Chicken Pox?

by - November 21, 2014

Assalamualaikum.
Hye uols!

Rindu sangat dekat belog aku.sangat-sangat!
lama juga aku menyepi.susah untuk ketemu dengan ruang kosong.haha *bajet je lebih*

Actually sekarang dalam proses pemulihan dari serangan chiken pox.sobsob.
pertama kali kena seumur hidup,sakitnya gatalnya Allah je tahu --"
Tanda-tanda awal yang aku rasa : lenguh,sakit seluruh badan,rasa nak demam,lemah.
aku rasa semua tu hari rabu lagi tapi macam buat taktahu je sebab ingatkan saje-saje je nak sakit.haha.
pastu hari khamis,lenguh makin kuat,pastu naik beberapa biji dekat beberapa tempat.risau dennn.
call mak,hampir-hampir-je-aku-nak-nangis bila mak risau itu adalah kayak sebab beberapa minggu lalu,kakak aku kena kayap dekat muka yang sampai sekarang masih belum pulih sepenuhnya.kesian kakak aku,moga cepat sembuh!
then,my sisters suruh pergi klinik. Next day,Jumaat disebabkan kelas batal,bergegas aku ke Pusat Kesihatan UKM,buat check-up.sekali doktor kata chicken pox.fuhhhh sedikit lega.
so,doktor sarankan aku pulang ke rumah sebab chicken pox boleh berjangkit.
Doktor bagi mc 6 hari je sebab aku ada midterm hari khamis tapi dia cakap,biasanya mc 2 minggu,kalau sakit lagi,just sambung mc kat klinik lain.
aku apa lagi,fly ke kelantan ler ~~


Dapat mc hampir 2 minggu,seronok kemain rehat kat rumah. Tapi masa awal-awal tak seronok sebab memang teruk lah.sampai takleh tidur malam langsung sebab sakit+gatal. Siap pergi minta air tawar dengan orang yang pandai buat sebab tak tahan. Waktu cenggitu la nak insaf,pujuk diri bahawa sakit ni sebagai penghapus dosa dan Allah bagi peringatan atas dosa-dosa yang pernah aku buat. Serius,sakit ini buat aku sedar tentang banyak perkara.
Sepanjang malam mak tak tidur sebab jaga aku,aku nangis mak pujuk.Makan pantang aku,mak jaga.
Allah,kasihnya seorang mak! kasih mak,takkan mampu ditandingi oleh insan lain.
that's why i love my mak so muchhhhhh <3

antara pantang yang aku jaga (sebab mak,maksedara,jiran tetangga suh jaga.haha):
1. jangan makan ayam 
2. jangan makan seafood
3. jangan makan kicap (sebab diorang kata kalau tinggal parut,jadi hitam)
4. jangan kena air hujan (kot parut makin teruk)
5. jangan makan benda berminyak

balik ukm,mana nak cari ikan bakar oi? duk makan ikan goreng saja.huhu.
redha~
Alhamdulillah 3ala kulli haal.
doakan aku dan kakak aku sembuh sepenuhnya!
Terima Kasih mak untuk segala pengorbanan dan kasih sayangmu :)


You May Also Like

3 comments

  1. penyakit kayak? apa tu? kayap kot..semoga cepat sembuh..timm dah 2 kali kna chicken pox..hehe..

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik :)