.: jika ini yang terbaik,aku redha.. :.

by - January 30, 2014

Assalamualaikum.
alhamdulillah atas segala nikmat ini.
hari ni 29 Rabiul Awal,30 January hari yang sangat mendebarkan bagi aku.
hari ni result STAM keluar yeayyyy!
erkkkk.
sebelum aku bagitahu result aku,dengan senang hati aku nak coretkan perjalanan ringkas aku time amik STAM last year.
*untuk kenangan anak cucu kelak haha*

first tuh,memang takde niat pon nak amik stam sampai habis exam.
msuk stam pon sebab niat suci nak penuhkan waktu kosong yang sangat lama.
berlainan dengan beberapa orang sahabat aku yang memang bertekad nak amik stam.
maka,berdaftarlah aku sebagai pelajar stam di Maahad Yaakubiah(MAYA).
memandangkan MTS tak de stam. *cehhhh padahal kalau ada pon,aku tak nak amik situ sebab kononnya nak study kat rumah pulak.asyik duk asrama jeee haha
sekolah tu jadi macam aku punya pulak.bila rasa tak nak pegi,tak pegi lah.
skip extra class yang petang tu memang keje aku.haha.mohon jangan tiru :p
nak jadi punya cerita,aku kena panggil dekat perhimpunan sebab ponteng.hahaha.itu sangat memalukan.femes kejap aku.korang nak femes,buat cara lain ye ;)
bila result spm keluar,isi upu.first intake,aku tak boleh.
maka ramailah classmate aku yang keluar stam sebab masuk u.
maka sedihlah aku :(
kawan aku suh buat rayuan,ak pon buat lah.sekali result rayuan keluar,aku pulak tak nak pegi sebab aku dah jatuhhh hati dengan stam cehhhh.
ponteng banyak pon,masih boleh jatuh hati haha .
jadi makin ramai lah classmate aku yang keluar.aku rasa terkontang kanting jugak time tu.
kawan-kawan yang rapat dengan aku pegi matrik la,uia..
hmm,sabar!
dan aku mengalami situasi yang aku sangat tak suka.ramai sangat orang tanya..
"tak leh masuk u ke?"
"kenapa amik stam?"
tension jugak aku time tu,tak tahu nak bagi jawapan macam mana.buat aku nangis je.aku tanya someone ni nak buat macam mana.dia cakap..
"saya oyak yang saya bertekad"
senangnya jawapan dia..
aku ni bukan boleh bukak mulut nak jawab macam tu.jadi,bila orang tanya aku senyap sengih dan angkat bahu hihi :D
bila exam tengah tahun,aku dapat no 1
serius.itu lawak.aku tak masuk kelas banyak kott.
kalau korang tengok buku kedatangan,ishhhh telur je banyak! haha

bila hati dah sebulat kata nak amik stam,mulalah menyusun strategi.
firstly,tajdid niat balik nak menuntut ilmu,bukan utk exam je.
secondly,hadir ke sekolah tiap tiap hari.jangan buat sekolah tu macam nenek kau punya.
thirdly,hadir kelas tambahan tanpa merungut hihi
next,beralih kedudukan dalam kelas (awal tahun tu aku duk belakaaaaang sekali,pastu naik duk depannnnn sekali.setentang dengan mata ustazah)
then,buat homework seikhlas hati :D

Alhamdulillah.Allah permudahkan.Dia hantar Sarah untuk study sama-sama dengan aku.she is very nice.masa awal tahun tak kawan pon.kau jeling aku jeling.
(sebab dia cakap aku sombong.ok.tu mmg first impression bagi mereka yang tak kenal aku.dah ramai cakap aku macam tu padahal aku senyummm selalu.bila dah kenaaalll..)
lepastu Allah permudahkan lagi bila ustaz ustazah sangat mengambil berat.sungguh aku terharu :') 

bila keluar result trial,alhamdulillah.terus pasang niat nak 10mumtaz nanti real exam.
lepastu kelas tambahan bagai tidak kenal erti lelah mengejar aku cehhh
ada kelas tambahan malam la pulakk.
aku pon pegi minta excuse ckp tak nak masuk kls malam sebab letih sangat.dah la hari biasa aku tidur lepas isyak dah.kang aku tdo dalam kelas malam baru tahu.
itu semua alasan.ustazah pon ckp..
"olohh zuhaira,meta jah kls malam.mari ulangkaji.ngapa sikit-sikt.best student tahun lepas masuk blako kelas"
"ok lahh ustazah,saya mari.."
ye.sampai sekarang aku tak menyesal join kelas malam.seronok jugak walaupon kadang-kadang mengantuk habisss!bila mengantuk,macam macam aku buat.makan,minum,text kat kawan,main game dan last sekali aku tido jgak. jangan ikuttt ! hehe

bila tiba hari exam..kena tidur rumah nenek pulak sebab family gi holiday kat Beijing.
arghhhhh!tak suka betul sebab aku pon sepatutnya boleh join,tiket dah beli pon tapi itu lahh..masa awal tahun haritu mana sure lg nak amik stam ke tidak.
sobsssss!tak de rezeki lagi nak kenal Beijing.hm

nak tunggu hari ni,sangat mendebarkan.
macam pelik je debaran ni.masa spm haritu tak de la rasa mcm ni sangat.
entahlah kenapa.sejak semalam,makan tak lalu.
tidur memang tak lena.dah la tidur lewat terjaga awal pulakk.
kalah orang berchentaa hehe :D

natijahnya..


aku dapat 8mumtaz 2jayyid jiddan.
pangkat ; Mumtaz.
Alhamdulillah.syukur tak terhingga.
walaupon tak dapat 10,tapi ni memang cukup.
jika ini yang terbaik untuk aku,keluargaku,agamaku,aku redha :')
thanks untuk mak dan ayah yang selalu mendoakan.
adik rasa macam berbaloi dah dengan ayah bagi pinjam guna kereta pegi sekolah.
hehehe.
thanks to my sisters&brothers yang selalu support,bagi kata semangat.
time aku tengah nangis2,kak ja memujuk hoho
malam exam,abang aku kat Mesir,KL call wish good luck.menangis lagi.terharu dowhhhh hihi
syukran untuk ustaz ustazah aku yang selalu memberi perhatian yang secukupnya untuk aku dan sahabat-sahabat.tanpa mereka,aku tak tahu apa itu Arudh Qafiyah.
tanpa mereka aku tak tahu apa itu ilmu Mantiq.
tanpa mereka siapalah aku dengan kejayaan ini.
hormati guru kita.kenanglah jasa mereka.
thanks untuk sahabat-sahabat mts yang mendoakan diri ini.
terima kasih atas segala tembakan doa korang dari Mesir,Jordan mahupon Malaysia.
semoga Allah membalas budi baik korang.

buat sahabat seperjuangan.
Ummi Nadhira Wan Nur Izzah Masyitah Aliya Salsabila Anis Nazirah Adibah Fatimah Adilah
Sarah Hayati Aisyah Haziman Norizan Aizzatul Akmaliah Nadiah Nur Diyana Amanina Maizatul Akmal Adawiyah
T A H N I A H !
berapa pon korang dapat,syukur.syukur.syukur.
sentiasa husnuzzon dengan Allah.
mungkin Dia tak bagi kita 10mumtaz sebab takut kita riak.nauzubillah.
mungkin Dia tak bagi mumtaz sebab takut kita tak sedar diri kalau dapat mumtaz.
semua dalam perancangan Allah.
Allah tak bagi kejayaan yg meletop time spm sbb Allah nak bagi time stam.
kalau Allah tak bagi kejayaan lagi dalam stam,Allah suh kita usaha lagi dan lagi pd masa hadapan.terus melangkah,biar lelah sekarang asalkan kita dapat kemanisan di akhirat kelak.
yakin Dialah yang Maha Mengetahui.
everything happens for a good reason :)



btw,aku tak tahu lagi nak sambung mane.
any suggestion ? hihi 



keep smiling,it's sunnah
ur smile is cute
:)






You May Also Like

3 comments

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik :)