Tips mencabut kutu babi

by - July 10, 2017

Assalamualaikum.

kutu babi dikenali dengan nama pirah, sengkenit atau tick (english).  kutu babi ialah parasit luaran yang hidup dengan makan darah pada mamaliaburung, dan kadang-kadang reptilia dan amfibia (wikipedia).

foto kutu babi
source: google image

minggu lepas aku rasa sakit di bahagian lutut, tapi bila tengok macam tahi lalat (yang nak jatuh) sebab kecil je jadi aku biarkan lah. lepas tiga hari, makin besar dan makin sakit sampai tak boleh nak sujud betul-betul. so, aku menjenguknya dengan lebih dekat dan rapat. so bad, tahi lalat berkaki lapan! aku usik-usik dengan tangan tapi makin sakit, nak tarik apatah lagi. aku whatssapp family and kawan-kawan tanya perlu buat apa, mereka suruh buka youtube 'How to remove tick' [klik untuk tengok], tapi serius aku tak berani. aku call kawan untuk bawa aku ke klinik sebab aku yakin doktor berani. haha. bila sampai klinik, doktor tengok sepintas lalu je terus ambil tweezer (sambil tanya aku ada masuk hutan mana-mana) dan picit kutu babi sampai mati dan keluar darah yang dia hisap. lepastu baru doktor tarik menegak. rasa apa waktu ni? serius sakit sangat! kawan aku kat sebelah boleh pula dia gelak-gelak. psstttt. doktor dah pesan, lepas cabut ni akan bengkak dan sakit. tapi tak tahu selama mana sakit ni sebab dah seminggu, sakit kat lutut aku ni tak hilang lagi. mungkin nanti akan baik je.

apepun,  kalau terasa digigit oleh kutu babi, korang boleh cuba untuk tarik sendiri atau ke klinik terus okey :)

You May Also Like

1 comments

  1. benda ni mmg scary wei! kena kt budak2 selalu.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)