Cerita hampir ditipu oleh scammer

by - August 08, 2017

Assalamualaikum.

semalam aku hampir ditipu oleh scammer. tidak terkena dengan jerat mengarut diorang, alhamdulillah.

kisahnya begini, aku ada nak let go barang preloved dekat Carousell. pastu ada orang cakap berminat. dia tinggalkan whatsapp number dekat message Carousell then aku pm cakap barang still available. oh btw, sebelum aku pm, aku dah cek no. fon Malaysia. So, can proceed. aku cek dulu sebab tengok gambar macam orang luar je. lagipun aku tak pelik orang luar nak beli sebab barang aku nak jual pun brand dari US.

Barang yang aku nak let go RM60 termasuk postage. tapi katanya nak bayar RM30 untuk shipping fee (dalam hati aku dah macam baiknya kauuuu).










lepastu dia cakap pulak memandangkan dia di Netherlands, so dia akan buat tranfer dari sana dan suruh aku cek email selepas dia transfer (waktu ni terfikir juga kenapa bukan kawan dia dekat terengganu je yang tolong bayarkan?). Banyak kali pesan suruh aku baca email tu betul-betul. Dan aku bacalah 3-5 kali jugak sebab musykil.

kandungan email seperti berikut:






dalam email tu ada nyatakan RM500 (tapi ada pulak email rasmi tersalah taip RM800?) dari bank dia kononnya akan diberikan kepada maybank aku sebab RM60 terlalu kecil untuk international transfer banking. So, aku perlu refund RM440 kepada satu ejen maybank (nama seperti tertera di gambar; Mali Ram Kripal -- nama sape tah dia petik tu. dalam hati 'eh ada juga ke benda rasmi tapi atas nama personal') supaya RM60 tu masuk bank aku dan bakinya RM440 akan kembali kepada dia. katanya its a fair antara aku dan dia. Tapi kalau fikir sekali pun dah tahu, apa yang adilnya kalau dalam maybank aku hakikatnya RM500 takde pun tapi aku kena kembalikan RM440 untuk dia?

aku ambil masa juga nak baca email tu sebab agak panjang, nak fahamkan lagi memandangkan banyak benda yang aneh-aneh. bila baca sepintas lalu, aku rasa macam pelik je ayat-ayat dalam ni. ada percanggahan. sekali sebut RM500, sekali sebut RM800. Ok, aku decided untuk bincang dengan kawan-kawan baik aku (biasanya susah dorang nak online tapi tadi semua online, haha alhamdulillah), diorang pun ragu-ragu. ada bau-bau menipu. aku call abang aku,di pun cakap pelik sebab kenapa RM500 then RM800. dan kami syak scammer. kakak ipar pun kata pernah baca kes yang sama dekat Fb, mostly cakap just ignore that man. aku tak puas hati dan terus call hotline Maybank untuk pengesahan lanjut.

Ye. pihak Maybank sahkan ni kes scammer. aku dilabel bijak sebab ambil langkah keselamatan, tak buat refund tu (haha perasan jap). tak tak. ini bukan masanya untuk perasan tapi aku nak korang juga bertindak bijak. jangan follow satu persatu kalau ada rasa tak kena di mana-mana antara penjual dan pembeli. siasat dulu. even kau dah kecut perut kena ugut nak report FBI dia bagai. jangan risau, terus ambil langkah keselamatan. call hotline. pihak maybank juga kata tak wujud transaksi sebegitu. ada dua jenis kes scammer, satu kes macam korang baca ni. satu lagi aku lupa dah dia cakap tadi. huhu. Then pihak maybank sarankan aku buat report sebab takut terjumpa kes yang sama, ditipu oleh orang yang sama.

bila ke balai polis dan bercerita, inspektor tu cakap kalau tak melibatkan kerugian (sebab aku tak buat refund), biasanya tak buat report tapi still nama Mali Ram Kripal tu dia ambil jugak. Inspektor tu juga pesan jangan percaya kalau ada yang call kata dari pihak bank, buat loan bagai.

apepun, Alhamdulillah. nothing bad happen. cuma tetap juga nak beri peringatan dekat semua.

Fikir dulu. jangan tergesa-gesa.

btw, aku masih nak letgo this thing. 



Aku ni memang jenis suka membeli tapi tak berani memakai. apa punya perangai entah. This item memang bau peach betul, best. Harga boleh nego lagi, dan aku nak bagi eyebrow pencil The Face Shop for free sebab aku guna Etude House senanya, haritu pun saja beli sebab nak dapat free shipping shopping dekat Hermo. haha. so, sesiapa yang berminat, boleh email dekat zuhairanasrin7@gmail.com :)

You May Also Like

4 comments

  1. Alhamdulillah...nasib baik cepat sedar...

    ReplyDelete
  2. Pergh!! Dekat jumlah amaun duit tu pun dah nampak tipu.. Nasib baik sis tak tertipu..

    ReplyDelete
  3. Saya pun pernah kena benda yang sama. Orang tu cakap barang nak kasi anak buah dia kat Thailand lah apa lah then dapat email lebih kurang macam ni jugak lah. Alhamdulillah kita tak terperangkap

    ReplyDelete
  4. banyak kisah scammer dari oversea post kt Malaysia ni. tapi ada juga perkongsian full macam ni. tp nasib baik bijak hehe

    helloaiman

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik :)