SEOUL, KOREA (PART IV)

by - July 16, 2017


Assalamualaikum.
ini sambungan dari Part I, Part II, dan Part III.

kali ni jalan-jalan di istana lama Gyeongbokdung Palace, Namson Hanok Village (rumah-rumah menteri zaman dulu), Namsan Tower, Myeong-dong dan Nami Island.





Gyeongbokdung Palace

Namsan Tower, view dari Namsan Hanok Village






Namsan Hanok Village






Namsan Tower





Myeong-dong
aku suka sangat Myeong-dong. bagi food hunters, banyak makanan yang best boleh makan sini. cumi-cumi, crab, ais krim 32cm pun ada, sedap dan serius lama kot nak boleh habiskan tu sebab tinggi sangat. haha. nak cari seaweed yang murah dan sedap pun sini jugak (menyesal beli sikit haha). and yang paaaaaling besttt sini tempat barang kosmetik banyak giler! Grab Etude House je (paling menyesal sebab tak borong barang lainnnn :'( sebenarnya dulu macam tak minat sangat dekat barang-barang mekap ni tapi sekarang dah minat huhu. Eloklah bagi perempuan prepare duit banyak dekat sini beli mask yang murah, lotion yang wangi dan comel dll. lelaki yang suka shopping jangan risau sebab kedai berjenama lain pun banyak, H&M, Uniqlo, Adidas dll. Ape pun Myeong-dong tempat yang wajib pergi dan spend 3-5 jam kot hihi. Tapi perkara yang aku ingat kat sini, aku masuk fitting room bersama 3 helai baju dan solat. Al-maklumlah, Korea kan takde surau. Alhamdulillah berjaya >,< !





Nami Island
Sebut Korea je mesti terbayangkan Nami Island. dan memang sah terbayang Winter Sonata lakonan Bae Yong Joon dan Choi Ji woo, siap ada tempat khusus bagi detik-detik penting dalam cerita tu lagi. hehe. selain berjalan pusing-pusing Pulau Nami, boleh makan Hanbing dan makanan famous juga dekat sini ialah Nasi Goncang [klik untuk video pendek], ada macam-macam lauk tapi kitorang cuba tuna je dan boleh tahan sedap juga :D


info tambahan, kalau korang tiba-tiba sakit tekak boleh cari ni. aku pergi kedai runcit bawah hostel dan cakap 'mokkande' sebab tour guide ajar (aku tak tahu spelling dia macam mana haha).


info tambahan lagi, ni ialah soupy tteokbokki yang sedapppp, tapi aku lupa nak ambil tahu makan kat mana time ni sebab tengah demam. lol. satu pan ni kitorang makan 4 orang (itu pun kenyang melampau tapi bila tengok orang korea dekat sebelah, relaks je makan 2 orang haha) dan aku ada google, resepi ada kat SINI -- website ni ada pelbagai jenis resepi masakan korea :D

so, where's next trip? 

You May Also Like

0 comments

Terima Kasih sudi komen disini.
kalau ada masa,sudi-sudilah komen lagi :)