.: Musibah itu Rahmat :.

by - March 07, 2014

Assalamualaikum.Alhamdulillah.
setelah seminggu tidak meng'update' blog,kini muncul kembali.hihi.
Musibah,takde orang nak tapi semua orang akan dapat.
and hari selasa yang lalu 04 MAC 2014 rumah nenek aku terbakar.
tapi Alhamdulillah sebab takde la terbakar satu rumah.satu bilik je 99% terbakar,ruang tamu dan dapur dapat tempias sikit-II but still kena cuci satu rumah huhu.
punca tu kemungkinan litar pintas kot.wallahua'lam.

pada hari kejadian...
dapat panggilan dari kakak ipar,cepat-II pergi rumah nenek aku memandangkan rumah aku dan nenek sangat dekat.tak sampai 3 minit berjalan kot.bila sampai tuh,memang aku tengok tingkap-II dah pecah.asap hitam yang tebal keluar dari tingkap.ayah aku suh call bomba.
jadi aku call 999.*first time ni aku sendiri yang cakap haha*

999 ; ye,boleh saya bantu ?
aku ; kebakaran.ermm *gagap*
999 ; betul ke dik ? dekat mana ?
aku ; dekat...ahhh tak tahu nak cakap mana (sambil pass phone dekat ayah)*bila dah panik,semua benda tak jadi*
#sebenarnya banyak kali dia tanya betul ke betul ke.tak percaya sebab dengar suara aku la kot.macam budak-II sikit.dia ingatkan aku duk main-II.grrrr takde masa aku nak main-II benda gitu 

dipendekkan cerita,bomba lambat sampai.ayah aku siap pergi panggil diorang dekat balai bomba.tapi yang ada hanya dua orang sebab yang lain pergi bertugas.kebetulan ada kebakaran dekat Pantai Senok.akhirnya bomba dari Pengkalan Chepa yang sampai dulu.tapi masa diorang sampai tu,api dah dapat dikawal dengan bantuan orang-II kampung.Alhamdulillah.penduduk kampung Badak sangat osemmm! hoho :D
jadi,bomba datang padamkan bara api dekat ceiling and make sure yang api dah takde.
btw,3 biji kereta bomba datang berlumba-II. *kereta ke trak? aku tak tahu hahaha*




 :')
bomba datang soal siasat saksi.eheh.katanya saje je sambil nak ajar budak-II yang baru.

semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya.
bomba-II yang datang tu bagi tips menangani kebakaran.katanya,bila kita sedar ada kebakaran dekat bawah-II mcm lantai,kena amik kain yang basah and letak atas api tu.
*tapi bila panik,memang tak ingat ape dah duhai bomba huhu*
apa yang dapat aku simpulkan dengan musibah ni,penduduk kampung yang jarang keluar bersemuka pon datang ucap takziah kat nenek aku.sepupu sepapat pon kelik bergotong royong.yeahhh semua ni demi menguatkan lagi silaturrahim :)

Apa-apa musibah yang melanda,hakikatnya baik untuk kita.
bersangka baik lah kita kpd Allah.
demi RahmatNya :)

You May Also Like

2 comments

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik :)