Resepi conrnflakes madu crunchy

by - July 18, 2017

Assalamualaikum.

setiap kali raya, cornflakes madu memang wajib ada. tapi tahun-tahun sebelum ni punya resepi tak sesedap tahun ni. haha. tahun ni aku buat resepi campak sesuka hati, tak sangka memang crunchy habis laa. so, i'm so happy to share this recipe :)


brown sugar takde dalam gambar sebab tu yang aku campak last minit. haha.


1. Cornflakes 1 kotak
2. Buttercup 125g
3. Madu 7-9 sudu besar
4. Brown sugar 2 sudu besar
5. Rice sprinkle
6. cup kecil-kecil

panaskan buttercup, madu, brown sugar sampai sebati.
letak cornflakes dalam bekas besar supaya senang gaul.
masukkan bahan yang kita panaskan tadi dan gaul.
masukkan dalam cup kecil, tabur hiasan.
masukkan dalam oven 5-8 minit.
lepas keluarkan dari oven, rehatkan sekejap sampai sejuk. baru boleh simpan dalam bekas.

selamat mencuba!

You May Also Like

0 comments

Terima Kasih sudi komen disini.
kalau ada masa,sudi-sudilah komen lagi :)