Printcious.com Precious Gift By Your Heart

by - October 13, 2017

Assalamualaikum. Hai 😊

Helo korang! apa khabar semuanya? aira harap semua sihat walafiat ye. korang pernah dengar tentang website printcious dan tagline nya Precious Gift By Your Hearttak? Aira haritu kan ada usya website printcious ni sebab nak cari barangan apa yang sesuai untuk dijadikan hadiah sempena birthday someone. itu pun sebab terbaca dari penulisan blogger lain tentang mudah, senang dan best membeli barang-barang di sini. so apa lagi..  aira terus terjah website printcious dan cari apa yang menarik dan sesuai. 

untuk pengetahuan korang, Printcious adalah sebuah laman web yang wajar menjadi pilihan sekiranya korang mencari hadiah yang unik kepada si penerima. kenapa unik? Bagi aira, keunikan dan tarikan Printcious ni adalah kerana kita boleh buat atau mereka design kita sendiri di atas barang yang disediakan seperti mug, t-shirt, rompers, button badge, puzzle, mousepad, phone cases, apron, luggage tags dan lain-lain. Design yang boleh kita reka bukan sahaja teks semata-mata tetapi termasuk juga gambar-gambar personal dari kita sendiri. menarik kan? Lagi menarik kalau kita beri hadiah kepada yang tersayang dan tampal gambar dia sekeping, memang senyum sampai ke telinga agaknya. hehe. Tapi, sebenarnya kalau hadiah yang kita boleh customized kebiasaannya akan lebih dihargai oleh si penerima, betul tak? 


The best thing ever is hari ni hari terakhir #MYCYBERSALE so korang boleh shopping dan customized barang-barang  pilihan hati untuk super jimat sehingga 70%! Jangan lepaskan peluang keemasan ini tau sebab ia jarang sekali berlaku!

selain tu, aira memang suka sangat bila masuk website Printcious sebab sangat mudah dan teratur untuk cari keperluan kita. contohnya di pilihan menu atas, terdapat pilihan shop, create dan gift. Part yang sangat best ialah gift sebab printcious telah mengklasifikasikan hadiah yang sesuai mengikut gender dan lain-lain seperti klasifikasi 'for him', 'for her', 'for husband', 'for wife' serta hadiah bagi majlis-majlis tertentu seperti birthday, wedding, engagement, father's day, mother's day, graduations dan sebagainya. perfecto! Tak perlu pening nak fikir kalau pergi wedding bestie nak bagi hadiah apa supaya dia ingat yang ni present dari kita sebab kita boleh design letak nama kita dekat barang tu. its a yeayyy guyss 😃

So, macam mana nak customized dan order barangan dari Printcious? Seperti yang dinyatakan di dalam screenshot di bawah ini, kita perlu melalui 4 STEP tetapi sebelum tu haruslah menjadi member printcious. pendaftaran boleh dilakukan di SINI

So, firstly pilih kategori barangan yang kita inginkan seperti senarai di bawah:

kategori printcious.com
kategori printcious

1) Aira pilih T-shirt Cotton
Second, start designing barangan kita sama ada tambah teks atau gambar
2) Aira pilih color oren dan tulisan simple
Thirdly, kalau dah puas hati dengan design kita, boleh terus ke Add to Cart atau kalau belum puas hati, boleh edit lagi..
3) Add to Cart
 forthly, proceed to check out kalau barang sudah mencukupi
4) check out the item

 lastly,
 penuhkan maklumat shipping address, shipping method dan proceed kepada pembayaran
maklumat shipping address dan pembayaran

Siap! so kita hanya perlu tunggu posmen datang depan rumah dalam tempoh 7 hari bekerja ya 😊 Mesti rasa tak sabar nak tengok design sendiri kan? ya lah, kita bukan berseni tapi suka hati nak jadi designer. haha tapi its okey! itu hak customer yang diberikan oleh pihak printcious untuk menjadi designer barangan tersendiri. 

so apa lagi, terus ke website Printcious dan membeli barangan untuk diri sendiri atau hadiah kepada yang tersayang. untuk maklumat lanjut, anda boleh layari:


You May Also Like

5 comments

Post a Comment

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)