berapo?"
haaaa its like menu yang wajib makan sebelum makan makanan lain. hehe :D

selain Roti Titab, pelbagai nasi bungkus dan kuih muih yang dijual seperti nasi tumpang, nasi air dingin, nasi lemak, nasi kerabu, roti jala, pulut pagi, nasi impit dan banyak lagi lahhh. seronok lah breakfast sini, servis pun laju bangattt :)

dibuka setiap hari dari jam 7 pagi-1.30 tengahari. More info di page FB Kopitiam Kita

tengahari terus bawak kawan pergi salah satu lagi kedai yang femes dengan Teh Tarik Madu Pak Mat terletak di Kedai Buloh, jalan menghala ke Pantai Cahaya Bulan.



sedapp dan aku sangat suka! sebab teh tarik one of may fav.
selain teh tarik, kedai ni pun terkenal dengan Sup Kepala Ikan *iols tak pernah makan sebab tak mampu, haha* but dont worry, nasi campur pun ada :)

Tapi feveret aku kalau sampai sini mesti beli Dim Sum depan kedai Pak Mat,
actually depan kedai ni ada jual pelbagai makanan ringan seperti pisang goreng, aiskrim, dim sum. dim sum ni  RM8 untuk 3 set. 


sedap, cubalah ye! 
more info tentang warung Teh Tarik Madu Pak Mat di SINI
next place entri lain ;)

Tuesday, January 19, 2016

pusing kelantan #1

Assalamualaikum w.b.t
selamat bercuti semua mahasiswa/i ipta weheeeee :D


sempena cuti sem ni, aku ajak geng jalan-jalan pusing kelate negeriku,


yang datang tiga orang je, Nad, Jiah dan Mun sebab yang lain ada hal. usyar tiket promo boleh la, KBR-KUL return RM58 je. save duit, save masa, terbanglah bersama airasia hehe :)

bila sampai kelate ni, tak sah la kalau tak jejak kaki ke Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang. so, bawak diorang pusing sini. apa yang menarik di rantau panjang? syok shopping beg kuliah (haha), skirt, blouse dan banyakkk lagi! yang penting, tawarkan harga sebanyaknya okey? >,<



Baba ice cream
dannn wajib cuba ais krim Baba, my favorite! Best sangat! ada pulut, jagung, kacang, coklat, jelly dan harganya murah RM2 je :)

otw balik rumah, jangan lupa singgah Masjid Beijing (nama panggilan sebab seni binaannya ala-ala China). 



next day? will be continued~~

Thursday, January 7, 2016

Hai 2016!

Assalamualaikum,
hai 2016 :)

lama tak menghadap blog,harap belum terlambat untuk wish 2016. hehe :D
Azam tahun baru ? aku simpan dalam hati je lah, kalau dah terlaksana nanti aku share luls :p












SEOUL, Korea (Part III)

Assalamualaikum. Anneyonghaseyo! bersambung dari Part I dan Part II mulakan pagi dengan banana uyu. satu ni 1200 won, kalau sini arou...