Belajar menjahit ^^

by - June 26, 2014

Assalamualaikum.

Bismillah. Alhamdulillah. Beberapa hari lepas baru tergerak hati nak belajar menjahit setelah hampir setahun duk meriba tangan di rumah. Hehe.  Sebelum ni dipaksa belajar pon tak nak. Sebab?? Err. Nanti aku terer menjahit aku bagitahu. Hihihi :D

Yang BESTnya,belajar menjahit kat rumah je dengan SUPER MAK! Hoyeahhh! Haha. Sebab mak aku tukang jahit,senang lah. Jimat. Tak perlu keluar duit ribu-riban. Hehehe. Masa pon ikut suka je tapi biasanya aku start pukul 8.30 pagi sampai tengahari. Rupa-rupanya seronok jugak menjahit ni. Lol :p

Dan hasil sebagai permulaannya ialah..


Jahit baju kurung baby dulu. Testing kann. 100% jahitan tangan k. Sebab mak aku kata kena pandai jahit jelujur dulu. Baru boleh pergi step seterusnya. Takde la susah sangat rupanya. Cuma sabar tu perlu banyak sebab baru belajar. Hehe. 

Masa mula-mula nak belajar haritu mak tanya nak belajar ikut buku(buku belajar menjahit mak masa muda mudi dulu)ke macam mana? Aku tengok buku tu dan termenung,fuhhhhhhh banyak wooo. Amik masa 3-4bulan nak belajar benda tu saja. Last sekali aku cakap nak belajar buat baju kurung dulu. Heee. 

***Dulu mak masuk kelas menjahit dengan tauke cina tapi tauke tu tak ajar buat baju kurung. Mak belajar sendiri. Dia perhatikan tok sedara aku dan dia buat sendiri. Aku kagum sebenarnya. Mungkin kerana minatnya yang mendalam mampu bagi dia ilham. Cehhh. Hehe :D

Doakan aku semoga terus bersemangat untuk belajar menjahit! 

You May Also Like

0 comments

Post a Comment

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)