Nasi ulam cikgu & Muzium Kraftangan

by - June 11, 2014

Assalamualaikum..

"oh sedap molek make nasi ule cikgu tadi.keno gi make pulok ni!"
kakak aku dan muka terujanya hari ahad lalu..
(baca dengan loghat kelantan sikit hihi)

*********************

so,sebab kakak aku teringat-ingat..harini dia bawa aku,maksaudara dan anak-anak buah pergi makan sini..'Nasi Ulam Cikgu' terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu,berhampiran Muzium Kraftangan.Restoran ini ada beberapa cawangan tapi yang ni paling best.mungkin kerana suasananya yang agak menarik dan mungkin juga kerana asalnya disini.Restoran ni kira makan bufet.senang,mudah dan makanan sentiasa panas.lauk yang paling digemari oleh kebanyakan orang ialah 'ikan josh' a.k.a ikan keli besar.hihi.best best! maksaudara aku cakap kalau kawan-kawan dia kat KL memang suka makan sini kalau balik Kelantan.so,korang bolehlah singgah sini nanti ye :)
image nasi ulam cikgu
ulam-ulaman segar dan lauk pauk.
tak terambil pulak gambar 'ikan josh' eheh

***************

selesai makan kenyang-kenyang,anak saudara aku ajak naik atas(Restoran ni bawah),rupanya kat atas tu ialah Muzium Kraftangan.manalah aku tahu.tak pernah jejak situ pon.(macam bukan orang Kelantan.haha :p) kiranya semalam kitorang ala-ala pelancong lah.hehe..
image muzium
1.Koleksi Diraja.pereka : Zang Thoi
*baju ni chantekk ;)
2.Tempurung berukir
3.Sarang Chacha Cendol
image muzium
bergambar sikit sebagai kenangan.pelancong kannn haha :p

let's visit Kelantan Darul Naim!
:D

You May Also Like

1 comments

Post a Comment

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)