Resipi Donut Mini

by - January 27, 2015

Assalamualaikum.
hye!

ai merajinkan diri isi waktu cuti sem dengan buat donut pagi tadi memandangkan ai punye anak sedara suka makan donut,kira menggembirakan hati dia gittew..luls haha
first time buat donut sendiri ni..biasanya pergi beli kedai saja :D

ok!
bahan-bahan :
~ 3 cawan tepung gandum
~ 1 cawan air suam
~ 2 sudu besar mentega
~ 5-6 sudu besar gula
~ 3 sudu besar susu pekat manis
~ 1 paket yis (mauripan)
~ 1 biji telur

cara-cara :


1. cairkan mentega.ketepikan.
2. masukkan gula+susu ke dalam air suam.kacau hingga larut.kemudian masukkan yis.
3. biarkan campuran yis selama 10 minit (hingga menjadi buih-buih)
**tiada dalam gambar** 
*pukul telur,kacau bersama mentega dan masukkan yis yang dibiarkan tadi.kacau hingga sebati.*
4. masukkan campuran yis ke dalam tepung gandum.kacau sebati dan biarkan selama 45 minit.
5. selepas 45minit,adunan dah mengembang.
6. bentukkan bulat-bulat comel. diingatkan supaya banyak menggunakan tepung di tangan ketika ini sebab adunan lembik dan juga taburkan tepung dalam pinggan.
**tiada dalam gambar**
*goreng sehingga keemasan,jangan ke'koko'an sebab nanti keras di bahagian luar*
*angkat,sejat dan taburkan gula halus*

tadaaaaaaa!
*
*
*


gembira gittew muka anak sedara ai bila balik sekolah tengok ada donut..kucing pon terliur :p
tapi ayah kata kecik sangat --"
(saiz boleh dipelbagaikan,jangan risau..hehe)

selamat mencuba kalau korang belum pernah buat,
gerenti sodappp ^^,

You May Also Like

6 comments

  1. Sodapnye >< Tak nk post kat kitew ke?

    ReplyDelete
  2. bestnyer ! kalau mini mmg comel ;)

    Jom meriahkan Segmen Bloglist Mac-April CN ;)
    http://www.cekgunorazimah.com/2015/01/segmen-bloglist-mac-april-2015-by-cn.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)