.: jangan lupa minum air ! :.

by - February 25, 2014

Assalamualaikum.
ape khabar rosmani dan jasmani kita hari ni?moga sentiasa sihat dan cerdas :)

memandangkan Malaysia sekarang tengah mengalami musim yang agak panas,pakar kaji cuaca kata kemungkinan akan berlanjutan sehingga pertengahan bulan Mac ni.jadi aku nak ajak korang agar minum air putih banyak-banyak! penting ni taww.kalau tak minum air banyak,mesti kita akan kering bibir atau sakit tekak.aku termasuk dalam golongan ni lah --"
selalu kena tegur ngan mak padahal aku rasa minum banyak dah.huhu.

bagi sesiapa yang agak susah nak minum air,korang kena cari alternatif lah.macam aku,sejak dua menjak ni botol air adalah teman setia dimanapun berada.bila botol air duk depan mata,baru teringat nak minum air.kalau tak,memang tak minum lah sebab malas nak gi tuang air kat dapur.haha. *pemalas betul :p*

kalau yang masih di alam persekolahan tu,rajin-rajin lah bawak bekal air sendiri.aku pelik juga la kalau pergi kantin sekolah dulu-dulu.budak-budak beli drinking water.bawak je la air dari rumah.lagi sedap and save bajet!
aku pernah dengar orang cakap kalau lelaki bawak botol air pegi kelas,macam tak macho gitu kalau perempuan tak pelah.heyyy! pelik betul la orang zaman leni ni.lelaki yang bawak botol air adalah sweet.serius nie.hihi.nak bawak botol yang kecik pon malu.cer tengok budak-budak cina,botol diorang mane ade kecik-kecik macam kita ni.diorang bawak yang panjang,lebar ala-ala geleng air gitu :D bagus lah,air kan pembekal oksigen.

satu lagi,minum air kena ikut sunnah Rasulullah SAW.baru lah rasa sedap je,takde la rasa macam kena paksa diri gitu haaa.

dalam sebuah hadith :
"Bahawasanya nabi SAW berhenti tiga kali ketika meminum segelas.Baginda bersabda lagi bahawa ia menyegarkan dan memuaskan."(HR Tarmizi,Muslim,Abu Dawud,Nasa'i dan Ahmad) sumber:Biografi Agung Rasulullah SAW


KEEP CALM
and
FOLLOW HIS SUNNAH.

 :)

You May Also Like

3 comments

  1. wah, banyak input yang dapat terutamanya yg sunnah nabi..
    kat uniten mostly cina bawa bekalan air ke kelas.. awesome kan?
    sayangnya melayu asyik merokok n coca cola..
    btw, org kurus kena minum dua kali ganda lebih banyak.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lahh. Orang cina ni bagus. Sedih dengan budak2 melayu :( yakkk. Org kurus teww :p

      Delete

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik :)