.: Wajarkah CEMBURU? :.

by - January 27, 2014

Assalamualaikum.
Alhamdulillah.Allahumma Solli 3ala Muhammad.
tahniah ! anda telah berselawat,teruskan selawat ye :)
hari ni tetiba nak tulis entri pasal cemburu.
aku percaya,setiap orang memang ada perasaan ni tak kira lelaki atau perempuan.kalau takde tu macam pelik la pulak kann..hihi
sape lahir bulan Oktober macam aku ? ni rahsia kelahiran.cehhhh.tak tahu boleh percaya ke tak.tak kesah lahh betul ke tak.suka suki je ni okeyy tapi ade je yang terkena batang hidung sendiri hehe>< 

# SUKA SEMBANG
# SUKA ORG YG SAYANG PADANYA
# SUKA AMBIL JLN TENGAH
# SANGAT MENAWAN & SOPAN SANTUN
# KECANTIKAN LUAR & DALAM
# TIDAK PANDAI BERBOHONG & BERPURA-PURA
# MUDAH RASA SIMPATI,BAIK PENTINGKAN KAWAN
# SENTIASA BERKAWAN
# HATINYA MUDAH TERUSIK TETAPI MERAJUKNYA TAK LAMA
# CEPAT MARAH
# MACAM PENTINGKAN DIRI SENDIRI
# TIDAK MENOLONG ORG KECUALI DIMINTA
# SUKA MELIHAT DARI PERSPEKTIFNYA SENDIRI
# TIDAK SUKA TERIMA PANDANGAN ORG LAIN
# EMOSI YG MUDAH TERUSIK
# SUKA BERANGAN & PANDAI BERCAKAP
# MOSI YG KELAM KABUT
# DAYA FIRASAT YG SANGAT KUAT (TERUTAMANYA PEREMPUAN)
# SUKA MELANCONG,BIDANG SASTERA & SENI
# PENGASIH ,PENYAYANG & LEMAH LEMBUT
# ROMANTIK DLM PERCINTAAN
# MUDAH TERUSIK HATI & CEMBURU
# AMBIL BERAT TENTANG ORG LAIN
# SUKA KEGIATAN LUAR
# ORG YG ADIL
# BOROS & MUDAH DIPENGARUHI PERSEKITARAN
# MUDAH PATAH SEMANGAT

yang nak highlight sebenarnya satu tu je sebab berkenaan dengan entri.
okeyy.aku mengaku memang aku sangat mudah cemburu.
cemburu ni boleh kita bahagi kan kepada beberapa bahagian.
cemburu dengan adik-beradik,kawan-kawan dan suami isteri.
tapi aku tak boleh share la pasal suami isteri tuh,mana lah aku tahu.takde pengalaman.nanti aku kahwin,aku citer.hihi :D
pernah korang cemburu dengan abang kakak atau adik korang?
mesti pernah walaupun sedikit.aku pernah kot tapi tak ingat lah part mana.
yang aku ingat dengan kawan-kawan.
pernah sekali masa aku sangat tak matang,masa form 1,
aku pernah cemburu dengan sorang ni,aku pegi conteng buku dia.
tak patut kan? lepas tu memang nyesal tak sudah-sudah.sampai sekarang aku ingat.
tapi aku dah minta maaf dengan kawan aku.alhamdulilah,tenang sikit :)
korang jangan buat macam tu taw! tak baik.hm

masa aku sekolah dulu,selalu tanya ustazah..

'ustazah,takpe ke saya cemburu?'
'takpe..kalau awk cemburu dengan benda yang baik-baik.'
'hah????macam mana tu?'
'contohnya,awk cemburu tengok Aliya rajin hafal Al-quran dan sebab cemburu tuh,awk jadi makin bersemangat nak rajin jugak.'
'ohhhh...'

lepas pada tu,memang aku belajar untuk mengawal perasaan cemburu aku.
meh tengok hadis ni:

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tidak ada hasad (cemburu) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang; iaitu pada orang yang Allah SWT berikan harta, dia menghabiskannya dalam kebaikan. Dan pada orang yang diberikan ilmu dan dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia".

dibolehkan cemburu pada dua keadaan :
1. Allah beri dia harta,dia infakkan untuk kebaikan.
2. Allah beri dia ilmu,dia beramal dan ajar pula pada orang lain.

teringat satu soalan yang telah diajukan di kuliah UAI last week..

'ustaz,ape hukum saya cemburu tengok kawan-kawan saya yang comel-comel?'
'takpo,asalkan jangan melampau.tapi tok payoh mikir ah.orang lain kate mung dok comel pong,10 orang laki lagi kate mung comel'

hmm.jangan melampau dalam cemburu.
biasa lah tu cemburu.macam fitrah.tapi yang tak tahannya sekarang,cemburu pastu gi cari bomoh pulak.nauzubillah..

Sebab-sebab yang mendorong timbulnya cemburu yang tercela (melampaui batas) :

1. Lemahnya iman dan lalai dari mengingat Allah S.W.T.

2. Bisikan dan godaan syaitan.

3. Hati yang berpenyakit

Cara-cara untuk mengatasi kecemburuan ini adalah:

1. Bertakwa kepada Allah S.W.T.

2. Menjauhi pergaulan yang buruk dan hasutan orang lain

3. Bersangka baik 

4. Bersikap qana’ah (menerima segala ketentuan Allah S.W.T. dengan lapang dada).

5. Selalu mengingat kematian dan hari akhirat, hidup ini hanya sementara dan tidak perlu direbut hak-hak yang kecil di dunia ini.

6. Berdoa kepada Allah agar Dia menghilangkan kecemburuan tersebut.

wajarkah kita cemburu?
hmm.hanya pada tempatnya.
kalau tiba-tiba angin cemburu yang tak sepatutnya datang,cepat-cepat istighfar ye sahabat!


keep smiling,it's sunnah 
:)

You May Also Like

1 comments

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik :)