SEOUL, Korea (Part I)

by - April 13, 2017

Assalamualaikum, Anneyonghaseyo!!

Alhamdulillah, Assalamualaikum SEOUL! An-Inter Ideology Journey 2017 anjuran Kelab Usuluddin dan Falsafah berjalan dengan lancar dari 30 Mac 2017 hingga 4 April 2017.

peserta yang menyertai program ni seramai 29 orang + 2 orang pensyarah. semua peserta berkumpul pukul 12 tengah malam  30 Mac memandangkan flight kami 8.30 pagi (kalau masing-masing tidur kat bilik, agaknya terlepas flight la kot, haha). so, dari UKM bergerak ke KLIA2 pukul 5.00 pagi.


kisahnya, terkejar-kejar juga lah flight sebab urusan luggage dsb. kemain acah-acah nak tangkap gambar dekat depan pintu masuk antarabangsa tu (macam group lain selalu buat sambil pegang banner :p). Alhamdulillah,walaupun terkejar-kejar kami tak terlepas flight yeayyyy!

here we go yeayyyyyy!
penerbangan 6 jam ditemani ahjumma yang datang travel Malaysia. sebenarnya seat sebelah aku, husband dia tapi bila husband dia tengok aku, terus dia minta isteri dia tukar tempat. kamsahamnida! baiknya ahjussi :D borak juga sikit-sikit dengan ahjumma pasal trip ke korea kali ni. baik sangat la ahjumma ni sehingga memberikan first impression yang baik bagi aku terhadap orang-orang korea. kemudian ditambah lagi dengan kebaikan oppa di sebelah kiri aku sebab dia tengok aku struggle sangat gulung-gulung pillow neck air asia tu. kamsahamnida oppa tolong saya. hahaha. masing-masing kiri kanan aku terus say welcome to Seoul bila mendarat di airport. Yes, that time memang aku rasa orang korea baik-baik :)

welcome to Seoul, Korea!
Korea ialah trip luar negara aku yang ke-5 selepas Mekah, Hatyai, Bandung dan Ho Chi Min City.
Alhamdulillah, what's next? :p
dan ini gambar first ramai-ramai bersama banner >,<


waktu jejak keluar pintu airport, aku dan yang lain paling excited. kenapa? sebabnya lepas keluar dari pintu airport baru terasa berada di Korea dengan kesejukan serta angin-angin nya sekali. hahaha. dalam airport, aku dah macam "alahai kenapa macam ni suhu, tak sejuk pun", bila rasa sejuk dekat luar "perghh syoknya. this is Korea!" sambil buka mulut keluarkan asap. haha. 
sekitar luar Incheon Airport

on the way ke hostel





Chanel televisyen semua korea dan munirah acah-acah cari subtitle la pulak. Dia ingat chanel tu astro punya? haha :D




Yellow Brick terletak di jalan Insadong, satu jam perjalanan dari Incheon Airport. kelengkapan semua baik. breakfast disediakan dari jam 7-10 pagi (breakfast sekadar alas perut; cereal, susu, telur goreng sendiri, sandwich with nutella, peanut and berry etc), mesin basuh free dan pemanas lantai of course disediakan. kalau tak, sejuk sangat la jadinya.



Hottoek


excited je semua keluar jalan-jalan. lebih excited bila En Saufi bagi greenlight yang Hotteok boleh dimakan. kaya sekejap ahjumma tu sebab budak-budak ni serang. Hotteok ni bagi aku macam roti goreng tapi intinya gula perang. panas dan manis. memang kena lah dengan cuaca yang sejuk. oleh sebab terlalu leka, habis meleleh-leleh dia punya gula keluar dan melekat dekat coat dari atas sampai bawah T.T, lagi sakit hati bila budak laki cakap dia punya gula susah ditanggalkan, bertambah frust (baru first day kot) tapi tiba-tiba ahjussi si penjual tu dengar kot aku punya kesedihan lalu datang bersama wet tissue dan tertanggallah semua nya. memang concern lah dia, dah biasa kot jumpa customer seperti aku. haha. ya salam, baiknya ahjussi :D

p/s: Thank you my dear sister sebab pinjamkan i winter coat. hihi.

First day, fall in love with koreans because of their kindness <3
SEOUL, Korea (Part II) coming soon...












You May Also Like

0 comments

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik :)